Assalamualaikum semua,
Aidiladha bakal menjelang beberapa hari saja lagi, jejaka-jejaka di luar sana yang sedang memikirkan baju apa nak dipakai pada pagi Aidiladha nanti, dah ada idea ke? Pernah terfikir tak nak cuba Kurta? Senang, boleh padankan dengan seluar slack, khakis, atau jeans sekalipun nampak padan, kain pelikat? boleh cuba tu, hehehe.
Kurta kan dah jadi trend lelaki moden sekarang? Selain dari baju Melayu dan jubah, Kurta kini menjadi pilihan ramai lelaki yang gemar berfesyen.
Amjifa Exclusive by Amar baharin, memperkenalkan koleksi terbaru mereka iaitu QURTA ANTA BASIC, bertepatan masanya dengan ketibaan Aidiladha beberapa hari lagi. Qurta Anta Basic adalah kurta lelaki berpotongan Slim Fit menampilkan Lima pilihan warna pastel yang sangat memikat Qalbu, haaa gitu!
Penerangan mengenai Qurta Anta Basic diberikan oleh pemilik jenama Amjifa Exclusive sendiri iaitu Saudara Amar Baharin, alaaa pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan tu, cair tak? hahaha.
Material fabrik pada Qurta Anta basic ialah 100% Italian Cotton, sangat berkualiti, sangat selesa dan membuatkan si pemakai tidak berasa panas, dah nama pun cotton kan? Amar baharin sempat berkongsi tips untuk memilih saiz Qurta Anta Basic. Jika anda biasanya memakai saiz M, maka saiz Qurta Anta Basic anda haruslah bersaiz L, haaa gitu. Maknanya, pilih satu saiz lebih besar dari yang anda biasa pakai. Dah nama pun Slim Fit kan? hehehe.
Qurta Anta basic juga adalah kurta 'wudhu friendly', di lengannya terdapat zip untuk memudahkan anda mengambil wudhu. Jadi lengan baju takdelah basah kena air paip kan? Qurta Anta Basic ni labuhnya kalau ikutkan hingga ke lutut, tapi kalau RZ yang pakai mungkin lebih bawah lagi, dek faktor kekurangan inci, hahaha. Tapi serius, Qurta Anta Basic ini memang cantik!
Pilihan Saiz bagi Qurta Anta Basic bermula dari saiz S, M, L, XL dan XXL. Jadi jangan risau, ada saiz untuk semua orang, hehehe. Tidak lama lagi Amjifa Exclusive akan memperkenalkan set Qurta Anta Basic berserta seluar dan juga untuk kanak-kanak lelaki. Jadi para bapa yang nak ber Qurta Anta Basic sedondon dengan anak boleh lah jenguk-jenguk ye?
HARGA QURTA ANTA BASIC
RM 139.00 sepasang
Pembelian Qurta Anta basic buat masa ini hanya secara online sahaja, jadi anda boleh menghubungi:-
Instagram: Amjifa Exclusive
Whatssap: 0166860645
E-mail: amjifaexclusive@gmail.com
Ada yang berminat nak menjadi rakan niaga Amjifa Exclusive? hubungi:-
atau
0169696891
Oh ya, siapa nak menang sepasang Qurta Anta Basic dari Amjifa Exclusive? Pergi serbu Laman Instagram Amjifa Exclusive sekarang. Senang saja, hanya perlu repost, tag kawan-kawan anda, dan kalau rezeki berpihak pada anda, boleh la menang Qurta Anta Basic ni. Cepat. Peraduan berakhir hujung bulan ini!
18 comments:
Making ensem la cik abg semua di hari raya..hihi
Razi blh request ngn amar tu saiz special..
Smart kurta ni..bertambah hensemlah kalau husband i pakai..gitteww...kihkih
Smart kurta ni..bertambah hensemlah kalau husband i pakai..gitteww...kihkih
Smart derr..dah berkenan ni
Maksud sepasang? Kurta ada siap ng sluar skli ke or 2 helai
Semart broo!
Jom meriahkan
giveaway mimin
Smart2...memang terbaik
Smart2...memang terbaik
Smart kan design kurta ni.
Wah smart bergaya gtuuu..boley laa beli utk raya haji nnt
Smart bro jom sambar selai...
memang smart kurta Amar Baharin ni..hensem palk tu...hihih
nanti nak tgk razzy pkai qurta ni one day ... hohoho .
menarik..colour pun cantik-cantik semua..
menarik..colour pun cantik-cantik semua..
memang smart kurta ni..
harus beli satu utk husband
comey.. menarik.. mungkin leh try ni..
Post a Comment