Cosmoderm

Tuesday, September 15, 2015

Panik! 45 Minit Terkurung Dalam Bilik! | Breakout Nu Sentral

Assalamualaikum semua,

Apa perasaan korang bila terkurung dalam bilik yang berkunci, sempit, gelap dan sejuk? Takut? Berani? Kelam Kabut? atau Panik? Pengalaman terkurung ini RZ rasai sendiri semasa berada di Breakout Nu Sentral, baru-baru ini. Selain dari Nu Sentral, Breakout juga terdapat di Avenue K, dekat je dengan KLCC.

Breakout Nu Sentral
Breakout Nu Sentral
Tahu tak Breakout tu apa?

Breakout ini adalah satu permainan berkonsepkan "survival", "escapism" dan penyelesaian kes yang sememangnya mencabar minda dan tahap toleransi seseorang. Haaaa, RZ pun hampir-hampir stress akibat memikirkan klu untuk ke lokasi seterusnya, dan adakalanya terasa hampir mustahil untuk diselesaikan.

Macam mana nak main?

Breakout Nu Sentral
Breakout Nu Sentral
Pertama: Bina kumpulan dalam lingkungan 2-8 pemain

Breakout Nu Sentral
Breakout Nu Sentral

Kedua: Pilih Bilik mengikut tema yang diingini

Breakout Nu Sentral
Breakout Nu Sentral

Ketiga: Pilih peranan setiap ahli pasukan

Breakout Nu Sentral
Breakout Nu Sentral

Keempat: Lepaskan diri dalam masa.....

45 MINIT!!!

Haaaa, macam mana? kelihatan sukar? Maka setelah diputuskan kumpulan RZ ditentukan untuk memasuki bilik yang bertemakan THE WAR FOR REMBRANDT. Macam mana tu?


Breakout Nu Sentral
Breakout Nu Sentral
Breakout Nu Sentral
Breakout Nu Sentral
Ok, dah baca? Bagus! Maka setelah dibahagikan mengikut peranan masing-masing, RZ yang bertindak sebagai "The Oracle" yang mampu melihat masa depan dan kelebihan ala-ala "Deja Vu" gitu bertindak sebagai pemandu arah supaya tiada klu yang tertinggal dan hingga akhirnya berjaya melepaskan diri dari bilik tersebut. Haaa, feeling ada kuasa ajaib lah pulak!

Breakout Nu Sentral
Breakout Nu Sentral 
Breakout mengajar kita untuk berfikir di luar kotak untuk menyelesaikan masalah, bagaimana untuk membuka pintu yang tidak bertombol untuk ke ruangan seterusnya, merungkaikan kod elektrik untuk membuka pintu. Kesemuanya memerlukan kesabaran dan ketenangan minda dan bantuan rakan-rakan sepasukan juga! 

Breakout Nu Sentral
Breakout Nu Sentral
Breakout Nu Sentral
Breakout Nu Sentral
Namun, adakah pasukan RZ berjaya 'breakout' dalam masa yang ditetapkan?

Breakout Nu Sentral
Breakout Nu Sentral
Pasukan kami berjaya 'breakout' dalam masa 44 minit 59 saat. Dan dalam masa yang sama menjadi kumpulan yang pertama keluar dari bilik! Tahniah kepada rakan sepasukan RZ atas kerjasama yang ditunjukkan! Anda memang hebat! Dan sebagai ganjaran, kami diberi button badge yang super ohsem ini!!!!

Oh ya! Ada yang mahu tahu tentang harga kemasukan breaokout ini ye? Lihat jadual di bawah.

Breakout Nu Sentral
Breakout Nu Sentral
RZ sangat rekomen anda semua untuk merasai sendiri pengalaman di breakout ini. Daripada duduk saja lepak ngeteh menghadap telefon bimbit, apakata isi masa tersebut dengan aktiviti yang sangat menyeronokkan ini. RZ pun rasa nak repeat lagi sekali ni. Nak cuba selesaikan bilik yang lain pula!

Breakout Nu Sentral
Breakout Nu Sentral
Dah selesai aktiviti, apa lagi! jom bergambar!!!!

Breakout Nu Sentral
Breakout Nu Sentral
Breakout Nu Sentral
Breakout Nu Sentral
Untuk maklumat lebih lanjut dan info mengenai promosi terbaru breakout, anda boleh layari http://www.breakout.com.my/nu/. Dan jangan lupa follow akaun Instagram mereka iaitu @BreakoutMY.









6 comments:

Ayue Rejaluddin said...

Terlihat comel pulak aku dalam gambar no 3 tu...
#OkBye! Hehehehhe..
Tapi memang fun sangat kan game ni...
nanti kita plan gi lagi nak?

Mama Kembar Tiga said...

macam best je. teringin nak pi jugak

Mama Kembar Tiga said...

macam best je. teringin nak pi jugak

Nadia Johari said...

nak main jugakkk

Farah Dafri said...

macam best je, rugi x dpt join hritu :(

Unknown said...

Wynn Slots for Android and iOS - Wooricasinos
A free app for slot 메이피로출장마사지 machines from WRI Holdings febcasino Limited that lets you play gri-go.com the wooricasinos.info popular games, such as free video slots, table games and live casino https://sol.edu.kg/