Cosmoderm


Tuesday, October 27, 2015

Penulis Terbaik PTS Ke Utara | Road Tour penulis Terbaik PTS 2015

Assalamualaikum semua,

Wahai peminat buku-buku PTS, angkat tangan! Jika pada entry sebelum ini Penulis Terbaik PTS ke Selatan tanah air, kali ini kita ke utara pula. Warga Kedah dan Pulau Pinang, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan penulis ikonik PTS ini.

Road Tour penulis Terbaik PTS 2015 utara

Siapa yang tidak kenal dengan Dr Khairul Nizam, penulis buku Buat Pahala free Gaya Rasulullah. Begitu juga dengan Puan Mardiana Mat Ishak, penulis buku Super Woman.

Ada yang belum mengenali Dr. Khairul Nizam? Mari kita berkenalan dengan beliau.

Berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Usuluddin (Al_Quran dan Hadith) dan Ijazah bidang Islamic Revealed Knowledge in Hadith. Dr Khairul Nizam sememangnya seorang yang berkaliber dan berpengetahuan luas dalam bidangnya.

Selain dari menulis buku, beliau juga memegang beberapa peranan dalam organisasi seperti:-

  1. Ahli panel penilai MQA
  2. Editor lebih 30 buah buku
  3. Ahli kongres Profesor Negara
  4. Lebih 50 siri program motivasi
  5. Lebih 500 ceramah keagamaan
  6. Timbalan Dekan (Akademik & Penyelidikan), Fakulti Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia
Road Tour penulis Terbaik PTS 2015 utara

Haaaa, siapa pula yang mahu berkenalan dengan Puan Mardiana Mat Ishak? Sabar, kita simpan dulu biodata beliau untuk entry akan datang Disember ini ye? Tunggu tau?

Apa kata baca dulu sinopsis buku Super Woman ini,

SINOPSIS
Mengalami tekanan dalam mengendalikan rumah tangga, pada masa yang sama turut berkerjaya? Malah, ada wanita yang lebih dahsyat. Mereka bekerja, menguruskan rumah tangga dan kemudian turut menyambung pelajaran. 
Tidak kurang hebat juga para suri rumah yang 'tidak cukup tangan' dalam menguruskan anak-anak dan keluarga. Umpama tidak cukup 24 jam yang ditetapkan di dunia ini. 
Kini, Super Woman hadir demi membantu kita, menjadi para wanita menjadi luar biasa! Dengan tip dan maklumat yang padat, turut dikupas berkenaan peranan wanita sebagai anak, isteri, ibu, pekerja, pelajar dan paling penting, sebagai hamba Allah yang mendambakan cinta-Nya.
Kita akan ketawa, tersenyum, dan menangis membacanya. Kita terinspirasi dan hidup menjadi lebih bermakna.


Road Tour penulis Terbaik PTS 2015 utara


Penulis-penulis terbaik PTS kali ini akan berada di Kedah dan Pulau Pinang pada 30-31 Oktober 2015. Haaaa, dekat dah tu, hari Jumaat dan Sabtu ini. Jangan lupa simpan tarikh tersebut dalam kalendar anda dan menjadi peminat bertuah yang mendapat peluang beramah mesra dengan mereka!

Tapi, di mana pula lokasi Jelajah kali ini? Kedah kat mana? Pulau Pinang kat mana? Lihat di bawah ye? hehehe.

30 Oktober 2015 (Jumaat)

Jam 4.00 Petang
Kedai Buku hasani
Taman Bistari
Alor Setar, Kedah

Jam 8.00 Malam
Kedai Buku Hasani
Taman pekan Baru
Sungai Petani, kedah

31 Oktober 2015 (Sabtu)

Jam 3.00 Petang
Kedai Buku Hasani
Landmark Giant
Kulim, Kedah

Jam 5.30 
Kedai Buku Hasani
AEON BiG Perai
Pulau Pinang

 Jumpa di sana!

Thursday, October 15, 2015

Penulis Terbaik PTS Menyerbu Johor | Road Tour penulis Terbaik PTS 2015

Assalamualaikum semua,

Warga Johor, warga Johor. Sila bersedia kerana penulis terbaik PTS akan turun padang untuk berjumpa dengan anda semua. RZ yakin ramai peminat buku-buku PTS di Johor, jadi jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Road Tour Penulis Terbaik PTS pada 24 hingga 25 Oktober 2015 ini.

Road Tour penulis Terbaik PTS 2015

Anda menggemari novel sejarah atau konspirasi seperti kisah Ahmad Ammar atau Dracula VS Al-Fateh? Atau anda menyukai kisah dengan watak kontroversi seperti Mustafa Kamal Atartuk dan Adolf Hitler

Untuk Road Tour kali ini, PTS menampilkan tiga penulis yang tidak asing lagi iaitu;

Abdul Latip Talib
Siapa yang tidak kenal penulis yang lebih mesra dengan sapaan Pak Latip? Beliau telah menulis lebih dari 30 buah buku dengan PTS. Pak Latip telah menerima pelbagai anugerah seperti Hadiah Sastera Negara, Sayembara Cerpen Berunsur Islam dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 & 2007. Antara buku hasil karya beliau ialah, Ahmad Ammar, Salahudin Ayubi dan Perang Badar.

Road Tour penulis Terbaik PTS 2015Road Tour penulis Terbaik PTS 2015

Nur Iman Ramli
Penggemar buku-buku PTS pasti tahu buku-buku yang ditulis beliau yang telah mendapat sambutan hangat, tidak kira lah di kedai-kedai buku mahupun semasa pesta buku. Nak tahu ke hasil karynya? lihat bawah;

Road Tour penulis Terbaik PTS 2015Road Tour penulis Terbaik PTS 2015

Al-Ghazali
Beliau aktif menghasilkan karya untuk media seperti Majalah Dewan Bahasa dan Akhbar Berita Minggu. Antara hasil karya beliau bersama PTS ialah;

Road Tour penulis Terbaik PTS 2015Road Tour penulis Terbaik PTS 2015


Dah kenal dengan penulis-penulis ini? bagus! Sekarang tanda siap-siap di kalendar anda, pastikan anda tak lupa tarikh-tarikh ini ye?

24 Oktober 2015 (Sabtu)
Kedai Buku Badan Cemerlang
Plaza Angsana, Johor Bahru.
2.00 Petang

25 Oktober 2015 (Ahad)
Kedai Buku Pustaka Arris
Pasir Gudang, Johor.
4.30 Petang

Dapatkan buku-buku mereka, dapatkan tandatangan mereka dan beramah mesra juga dengan mereka.

Jumpa di sana!

Thursday, October 8, 2015

Apa persamaan Ais Krim dengan Team Chikarazni? | Allianz Foodie Hunt 2015

Assalamualaikum Semua,

Team CHIKARAZNI kembali lagi tahun ini! Mari kita menyahut cabaran dengan menyertai ALLIANZ FOODIE HUNT 2015.

Pertama sekali, kenapa nama kumpulan kami Chikarazni? mari kita lihat bawah,

Allianz Foodie Hunt 2015
CIKALI A.K.A CHIKA
Allianz Foodie Hunt 2015
RAZZWEY A.K.A RAZ
Allianz Foodie Hunt 2015
HUSZAINI A.K.A NI
 Maka tertubuhlah kumpulan abang-abang gempal yang diberi nama...

Allianz Foodie Hunt 2015

Pre-task Allianz Foodie Hunt 2015 untuk CHIKARAZNI kali ini ialah untuk menceritakan tentang makanan yang menggambarkan kumpulan kami. Sebagai penggemar aktiviti makan, CHIKARAZNI telah memutuskan untuk memilih AISKRIM sebagai makanan pilihan kami!

Allianz Foodie Hunt 2015



Siapa yang tidak suka aiskrim? semua orang suka? sejuuuk je masuk dalam mulut, hahahaha. Bila sakit tekak, makan aiskrim, lega! nak hilangkan rasa pedas, makan aiskrim! bila stress, makan aiskrim! Aiskrim jugalah yang jadi penyelamat, haaaa gitu!

Allianz Foodie Hunt 2015, nantikan kehadiran Chikarazni ye?

"CHIKARAZNI dan Aiskrim ada satu persamaan, iaitu sangat COOL"

Jangan CAIR dengan gaya COOL kami!

#ChikaRazNi
#AllianzFoodieHunt2015
#AllianzMalaysia
#KelabBloggerBenAshaari
#TeamKBBA

Tuesday, October 6, 2015

Apa Yang Sedap di Ummiza Cafe?

Assalamualaikum semua,

Siapa suka makan masakan kampung, angkat tangan! Kalau sebut pasal masakan kampung, jangan kata orang Melayu, orang Cina, India, bahkan yang bukan rakyat Malaysia pun suka. Ambil contoh, RZ yang bajet korea ni pun turut menggemari masakan kampung, hahaha.

Kepada yang tinggal di Putrajaya, Sepang, Dengkil, Bangi atau yang berdekatan mahupun jauh, yang mengidam nak merasa masakan kampung yang menyelerakan, RZ cadangkan korang ke Ummiza Cafe. Baru-baru ini RZ bersama family Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang untuk menikmati makan tengahari di sana. dikelilingi pokok-pokok hijau, terasa seperti berada kampung pula, hehehe.

Ummiza Cafe

Lokasi Ummiza Cafe amat senang dicari, anda tidak akan sesat mencari Ummiza Cafe melalui aplikasi Google maps mahupun Waze. Berdekatan dengan  MIAT, uniKL pasti korang takkan terlepas pandang  signboard Ummiza cafe yang boleh dilihat di tepi jalan saja. Tapi kalau korang nak alamat Ummiza Cafe, boleh salin alamat ini, hehehe.


Ummiza Cafe
No.229, Batu 29 kampung Jenderam Hulu, Sepang.



Ummiza Cafe


Ummiza Cafe

Waktu operasi Ummiza Cafe bermula seawal jam 7 pagi sehingga jam 3 petang. Menyajikan hidangan sajian sarapan pagi dan juga makan tengahari. Setiap lauk pauk yang disediakan di Ummiza Cafe dimasak sendiri oleh keluarga pemilik restoran ini bagi mengekalkan keaslian resepi keluarga.

Ruang dalaman Ummiza Cafe ini sangat cantik, dan luas. Jarak antara setiap meja juga sangat selesa, maka tidak akan terjadi isu terlanggar meja sebelah, kaki tersadung kerusi sebelah seperti yang selalu dialami oleh RZ. Ini kerana Ruang selesa menjadi salah satu keutamaan setiap kali RZ ke mana-mana restoran memandangkan saiz RZ yang hanya kecil sedikit dari Myvi, hahaha. Tak percaya? lihat gambar di bawah.


Ummiza Cafe

Ummiza Cafe

Ummiza Cafe

Ummiza Cafe

Luas kan ruang dalaman Ummiza Cafe? Kata dah.

Mari RZ belanja anda gambar antara lauk pauk yang dihidangkan di Ummiza Cafe. Mohon kuatkan semangat jika anda sedang lapar sekarang, takut menjilat skrin komputer pula, hehehe. Kalau anda penggemar masakan kampung cuba teka nama setiap menu-menu di bawah ini, hahaha!


Ummiza Cafe

Ummiza Cafe

Ummiza Cafe

Ummiza Cafe

Ummiza Cafe

Ummiza Cafe

Ummiza Cafe

Ummiza Cafe

Ummiza Cafe

Ummiza Cafe

Ummiza Cafe


Ummiza Cafe
kredit gambar http://www.saidila.com
Ummiza Cafe
kredit gambar http://www.saidila.com/
Apa yang boleh RZ katakan, kesemua lauk pauk yang dihidangkan menepati selera RZ. Tapi kalau nak cakap lauk mana yang kegemaran RZ, jawapannya ialah Ayam Masak Merah. Serius sangat sedap hingga rakan blogger, Ujang juga mengakuinya. (Ujang makan 5 ketul ayam masak merah) hahahaha!
Ummiza Cafe juga menerima tempahan. Tetapi peralatan catering dan pengangkutan tidak disediakan disebabkan kekurangan kakitangan.

Tempahan diambil hanya untuk 300 orang kebawah seperti majlis makan keluarga/pejabat/harilahir dan majlis ulangtahun.

Harga pula berdasarkan harga dipasaran dan kuantiti lauk yg ditempah.

Lauk pauk pula berdasarkan menu setiap hari seperti

- Ayam Masak Merah
- Ayam Kicap Berlada
- Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api
- Ikan Kembung Goreng
- Ayam Goreng
- Ikan Keli Berlada
- Asam Pedas Ikan Tenggiri
- Sambal Udang Petai
- Sup Cendawan
- Kari Daging
- Sambal Tumis Ikan Bilis
- Masak Lemak Belitong / Siput Sedut
- Gulai Lemak Pucuk Ubi
- Gulai Rebung
- Sayur Goreng
- Sambal Belacan
- Ulam2

Ummiza Cafe

Kuih muih tradisional pun ada juga.
Donat
Kuih Lapis
Kasui
Seri Muka
Dan Lain2




Makan pun dah selesai, menyanyi pun sudah, apa lagi, kita ambil gambar lah pula ye? Terima kasih kepada Ummiza Cafe kerana sudi menjemput Kelab Blogger Ben Ashaari untuk merasai sendiri hidangan kampung yang sejati dan umphh!!! 

Ummiza Cafe

Untuk tempahan boleh hubungi :

Puan Nor : 019-6682069

Ain : 0111-0602569

Alamat : No 229 Batu 29 , Jenderam Hulu , Sepang Selangor 

Hari Dibuka : Isnin - Sabtu 

Instagram : UmmizaCafe

Friday, October 2, 2015

Meriahnya Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari

Assalamualaikum semua,

Maaf lah, agak terlewat sedikit RZ update entry ini walaupun kejadiannya dah berlalu dalam 3 minggu yang lalu, almaklumlah dek kerana terlalu sibuk dengan tugas hakiki dan kesihatan yang agak menguji kesabaran gitu, haaaa terbaik tak alasan RZ? Hahahaa. Tapi walaupun kejadian yang RZ maksudkan ini dah lama berlalu, tapi terasa seolah-olah seperti baru semalam terjadi, ececehhhh!

Cheehhh, jangan nak berkias sangat lah RZ. Korang baca tajuk pun dah tau kan apakah story yang RZ cuba ceritakan. Sudah tentulah mengenai kemeriahan Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari yang telah berlangsung dengan jayanya di "sebuah resort di Hulu Langat".

Hari keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari


Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari yang berlangsung pada 11-13 September 2015 telah dirancang sejak awal bulan Mac 2015 lagi dengan kerjasama Cosmoderm yang juga merupakan penaja utama bagi program ini. Terima kasih Cosmoderm! i luv my skin!! hehehe.

Hari keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari


Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara blogger dan ahli keluarga masing-masing disamping untuk memupuk semangat kekeluargaan, kerjasama dan juga untuk memperkenalkan setiap ahli keluarga KBBA yang hadir. Maknanya kita bukan sekadar mengenali blogger sahaja, tetapi juga mengenali ahli keluarganya sekali. The more the merrier! Barulah namanya KELUARGA kan? Kesemua blogger dan ahli keluarga dipecahkan kepada 4 kumpulan, tengok gambar bawah tu, ramai kan? hehehe.

Hari keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari

Banyak aktiviti yang telah dirancang sepanjang 3 hari 2 malam kami menginap di "sebuah resort di Hulu Langat" ni. Dari sukan rakyat, ke sukan darat, ke sukan air dan juga sukan udara. karaoke pun ada tau! Pendek kata, memang meriah lah, semuanya sporting dan gila-gila, hahaha. ahli keluarga blogger juga sangat mesra dan sempoi! 

Bermula dari pendaftaran, task pertama untuk blogger ialah mengambil gambar bersama produk Cosmoderm yang diberikan di dalam goodies bag. Task ini merupakan pertandingan tau, jadi gambar bersama produk Cosmoderm yang paling kreatif akan dipilih sendiri oleh pihak Cosmoderm! Well, korang tau je lah, bab gambar kreatif ni RZ memang all out! hahaha. Mengekalkan reputasi sebagai penghasil gambar yang paling tidak normal la katakan, hahaha!

Nak tengok gambar yang RZ hantar?

Hari keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari

Hari keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari

Hari keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari

Hari keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari

Hari keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari

Banyak kan? hahahahahaa. Dan seperti dijangka (perasan betul si gemuk ni!!), RZ menang task gambar kreatif bersama produk Cosmoderm! Yaaaayyy!!! Terima kasih Cosmoderm kerana memilih gambar RZ sebagai pemenang. Nak tau gambar mana satu yang menang? (Klu: Duckface)

Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari sangat beruntung kerana Kaio Studio sudi menjadi photographer dan Videographer Official. Mengenali reputasi Kaio Studio yang merentas sempadan negara membuatkan RZ yakin bahawa hasilnya pasti akan meletop kebabom bush! bush! Haaaaa, gitu! Meh RZ share sikit ye?

Hari keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari

Hari keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari

Kalau nak tengok lebih banyak, sila lah follow IG Kelab Blogger Ben Ashaari. Follow juga IG Kaio Studio.

Paling RZ suka ialah sukan air, walaupun tak reti berenang, tapi belasah je lah, janji dapat berendam, hahahaha. 

Hari keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari

Malam kedua pula kami disajikan dengan hidangan kambing bakar dan makanan special gitu! Sekaligus berjalan juga acara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah bagi sukan rakyat, pertandingan karaoke dan gambar kreatif bersama produk Cosmoderm.

Keputusan Sukan Rakyat:

Pertama : Rumah Ungu
Kedua : Rumah Merah
Ketiga : Rumah Hijau
Keempat : Rumah Biru (Chehh! kalah!!!)

Keputusan Pertandingan Karaoke

Pertama : Que Achmad
Kedua : Ayue Jean
Ketiga : yours truly

Pertandingan gambar kreatif bersama produk Cosmoderm: yours truly lagi

Cabutan bertuah, majoriti dapat. Termasuklah yours truly.

TIGA KALI NAIK PENTAS AMBIL HADIAH!! Hahahaha! Menang besar koooo!!!

Aktiviti hari terakhir Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari dimulai dengan acara senaman pagi yang dikendalikan oleh RZ. Sejak berehat dari aktiviti kecergasan sejak 3 tahun lalu, ini adalah kali pertama RZ mengajar semula. Fuuuhhh, Semput! hahaha! Alhamdulillah semua happening melayan rutin RZ yang serba ganas dan seksi, hahaha!

Nampak tak tshirt yang RZ pakai tu? Tshirt tersebut ditaja oleh Az-Zuha Group Travel & Tours. Cantik kan? Design tshirt tersebut disediakan oleh Kembar RZ, Najeeb, hahaha.

Hari keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari


Nak tengok video blogger kena dera oleh RZ? Klik sini ----> BLOGGER DIDERA OLEH RZ

Selepas kena dera dengan RZ, kami dibawa jungle tracking pula ke air terjun! best gile wooo!!!

Ada beberapa adegan RZ diserang oleh si kembar 3, hahaha.

Hari keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari

Adegan hampir lemas juga ada. Sila klik sini -----> BLOGGER COMEL LEMAS

Selesai jungle tracking, kami pun kembali semula ke tempat penginapan, di "Sebuah resort di Hulu Langat" itu untuk makan tengahari dan seterusnya kembali ke rumah masing-masing.

Selesai sudah acara yang meninggalkan 1001 kenangan manis yang tidak mungkin RZ lupakan sampai bila-bila. Berkenalan dengan rakan blogger yang selama ini hanya berkomunikasi secara online sahaja, malah berkenalan juga dengan ahli keluarga mereka.

Terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari atas kenangan manis ini. Love you all!!!

Terima kasih juga kepada penaja-penaja yang menjayakan Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari yang terdiri daripada:-

1. Cosmoderm
2. Az-Zuha Group Travel & Tours
3. Kaio Studio
4. AJC District
5. PTS 
6. karya Seni
7. Team Ummie Official

Semoga kita akan dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang.

Last but not least, terima kasih kepada founder Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Ben Ashaari. Terima kasih kerana sudi menerima kehadiran RZ dalam keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari.

Jumpa lagi di acara seterusnya!

Hari keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari