Assalamualaikum semua,
Siapa suka makan masakan kampung, angkat tangan! Kalau sebut pasal masakan kampung, jangan kata orang Melayu, orang Cina, India, bahkan yang bukan rakyat Malaysia pun suka. Ambil contoh, RZ yang bajet korea ni pun turut menggemari masakan kampung, hahaha.
Kepada yang tinggal di Putrajaya, Sepang, Dengkil, Bangi atau yang berdekatan mahupun jauh, yang mengidam nak merasa masakan kampung yang menyelerakan, RZ cadangkan korang ke Ummiza Cafe. Baru-baru ini RZ bersama family Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang untuk menikmati makan tengahari di sana. dikelilingi pokok-pokok hijau, terasa seperti berada kampung pula, hehehe.
Lokasi Ummiza Cafe amat senang dicari, anda tidak akan sesat mencari Ummiza Cafe melalui aplikasi Google maps mahupun Waze. Berdekatan dengan MIAT, uniKL pasti korang takkan terlepas pandang signboard Ummiza cafe yang boleh dilihat di tepi jalan saja. Tapi kalau korang nak alamat Ummiza Cafe, boleh salin alamat ini, hehehe.
Ummiza Cafe
No.229, Batu 29 kampung Jenderam Hulu, Sepang.
Waktu operasi Ummiza Cafe bermula seawal jam 7 pagi sehingga jam 3 petang. Menyajikan hidangan sajian sarapan pagi dan juga makan tengahari. Setiap lauk pauk yang disediakan di Ummiza Cafe dimasak sendiri oleh keluarga pemilik restoran ini bagi mengekalkan keaslian resepi keluarga.
Ruang dalaman Ummiza Cafe ini sangat cantik, dan luas. Jarak antara setiap meja juga sangat selesa, maka tidak akan terjadi isu terlanggar meja sebelah, kaki tersadung kerusi sebelah seperti yang selalu dialami oleh RZ. Ini kerana Ruang selesa menjadi salah satu keutamaan setiap kali RZ ke mana-mana restoran memandangkan saiz RZ yang hanya kecil sedikit dari Myvi, hahaha. Tak percaya? lihat gambar di bawah.
Luas kan ruang dalaman Ummiza Cafe? Kata dah.
Mari RZ belanja anda gambar antara lauk pauk yang dihidangkan di Ummiza Cafe. Mohon kuatkan semangat jika anda sedang lapar sekarang, takut menjilat skrin komputer pula, hehehe. Kalau anda penggemar masakan kampung cuba teka nama setiap menu-menu di bawah ini, hahaha!
Apa yang boleh RZ katakan, kesemua lauk pauk yang dihidangkan menepati selera RZ. Tapi kalau nak cakap lauk mana yang kegemaran RZ, jawapannya ialah Ayam Masak Merah. Serius sangat sedap hingga rakan blogger, Ujang juga mengakuinya. (Ujang makan 5 ketul ayam masak merah) hahahaha!
Ummiza Cafe juga menerima tempahan. Tetapi peralatan catering dan pengangkutan tidak disediakan disebabkan kekurangan kakitangan.
Tempahan diambil hanya untuk 300 orang kebawah seperti majlis makan keluarga/pejabat/harilahir dan majlis ulangtahun.
Harga pula berdasarkan harga dipasaran dan kuantiti lauk yg ditempah.
Lauk pauk pula berdasarkan menu setiap hari seperti
- Ayam Masak Merah
- Ayam Kicap Berlada
- Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api
- Ikan Kembung Goreng
- Ayam Goreng
- Ikan Keli Berlada
- Asam Pedas Ikan Tenggiri
- Sambal Udang Petai
- Sup Cendawan
- Kari Daging
- Sambal Tumis Ikan Bilis
- Masak Lemak Belitong / Siput Sedut
- Gulai Lemak Pucuk Ubi
- Gulai Rebung
- Sayur Goreng
- Sambal Belacan
- Ulam2
Kuih muih tradisional pun ada juga.
Donat
Kuih Lapis
Kasui
Seri Muka
Dan Lain2
Ruang dalaman Ummiza Cafe ini sangat cantik, dan luas. Jarak antara setiap meja juga sangat selesa, maka tidak akan terjadi isu terlanggar meja sebelah, kaki tersadung kerusi sebelah seperti yang selalu dialami oleh RZ. Ini kerana Ruang selesa menjadi salah satu keutamaan setiap kali RZ ke mana-mana restoran memandangkan saiz RZ yang hanya kecil sedikit dari Myvi, hahaha. Tak percaya? lihat gambar di bawah.
Luas kan ruang dalaman Ummiza Cafe? Kata dah.
Mari RZ belanja anda gambar antara lauk pauk yang dihidangkan di Ummiza Cafe. Mohon kuatkan semangat jika anda sedang lapar sekarang, takut menjilat skrin komputer pula, hehehe. Kalau anda penggemar masakan kampung cuba teka nama setiap menu-menu di bawah ini, hahaha!
![]() |
kredit gambar http://www.saidila.com |
![]() |
kredit gambar http://www.saidila.com/ |
Ummiza Cafe juga menerima tempahan. Tetapi peralatan catering dan pengangkutan tidak disediakan disebabkan kekurangan kakitangan.
Tempahan diambil hanya untuk 300 orang kebawah seperti majlis makan keluarga/pejabat/harilahir dan majlis ulangtahun.
Harga pula berdasarkan harga dipasaran dan kuantiti lauk yg ditempah.
Lauk pauk pula berdasarkan menu setiap hari seperti
- Ayam Masak Merah
- Ayam Kicap Berlada
- Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api
- Ikan Kembung Goreng
- Ayam Goreng
- Ikan Keli Berlada
- Asam Pedas Ikan Tenggiri
- Sambal Udang Petai
- Sup Cendawan
- Kari Daging
- Sambal Tumis Ikan Bilis
- Masak Lemak Belitong / Siput Sedut
- Gulai Lemak Pucuk Ubi
- Gulai Rebung
- Sayur Goreng
- Sambal Belacan
- Ulam2
Donat
Kuih Lapis
Kasui
Seri Muka
Dan Lain2
Makan pun dah selesai, menyanyi pun sudah, apa lagi, kita ambil gambar lah pula ye? Terima kasih kepada Ummiza Cafe kerana sudi menjemput Kelab Blogger Ben Ashaari untuk merasai sendiri hidangan kampung yang sejati dan umphh!!!
Untuk tempahan boleh hubungi :
Puan Nor : 019-6682069
Ain : 0111-0602569
Alamat : No 229 Batu 29 , Jenderam Hulu , Sepang Selangor
Hari Dibuka : Isnin - Sabtu
Instagram : UmmizaCafe
2 comments:
ayam masak merah tu mmg sedap! patut laa cepat je abih, ujang makan banyak hehehe
Thk gambar daa nampak menyelerakan..kalau makan tatau laaa ..sedap.menjilat jari laa jawapnya
Post a Comment