Assalamualaikum semua,
Maaf lah, agak terlewat sedikit RZ update entry ini walaupun kejadiannya dah berlalu dalam 3 minggu yang lalu, almaklumlah dek kerana terlalu sibuk dengan tugas hakiki dan kesihatan yang agak menguji kesabaran gitu, haaaa terbaik tak alasan RZ? Hahahaa. Tapi walaupun kejadian yang RZ maksudkan ini dah lama berlalu, tapi terasa seolah-olah seperti baru semalam terjadi, ececehhhh!
Cheehhh, jangan nak berkias sangat lah RZ. Korang baca tajuk pun dah tau kan apakah story yang RZ cuba ceritakan. Sudah tentulah mengenai kemeriahan Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari yang telah berlangsung dengan jayanya di "sebuah resort di Hulu Langat".
Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari yang berlangsung pada 11-13 September 2015 telah dirancang sejak awal bulan Mac 2015 lagi dengan kerjasama Cosmoderm yang juga merupakan penaja utama bagi program ini. Terima kasih Cosmoderm! i luv my skin!! hehehe.
Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara blogger dan ahli keluarga masing-masing disamping untuk memupuk semangat kekeluargaan, kerjasama dan juga untuk memperkenalkan setiap ahli keluarga KBBA yang hadir. Maknanya kita bukan sekadar mengenali blogger sahaja, tetapi juga mengenali ahli keluarganya sekali. The more the merrier! Barulah namanya KELUARGA kan? Kesemua blogger dan ahli keluarga dipecahkan kepada 4 kumpulan, tengok gambar bawah tu, ramai kan? hehehe.
Banyak aktiviti yang telah dirancang sepanjang 3 hari 2 malam kami menginap di "sebuah resort di Hulu Langat" ni. Dari sukan rakyat, ke sukan darat, ke sukan air dan juga sukan udara. karaoke pun ada tau! Pendek kata, memang meriah lah, semuanya sporting dan gila-gila, hahaha. ahli keluarga blogger juga sangat mesra dan sempoi!
Bermula dari pendaftaran, task pertama untuk blogger ialah mengambil gambar bersama produk Cosmoderm yang diberikan di dalam goodies bag. Task ini merupakan pertandingan tau, jadi gambar bersama produk Cosmoderm yang paling kreatif akan dipilih sendiri oleh pihak Cosmoderm! Well, korang tau je lah, bab gambar kreatif ni RZ memang all out! hahaha. Mengekalkan reputasi sebagai penghasil gambar yang paling tidak normal la katakan, hahaha!
Nak tengok gambar yang RZ hantar?
Banyak kan? hahahahahaa. Dan seperti dijangka (perasan betul si gemuk ni!!), RZ menang task gambar kreatif bersama produk Cosmoderm! Yaaaayyy!!! Terima kasih Cosmoderm kerana memilih gambar RZ sebagai pemenang. Nak tau gambar mana satu yang menang? (Klu: Duckface)
Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari sangat beruntung kerana Kaio Studio sudi menjadi photographer dan Videographer Official. Mengenali reputasi Kaio Studio yang merentas sempadan negara membuatkan RZ yakin bahawa hasilnya pasti akan meletop kebabom bush! bush! Haaaaa, gitu! Meh RZ share sikit ye?
Kalau nak tengok lebih banyak, sila lah follow IG Kelab Blogger Ben Ashaari. Follow juga IG Kaio Studio.
Paling RZ suka ialah sukan air, walaupun tak reti berenang, tapi belasah je lah, janji dapat berendam, hahahaha.
Malam kedua pula kami disajikan dengan hidangan kambing bakar dan makanan special gitu! Sekaligus berjalan juga acara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah bagi sukan rakyat, pertandingan karaoke dan gambar kreatif bersama produk Cosmoderm.
Keputusan Sukan Rakyat:
Pertama : Rumah Ungu
Kedua : Rumah Merah
Ketiga : Rumah Hijau
Keempat : Rumah Biru (Chehh! kalah!!!)
Keputusan Pertandingan Karaoke
Pertama : Que Achmad
Kedua : Ayue Jean
Ketiga : yours truly
Pertandingan gambar kreatif bersama produk Cosmoderm: yours truly lagi
Cabutan bertuah, majoriti dapat. Termasuklah yours truly.
TIGA KALI NAIK PENTAS AMBIL HADIAH!! Hahahaha! Menang besar koooo!!!
Aktiviti hari terakhir Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari dimulai dengan acara senaman pagi yang dikendalikan oleh RZ. Sejak berehat dari aktiviti kecergasan sejak 3 tahun lalu, ini adalah kali pertama RZ mengajar semula. Fuuuhhh, Semput! hahaha! Alhamdulillah semua happening melayan rutin RZ yang serba ganas dan seksi, hahaha!
Nampak tak tshirt yang RZ pakai tu? Tshirt tersebut ditaja oleh Az-Zuha Group Travel & Tours. Cantik kan? Design tshirt tersebut disediakan oleh Kembar RZ, Najeeb, hahaha.
Nak tengok video blogger kena dera oleh RZ? Klik sini ----> BLOGGER DIDERA OLEH RZ
Selepas kena dera dengan RZ, kami dibawa jungle tracking pula ke air terjun! best gile wooo!!!
Ada beberapa adegan RZ diserang oleh si kembar 3, hahaha.
Adegan hampir lemas juga ada. Sila klik sini -----> BLOGGER COMEL LEMAS
Selesai jungle tracking, kami pun kembali semula ke tempat penginapan, di "Sebuah resort di Hulu Langat" itu untuk makan tengahari dan seterusnya kembali ke rumah masing-masing.
Selesai sudah acara yang meninggalkan 1001 kenangan manis yang tidak mungkin RZ lupakan sampai bila-bila. Berkenalan dengan rakan blogger yang selama ini hanya berkomunikasi secara online sahaja, malah berkenalan juga dengan ahli keluarga mereka.
Terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari atas kenangan manis ini. Love you all!!!
Terima kasih juga kepada penaja-penaja yang menjayakan Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari yang terdiri daripada:-
1. Cosmoderm
2. Az-Zuha Group Travel & Tours
3. Kaio Studio
4. AJC District
5. PTS
6. karya Seni
7. Team Ummie Official
Semoga kita akan dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang.
Last but not least, terima kasih kepada founder Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Ben Ashaari. Terima kasih kerana sudi menerima kehadiran RZ dalam keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari.
Jumpa lagi di acara seterusnya!
1 comment:
Repeat familyday pleaseeee T.T best sgt
Post a Comment