Assalamualaikum semua,
Wahai peminat buku-buku PTS, angkat tangan! Jika pada entry sebelum ini Penulis Terbaik PTS ke Selatan tanah air, kali ini kita ke utara pula. Warga Kedah dan Pulau Pinang, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan penulis ikonik PTS ini.
Siapa yang tidak kenal dengan Dr Khairul Nizam, penulis buku Buat Pahala free Gaya Rasulullah. Begitu juga dengan Puan Mardiana Mat Ishak, penulis buku Super Woman.
Ada yang belum mengenali Dr. Khairul Nizam? Mari kita berkenalan dengan beliau.
Berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Usuluddin (Al_Quran dan Hadith) dan Ijazah bidang Islamic Revealed Knowledge in Hadith. Dr Khairul Nizam sememangnya seorang yang berkaliber dan berpengetahuan luas dalam bidangnya.
Selain dari menulis buku, beliau juga memegang beberapa peranan dalam organisasi seperti:-
- Ahli panel penilai MQA
- Editor lebih 30 buah buku
- Ahli kongres Profesor Negara
- Lebih 50 siri program motivasi
- Lebih 500 ceramah keagamaan
- Timbalan Dekan (Akademik & Penyelidikan), Fakulti Al-Quran dan
As-Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia
Haaaa, siapa pula yang mahu berkenalan dengan Puan Mardiana Mat Ishak? Sabar, kita simpan dulu biodata beliau untuk entry akan datang Disember ini ye? Tunggu tau?
Apa kata baca dulu sinopsis buku Super Woman ini,
SINOPSIS
Mengalami tekanan dalam mengendalikan rumah tangga, pada masa yang sama turut berkerjaya? Malah, ada wanita yang lebih dahsyat. Mereka bekerja, menguruskan rumah tangga dan kemudian turut menyambung pelajaran.
Tidak kurang hebat juga para suri rumah yang 'tidak cukup tangan' dalam menguruskan anak-anak dan keluarga. Umpama tidak cukup 24 jam yang ditetapkan di dunia ini.
Kini, Super Woman hadir demi membantu kita, menjadi para wanita menjadi luar biasa! Dengan tip dan maklumat yang padat, turut dikupas berkenaan peranan wanita sebagai anak, isteri, ibu, pekerja, pelajar dan paling penting, sebagai hamba Allah yang mendambakan cinta-Nya.
Kita akan ketawa, tersenyum, dan menangis membacanya. Kita terinspirasi dan hidup menjadi lebih bermakna.
Penulis-penulis terbaik PTS kali ini akan berada di Kedah dan Pulau Pinang pada 30-31 Oktober 2015. Haaaa, dekat dah tu, hari Jumaat dan Sabtu ini. Jangan lupa simpan tarikh tersebut dalam kalendar anda dan menjadi peminat bertuah yang mendapat
peluang beramah mesra dengan mereka!
Tapi, di mana pula lokasi Jelajah kali ini? Kedah kat mana? Pulau Pinang kat mana? Lihat di bawah ye? hehehe.
30 Oktober 2015 (Jumaat)
Jam 4.00 Petang
Kedai Buku hasani
Taman Bistari
Alor Setar, Kedah
Jam 8.00 Malam
Kedai Buku Hasani
Taman pekan Baru
Sungai Petani, kedah
31 Oktober 2015 (Sabtu)
Jam 3.00 Petang
Kedai Buku Hasani
Landmark Giant
Kulim, Kedah
Jam 5.30
Kedai Buku Hasani
AEON BiG Perai
Pulau Pinang
Jumpa di sana!
1 comment:
Semua hebat2..
Post a Comment