PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Thursday, October 15, 2015

Penulis Terbaik PTS Menyerbu Johor | Road Tour penulis Terbaik PTS 2015

Assalamualaikum semua,

Warga Johor, warga Johor. Sila bersedia kerana penulis terbaik PTS akan turun padang untuk berjumpa dengan anda semua. RZ yakin ramai peminat buku-buku PTS di Johor, jadi jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Road Tour Penulis Terbaik PTS pada 24 hingga 25 Oktober 2015 ini.

Road Tour penulis Terbaik PTS 2015

Anda menggemari novel sejarah atau konspirasi seperti kisah Ahmad Ammar atau Dracula VS Al-Fateh? Atau anda menyukai kisah dengan watak kontroversi seperti Mustafa Kamal Atartuk dan Adolf Hitler

Untuk Road Tour kali ini, PTS menampilkan tiga penulis yang tidak asing lagi iaitu;

Abdul Latip Talib
Siapa yang tidak kenal penulis yang lebih mesra dengan sapaan Pak Latip? Beliau telah menulis lebih dari 30 buah buku dengan PTS. Pak Latip telah menerima pelbagai anugerah seperti Hadiah Sastera Negara, Sayembara Cerpen Berunsur Islam dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 & 2007. Antara buku hasil karya beliau ialah, Ahmad Ammar, Salahudin Ayubi dan Perang Badar.

Road Tour penulis Terbaik PTS 2015Road Tour penulis Terbaik PTS 2015

Nur Iman Ramli
Penggemar buku-buku PTS pasti tahu buku-buku yang ditulis beliau yang telah mendapat sambutan hangat, tidak kira lah di kedai-kedai buku mahupun semasa pesta buku. Nak tahu ke hasil karynya? lihat bawah;

Road Tour penulis Terbaik PTS 2015Road Tour penulis Terbaik PTS 2015

Al-Ghazali
Beliau aktif menghasilkan karya untuk media seperti Majalah Dewan Bahasa dan Akhbar Berita Minggu. Antara hasil karya beliau bersama PTS ialah;

Road Tour penulis Terbaik PTS 2015Road Tour penulis Terbaik PTS 2015


Dah kenal dengan penulis-penulis ini? bagus! Sekarang tanda siap-siap di kalendar anda, pastikan anda tak lupa tarikh-tarikh ini ye?

24 Oktober 2015 (Sabtu)
Kedai Buku Badan Cemerlang
Plaza Angsana, Johor Bahru.
2.00 Petang

25 Oktober 2015 (Ahad)
Kedai Buku Pustaka Arris
Pasir Gudang, Johor.
4.30 Petang

Dapatkan buku-buku mereka, dapatkan tandatangan mereka dan beramah mesra juga dengan mereka.

Jumpa di sana!

3 comments:

Sue Izza said...

rasa macam agen rahsia je bila baca buku fail sulit tu tau hahahha,,kalau ada kat kl bleh join ni kalau kena masa

Yan Ty said...

ya kat KL de kita serbu nanti... jauhnya nk gi Johor

Akif Imtiyaz said...

Nice sharing razi