Assalamualaikum Semua,
Bila korang baca tajuk kat atas tu, mesti terfikir siapa pula Atan ni? Aizat, Zahid? Safee Sali memang tak perlu diperkenalkan lagi lah. Siapa yang tidak kenal dengan jaguh bola sepak kebanggaan negara kan?
Tapi Siapa pula Atan, Aizat dan Zahid tu? Ahli Sukan? Majistret, Lawyer? Hahaha. Sebenarnya semua nama-nama di atas tu adalah watak-watak dalam Komik-M terbitan PTS yang mana penulis-penulisnya akan menyertai Road Tour Penulis Terbaik PTS 2015 yang akan berlangsung pada 21 hingga 22 November 2015 bertempat di Kedah dan Pulau Pinang.
Penulis-penulis yang ditampilkan kali bukan calang-calang tau. Komik-komik mereka berada dalam kategori Best Seller dan sering diulang cetak beberapa kali. Road Tour Penulis Terbaik PTS 2015 edisi November menampilkan Duo adik beradik Afiq & Nazry Salam, komikus manga terkenal, Ben Wong dan Froggypapa.
Mari kita berkenalan dengan Ben wong, yang telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di Jepun melalui komik Atan terbitan PTS. Sebenarnya Ben Wong juga merupakan rakan baik RZ, (saja nak bagi jealous!) Hahahaha!
Ben Wong, anak jati Muar, Johor berketurunan cina merupakan antara pelukis komik gaya 'manga' yang tidak asing lagi dikalangan peminat komik Malaysia. Beliau telah menghasilkan banyak karya-karya yang yang sehingga hari ini masih lagi dicari-cari oleh peminat komik untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi. Antaranya;
- Atan (Terbitan PTS)
- SS10 (Terbitan PTS)
- Reda (Terbitan PTS)
- Diari Cinta (Terbitan PTS)
- Te@mare
Namun kejayaan Komik Atan meraih Anugerah perak di 8th International Manga Award di Jepun telah mengharumkan nama Malaysia di rantau Asia. Kejayaan beliau telah mendapat liputan media yang tidak henti kerana ini adalah kali kedua beliau menerima anugerah pada acara yang berprestij tersebut.
Kini komik Atan telah diterjemah ke bahasa jepun untuk dipasarkan di sana.
Bagaimana pula dengan Biodata Nazry & Afiq salam? Froggypapa? Kita rahsiakan dulu untuk tour yang seterusnya di Selatan pula ya?
Bagi mereka yang ingin beramah mesra, mendapatkan komik-komik mereka dan juga autograf. Boleh merujuk kepada jadual di bawah ini.
21 November 2015 (Sabtu)
12.00 tengahari
Kedai Buku Hasani
Taman Pekan Baru
Sungai Petani, Kedah
4.00 Petang
Kedai Buku Hasani
Taman Bistari
Alor Setar, Kedah
22 November 2015 (Ahad)
12.00 tengahari
Kedai Buku Hasani
Landmark Giant
Kulim, Kedah\
5.30 Petang
AEON BiG, Perai
Pulau Pinang
Jadi apa lagi? Jom meriahkan Road Tour Penulis Terbaik PTS 2015! Jumpa di sana!
4 comments:
Bangga dengan pencapaian penulis anak tempatan...
Laa ben wong tu orang muar ke?? Hahaha serius baru tahu.. bangga dengan pencapaian dorang ni.
Fuyoo.. terbaik. Kalau tak kerja memang lama dah pergi. Lepas ini semua area utara dah.
Bagus juga selalu baca buku dan review mengenai buku2 yg ditulis anak2 tempatan
Post a Comment