Assalamualaikum semua,
2 minggu yang lalu RZ bersama dengan rakan blogger Ayue Jean berpeluang untuk memenuhi undangan dari seorang rakan, Nik Nabil ke Samkkya Ayurvedic Clinic (Health Care Centre), yang bertempat di Jalan Maarof, Bangsar. Kami ke sana bagi mendapatkan khidmat nasihat dan juga merasai sendiri pengalaman berejuvenasi di Samkkya.
Melangkah masuk ke Samkkya Ayurvedic Health Clinic, suasananya sangat selesa tak terasa seperti di klinik pun, seperti di rumah. Kakitangan Samkkya di sini juga sangat mesra, tak terasa kekok bila berada di sini buat pertama kali. No wonder begitu ramai pelanggan yang sering datang ke sini berulang kali.
Sebelum RZ bercerita panjang mengenai Samkkya, mari kita kenal-kenal manja dulu dengan Samkkya, hehehe. Samkkya merupakan sebuah pusat perubatan alternatif berasaskan rawatan Ayurveda dikendalikan oleh mereka yang sangat terlatih dan pakar dalam bidang rawatan ini. Samkkya Health Care Group setakat ini memiliki tiga buah cawangan iaitu;
Pada mulanya RZ ingatkan Samkkya Ayurvedic Clinic adalah sebuah spa biasa yang hanya memberikan perkhidmatan urutan saja. Tapi jangkaan RZ silap, perkhidmatan yang ditawarkan di Samkkya Ayurvedic Clinic meliputi banyak aspek.
Korang mesti tertanya apa yang dimaksudkan dengan Ayurveda kan?
Ayurveda merupakan sistem medico-gaya hidup penyembuhan yang berasal dari India lebih 5000 tahun yang lalu. Ia terdiri daripada dua perkataan Sanskrit. Ayur, yang bermaksud kehidupan, dan Veda yang bermaksud pengetahuan atau sains. Oleh itu Ayurveda boleh ditakrifkan sebagai sains kehidupan.
Hari ini, Ayurveda diamalkan di seluruh dunia sebagai satu sistem penjagaan kesihatan semula jadi. Ia memberi tumpuan kepada bahan-bahan dan tindakan, yang meningkatkan kualiti hidup kita, dengan menggabungkan falsafah diet, detoksifikasi, yoga, perbaikan mental dan wawasan ke dalam hidup dalam keseimbangan lengkap dengan alam semula jadi.
Ayurveda merujuk interaksi manusia dengan alam semula jadi. Ia menerangkan 5 struktur unsur ke dalam mana semesta dibahagikan; ruang, udara, api, air dan bumi. Elemen-elemen ini bergabung untuk membentuk 3 bio-tenaga atau dosha dikenali sebagai vata, pita dan kapha.
Dosha mentadbir semua aktiviti-aktiviti minda dan badan kita. Apabila kita mengekalkan keseimbangan melalui pilihan bijak, kita mengalami kesihatan yang optimum. Apabila dosha ini tidak seimbang, kita akan mudah mengalami penyakit.
Tujuan utama rawatan Ayurveda adalah untuk mewujudkan keseimbangan dalam ketiga-tiga kualiti yang asas tersebut.
Sebagai permulaan sesi, RZ & Ayue diminta untuk mengisi borang untuk menyatakan keadaan badan, tak kira lah dari segi saiz ke, gaya pemakanan, perkumuhan, emosi dan sebagainya. Sambil-sambil isi borang tu, kami dihidangkan dengan segelas air halia, eheee!!!. Seterusnya sesi analisis dosha bersama dengan Dr Shiv Kumar Vats yang akan memperincikan lagi maklumat yang RZ dah isi pada borang tadi, dan akhirnya barulah kita akan mengetahui 'dosha' kita. Menurut Dr Shiv Kumar Vats, 'dosha' RZ ialah
KAPHA VATA
yang bermaksud Kapha (Air) dan Vata (Angin).
Menurut Ayurveda, keseimbangan dosha kita dipengaruhi oleh pemakanan dan juga alam sekitar kita. Dalam erti kata lain, tekanan, gaya hidup yang tidak sihat, diet yang tidak serasi dan pengumpulan toksin boleh mengakibatkan dosha hilang keseimbangan.
Setelah menentukan "body constitution" dan mendiagnosis masalah seseorang, doktor umumnya menetapkan satu atau lebih daripada yang berikut:
Cadangan pemakanan, herba, yoga, senaman pernafasan, terapi urut, detoksifikasi atau Panchakarma.
Sama ada anda perlu untuk menyembuhkan ketidakseimbangan, atau hanya memerlukan terapi rejuvenasi. Samkkya menawarkan pelbagai terapi Ayurveda ditetapkan oleh pakar perubatan Ayurveda yang berpengalaman, dan ditadbir oleh ahli terapi Ayurveda terlatih.
Here comes the best part! MASSAGE!!!!
Setelah selesai sesi khidmat nasihat bersama Dr Shiv Kumar Vats, kami berpeluang untuk dimanjakan pula, hehehe. Seumur hidup RZ tak pernah lagi diurut-urut ni apatah lagi urutan seluruh badan. macam mana lah rasanya ye? (nervous!!!)
Mari kita lihat bilik rawatan RZ, haaaa luas tak? Ada tandas sendiri tau?
Here comes the best part! MASSAGE!!!!
Setelah selesai sesi khidmat nasihat bersama Dr Shiv Kumar Vats, kami berpeluang untuk dimanjakan pula, hehehe. Seumur hidup RZ tak pernah lagi diurut-urut ni apatah lagi urutan seluruh badan. macam mana lah rasanya ye? (nervous!!!)
Mari kita lihat bilik rawatan RZ, haaaa luas tak? Ada tandas sendiri tau?
Biasalah orang pertama kali merasa full body massage, memang awkward sungguh, hahaha. Tak nak share gambar, nanti korang tergoda akan kecomelan RZ, hahaha!
Tapi urutan yang dilakukan oleh pakar terapi ayurveda di Samkkya Ayurvedic Clinic sangat refreshing dan relaxing. Bermula dari kepala di ke hujung kaki, depan, belakang hampir-hampir RZ tertidur dek kerana sedapnya diurut, hehehe.
Urutan menggunakan ‘Abhyanga’, iaitu minyak yang digunakan dalam proses urutan dalam rawatan ayurveda ini dikatakan ibu segala minyak urut! power tu, hehehe.
Rawatan urutan badan ini dikatakan mampu untuk memulihkan blood circulation, menguatkan otot, mengurangkan sakit-sakit badan, lesu, awet muda, bagus untuk kulit dan rambut dan banyak lagi khasiat seperti urutan badan yang lain.
Selesai sesi urutan terapi RZ, segar sungguh badan ni selepas mengalami stress sejak 2 3 minggu sebelum tu. Ibarat 'orang mengantuk disorongkan bantal', memang terapi ini betul-betul hadir at the right time!
Terima kasih pada Nabil, Averyl, Miss Agnes, Doktor Shiv Kumar Vats dan juga pada therapist RZ atas layanan dan perkhidmatan yang sangat-sangat tip top! mungkin lepas ni boleh repeat lagi ke sini untuk treatment seterusnya pula.
Untuk lebih lanjut korang boleh layari laman web mereka http://www.samkkya.com.my.
Untuk tempahan sesi di Samkkya Ayurvedic Health Clinic Bangsar, boleh hubungi 03 – 2287 2111.
1 comment:
Sesekali manjakan diri..best jugak
Post a Comment