Cosmoderm

Thursday, November 12, 2015

Tips Bila Beratur di Mesin ATM


Assalamualaikum semua,


Lama tak buat entry personal kan? Hari ni kugagahkan juga untuk menaip entry ini memandangkan ada masa free sikit beberapa minit ni, hehehe.

Tidak dinafikan bila sebut pasal mesin ATM ni, boleh dikatakan yang RZ dan mesin ATM berpisah tiada, hahaha. Tapi rasanya bukan RZ seorang je yang macam tu, ramai juga yang bernasib seperti RZ. Sebenarnya entry ini bukan tertumpu pada mesin ATM saja, tapi juga Cheque Deposit Machine dan Cash Deposit Machine.

Bila dah ramai macam tu, memang mesin ATM akan jadi sesak lah, dengan barisan panjangnya, bila ada mesin yang Out Of Service maka berganda-ganda lah sesak dan panjangnya barisan. Ditambah lagi dengan karenah pengguna-pengguna ATM yang berbagai jenis, maka nak tak nak terpaksalah hadap juga.

Tips Bila Beratur di Mesin ATM
JANGAN SAMPAI JADI MACAM NI
Tapi macam mana kita nak menjadi pengguna mesin ATM yang bertoleransi? Maksudnya menjadi pengguna yang tak menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain.  Di bawah ini RZ senaraikan tips-tips bila beratur di mesin ATM lebih-lebih lagi bila tengah ramai orang;

1. Sebelum sampai giliran kita, keluarkan kad ATM siap-siap, bukan bila dah sampai giliran kita baru nak buka beg, ambil wallet/purse dan keluarkan kad ATM. Pegang saja wallet/purse tu, so bila selesai urusniaga boleh terus masukkan kad/duit ke dalam wallet/purse.

2. Sebelum sampai giliran kita, rancang siap-siap berapa amaun yang kita nak keluarkan, bukan bila dah masuk kad baru nak fikir keluarkan berapa hengget!

3. Yang nak keluarkan duit seorang je kan? So jangan angkut sekali kawan-kawan berkerumun keliling anda. Ini untuk keselamatan juga, demi menjaga nombor pin dilihat orang lain.

4. Jangan bila nampak kawan kau tengah beratur kat ATM, ambil kesempatan lalu datang bertegur sapa dan terus potong line orang lain di belakangnya. Kurang ajar namanya tu!

5. Bila orang di depan kita sedang menggunakan mesin ATM, pastikan jarak kita dengan orang tersebut tidak terlalu dekat. Bagi dia ruang selesa untuk berurusniaga. 

6. Bila duit/resit dah keluar, jangan lah buang tebiat nak kira/semak kat situ juga. (Kalau keluarkan amaun yang banyak). Masuk dalam wallet/purse terus pergi & kira kat tempat lain.

7. Merujuk kepada tips nombor 5, cuba berdiri pada satu jarak tertentu. Jadi bila sampai giliran kita, orang di belakang secara automatik akan berdiri di tempat tersebut. Lebih kurang memberi benchmark kepada orang belakang lah, hehehe.

Rasanya setakat dalam pemerhatian dan pengamatan RZ, itu saja yang boleh dikongsikan untuk korang. Dan kalau rasa susah sangat nak ikut tips-tips tu, pergi je mesin ATM pada waktu bukan puncak, waktu tak ramai orang, selesai!

Mungkin apa yang kita buat ni, nampak kecil dan mungkin remeh tapi pasti ada yang memerhati dan tak mustahil juga dicontohi oleh orang lain. Kalau tak mampu nak mendidik masyarakat secara terang-terangan, mungkin dengan cara begini insyaAllah akan ada hasilnya. At least kita berusaha kan, daripada merungut dan mengeluh.

Selamat mencuba dan selamat mendidik!

2 comments:

Ubai Ismail said...

aku tk suka kalau p atm bila tengah ramai orang.. hahaha risau lakk..

Lya Akif Imtiyaz said...

Hehehe biasa lau nak cucuk kad atm tu kan lau ramai org akk tak cucuk..g jln2 dlu nnt daa takde org baru pegi balik