Cosmoderm


Thursday, February 12, 2015

Pet Peeves : perkara kecil yang yang menjengkelkan

Assalamualaikum semua,

Pernah dengar tak tentang istilah Pet Peeve? Tidak ada kaitan dengan haiwan peliharaan, hahahaa...
Gambar sekadar hiasan! hahahahaa

Setiap orang ada pet peeve masing-masing, dan kadang-kadang ada yang sama dan ada juga yang rare. Bergantunglah pada tahap toleransi kita kan? RZ akui ada BANYAK pet peeves, mungkinkah pet peeves kita sama? mari kita lihat...



sebelum itu, mari kita wiki2 sikit maksud pet peeves:- 

Pet peeve

From Wikipedia, the free encyclopedia
For the 1980s metal band, see Pet Hate. For other uses, see Pet peeve (disambiguation).
pet peeve or pet hate is a minor annoyance that an individual identifies as particularly annoying to himself or herself, to a greater degree than others may find it.

Dah tau maksud pet peeves? Bagus! Mari kita berkongsi pet peeves masing-masing:-

1. Jadi tukang tahan pintu
     - Yes, Selalu jadi macam ni bila dekat kedai, restoran, shopping mall dan mana-mana saja yang ada PINTU. Hahaha... *Ucap terima kasih pun kadang-kadang TAK*

2. Berhenti bersembang di tempat sesak
    - Selalunya di tengah kesesakan koridor, pasar tani, pasar malam, pasar basah, dan di mana-mana saja janji boleh berdiri dan berjalan. Selalu end up kita akan berhenti berjalan secara mengejut, dan orang belakang terlanggar kita. Dan orang depan tu, kadang-kadang mesti sedang memutuskan untuk "Nak ke kedai kiri ni atau kanan eh?? berhenti kat tengah-tengah je lah!"

3. DJ radio tak sebut tajuk lagu / penyanyi
     - Pernah terjadi tak situasi ini pada korang? Bila mendengar satu lagu yang best di radio dan korang menunggu sehingga lagu tersebut habis dimainkan dengan harapan DJ Radio akan menyebut tajuk lagu tersebut berserta nama penyanyinya sekali? Tapi DJ tu tak sebut pun, malah terus diputarkan lagu lain... stress tak? Hahaha...

4. Cap jari di cermin mata
     - Sebagai seorang yang bergantung kepada cermin mata untuk melihat objek jauh, cap jari kat cermin mata sangat annoying tau! Tambah annoying bila tak bawa hankie atau tisu! lap kat baju lah jawabnya, hahaha...

5. Baca resit transaksi bank di depan mesin ATM terlalu lama
    - Siapa pengguna mesin ATM di sini? boleh faham kot level of annoyingness tu... *tu diaaa istilah!!!*

6. Tergaru Jerawat di Kulit Kepala
     - SAKIT!!!! lambat pula nak hilang sakit tu! "sakitnya tuh di sini!!!"

7. Tanya Soalan Bonus
     - Need to say more? NEXT!!!

8. Hashtag (#) Karangan
 - #menyampahdohbilakaubacabendamacamni #jangantanyaakukenapakalau tibatibaakutamparkaugunaseliparjepun

9. Makanan terselit celah gigi
     - Sakit hati bila nak buang serpihan makanan tu guna lidah, tapi masih tak dapat-dapat! pencungkil gigi takde lebih menambahkan stress. Hahahaa...

Sebenarnya ada banyak lagi Pet Peeves yang terpendam, cuma ini je yang came across while typing this entry. *speaking kaaauuuu!!!*

So apa pet peeves anda?



Wednesday, February 11, 2015

Menariknya di Farm In The City, Seri Kembangan

Assalamualaikum Semua,

Pada hari cuti yang lepas RZ berpeluang untuk mencuri sedikit masa untuk merehatkan minda bermain bersama haiwan dan menikmati pemandangan hijau di tengah kota raya. Haaaa, pelik? Siapa kata di tengah kepesatan bandar tiada tempat sebegitu? RZ sendiri pun baru je tahu pasal tempat sejak tahun lepas lagi, tapi tahun 2015 ni baru lah ada masa untuk mencemar duli, hahahaa...

Selamat datang ke Farm In The City, Seri Kembangan. Ini adalah kali pertama RZ mengunjungi Farm In The City ini dan sangat teruja untuk bergurau senda dan bersosial bersama haiwan-haiwan yang selama ini RZ hanya lihat di Discovery Channel dan Astro Ceria saja, hahahaa... Lebih menarik, bukan saja dapat melihat haiwan-haiwan ini secara dekat, malah boleh pegang!!!! Uwaaaaa... Excited nih!!!

Selamat datang I Menariknya di Farm In The City, Seri Kembangan

Itik (macam orang tak kenal je kan?) I Menariknya di Farm In The City, Seri Kembangan
Rusa yang comel, alololooo I Menariknya di Farm In The City, Seri Kembangan





Asyik dari tadi gambar haiwan je kan? Meh RZ tunjuk gegambo selfie pula, kang tak percaya lak, hahahaa....






Ada juga pertunjukkan khas bersama burung kakak tua, menarik sungguh di  Farm in The City. Rasa tak puas pergi sekali, bila pergi memang tak boleh nak sekejap-sekejap je lah. mesti nak lepak dua tiga jam ni, hahahaa..

Ok, harga tiket??? berpatutan okay...


RZ sangat rekomen anda untuk datang ke sini. Bawa keluarga, rakan-rakan ke Farm in The City. Tak Jauh, Di Bandar Putra Permai, Seri kembangan. Tidak jauh dari GIANT Taman Equine(Landmark).

Untuk lebih lanjut, boleh ke Facebook Farm In The City.

Tuesday, February 10, 2015

Bon Appétit! Jom cuba Menu Baru di Délifrance Malaysia

Assalamualaikum semua, Bon Appétit! Jom cuba Menu Baru di Délifrance Malaysia

Pernah terjadi tak situasi ini pada korang? Bila mendengar satu lagu yang best di radio dan korang menunggu sehingga lagu tersebut habis dimainkan dengan harapan DJ Radio akan menyebut tajuk lagu tersebut berserta nama penyanyinya sekali? Tapi DJ tu tak sebut pun, malah terus diputarkan lagu lain... stress tak? Hahaha...

Tapi bukan hal itu yang RZ nak ceritakan dalam entry kali ini, hahahaa... RZ nak cerita pasal menu terbaru yang telah diperkenalkan oleh Délifrance Malaysia untuk tahun 2015. RZ bersama rakan-rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang untuk merasai sendiri hidangan baru ini. Selama ini RZ ingat Délifrance Malaysia hanya ada roti dan pastry saja, rupanya it's more than meets the eye. *chewaaahhhh speaking kauuu*

RZ juga sempat mencuba roti-roti dan pastry yang lain di Délifrance Malaysia, memang menyelerakan dan lain dari pastry yang biasa. seperti Sultana Croissant, Apple Turnover, Chicken Mushroom Bechamel, Tuna Mushroom Fuliliette dan bermacam lagi. Oh my diet! hahahaha...

Classic French Baguette I Bon Appétit! Jom cuba Menu Baru di Délifrance Malaysia
Pilihan antara Butter, Jem Strawberi dan Jem Kaya

Tuna D'Licious I Bon Appétit! Jom cuba Menu Baru di Délifrance Malaysia
Tuna D'licious ini memang sedap, korang boleh juga pilih roti mengikut selera masing-masing iaitu Baguette(seperti di gambar), Butter Croissant, Crois-Bread atau Ciabatta.

Meatball Sandwich I Bon Appétit! Jom cuba Menu Baru di Délifrance Malaysia

Meatball sandwich ni pun sangat sedap, sekali gigit penuh mulut tau. hahahaa...

Meatball Pasta I Bon Appétit! Jom cuba Menu Baru di Délifrance Malaysia
Tak cukup dengan meatball sandwich, apa kata cuba Meatball Pasta juga. Meleleh wa cakap lu...

Grilled Chicken Leg with Mushroom Sauce I Bon Appétit! Jom cuba Menu Baru di Délifrance Malaysia
Mahu cuba hidangan yang lebih berat? korang boleh try Grilled Chicken Leg with Mushroom Sauce yang dihidangkan bersama kentang putar dan sos dibanjiri sos cendawan, dan salad. Sesuai untuk makan tengahari, errrr petang pun boleh, errmmm malam pun lah. Hahaha...


Spicy Fish Served with Rice I Bon Appétit! Jom cuba Menu Baru di Délifrance Malaysia
Bagi yang tidak boleh berpisah dengan nasi dan sambal, hehehe... Délifrance Malaysia juga ada menyediakan hidangan ikan dori, dengan sos sambal pedas bersama nasi. Délifrance Malaysia tidak melupakan selera Malaysia dalam hidangan baru kali ini. Terbaik!!!


Provencal Lamb Shoulder I Bon Appétit! Jom cuba Menu Baru di Délifrance Malaysia
Baik, ikan dah ada, ayam dah ada, meatball dah ada, jangan terkejut hidangan kambing juga ada, yaaaayyyy!!!! Sebagai penggemar kambing, RZ akui agak terliur bila melihat hidangan ini. Daging lembut dihidangkan dengan sos provencal dan salad. Berebut dengan abang Ben Ashaari nak makan kambing, hahahaa... *Ampun!!!!*

Beef Crois-Bread I Bon Appétit! Jom cuba Menu Baru di Délifrance Malaysia

Chicken Crois-Bread I Bon Appétit! Jom cuba Menu Baru di Délifrance Malaysia
Jangan pelik kenapa RZ sebut Crois-Bread. Sebabnya Délifrance Malaysia telah menemui satu resepi roti yang baru iaitu gabungan antara Croissant + Bread maka terhasil lah Hybrid Crois-Bread, tekstur yang lembut dan rangup ditambah pulak dengan filling sandwich ayam dan daging, i can eat this all day. Hahahaa...

Macarons I Bon Appétit! Jom cuba Menu Baru di Délifrance Malaysia
Pertama kali dalam seumur hidup RZ makan macarons ni, rangup di luar lembut di dalam. Tapi jangan makan banyak sangat, manis tauuu... hehehehe...

Antara Geng KBBA yang hadir I Bon Appétit! Jom cuba Menu Baru di Délifrance Malaysia


Délifrance Malaysia merupakan antara rangkaian bakeri yang paling berjaya di dunia, kini telah mempunyai 15 outlet di seluruh Malaysia dan akan terus mengembangkan lagi rangkaiannya dan memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan.

Dan yang paling penting Délifrance Malaysia memiliki sijil perakuan HALAL oleh JAKIM. So anda tidak perlu ragu-ragu untuk menikmati semua jenis hidangan di Délifrance Malaysia.

Ok untuk 10 Pembaca pertama bertuah, ada contest menarik untuk anda dalam masa terdekat ini di akaun instagram RZ, pastikan anda follow RAZZWEY, dan nantikan maklumat terkini ya? Hadiahnya berupa:-

VOUCHER DELIFRANCE!!!! YAAAAYYYY!!!!


Untuk Sebarang maklumat terkini boleh layari:-





Monday, February 9, 2015

Punca Kenapa Aku Lama Tak Update Blog...

Assalamualaikum semua,

Minta maaf sangat, sejak akhir-akhir ini RZ tak sempat nak update sebarang entry. Bukan kerana kesibukan sahaja tapi juga kerana...

TERLUPA PASSWORD

Maafkan daku wahai pembaca-pembaca dan belogku, dek kerana kealpaan diri akan password ini, ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga. Walaupun peribahasa tu tiada kaitan pun dengan kes ini, tapi RZ saja-saja nak guna je, memartabatkan bahasa melayu katanya.

Maka mulai hari ini, marilah kita bersama-sama membuat entry yang meriah seperti bunga api di hari raya (Dah start merapu dah). Yoshhhh!!!!!