Cosmoderm


Wednesday, April 29, 2015

Edisi Muzik: Layan Lagu Apa Sekarang?

Assalamualaikum semua,

RZ saja nak share dengan korang semua album yang sedang RZ layan sekarang. Agak lama juga tidak membeli CD, asyik-asyik buka youtube je kalau nak layan lagu. Baru-baru ini rakan RZ telah memberikan RZ sebuah album dari seorang komposer yang mempunyai bakat luar biasa.

RZ sendiri menggemari beberapa lagu ciptaan komposer tersebut, sangat sedap! Lagu-lagunya pernah dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi terkenal tanah air seperti Dato' Siti Nurhaliza, Azharina, Jeslina Hashim dan ramai lagi. Dah tau siapa orangnya? 

Jeng jeng jeng!!!

Bukan Sekadar Julfekar | Layan Lagu Apa Sekarang
Album Bukan Sekadar Julfekar menyenaraikan sebanyak 20 buah lagu hasil karya beliau sendiri. Terdapat 2 CD di dalam album ini yang mana CD 1 merupakan kolaborasi antara Julfekar dan The Stringers. Manakala CD 2 pula adalah Ilham Julfekar menghimpunkan karya-karya beliau yang dinyanyikan oleh Elly Mazlin, Farahdhiya, Alyah, Min Yasmin, Fransisca Peter, Azharina V.E, dan Hazami.

Bukan Sekadar Julfekar | Layan Lagu Apa Sekarang
Secara peribadi RZ menggemari lagu Melakar Rindu, kolaborasi antara Julfekar dan The Stringers yang sebelumnya dinyanyikan oleh Jeslina Hashim yang telah digubah semula susunan lagunya menjadi lebih dramatik dan menusuk kalbu (gituuu).

Secara keseluruhannya RZ amat berpuas hati dengan karya-karya dalam album Bukan Sekadar Julfekar. Sangat menepati citarasa muzik kegemaran RZ. Kalau ada masa dan Rezeki, teringin juga RZ menyanyikan lagu ciptaan beliau. Time will tell.

Rating: 4.5/5
Selamat mendengar!

Menikmati Pizza Hut Signature Series Dengan Harga Serendah RM 12.00 sahaja??P

Assalamualaikum semua,

Ok, siapa peminat Pizza Hut di sini? angkat kening belah kiri! Hahaha. RZ juga peminat Pizza Hut, ikutkan hati tiap-tiap minggu nak makan kat Pizza Hut, tapi apakan daya Gaji kecik je, hahaha. 

Menikmati Pizza Hut Signature Series Dengan Harga Serendah RM 12.00 sahaja??P
Promosi Terbaru Pizza Hut Malaysia | Pizza Hut Signature Series
Tapi jangan risau, kali ini Pizza Hut Malaysia telah memperkenalkan rangkaian piza berkualiti chef dalam promosi terbarunya - PIZZA HUT SIGNATURE SERIES. Kini dengan harga serendah RM 12.00 bersih setiap satu, anda berpeluang menikmati Pizza Hut Signature Series ini untuk perkhidmatan 'Dine In' dan juga 'Take Away'.

Menikmati Pizza Hut Signature Series Dengan Harga Serendah RM 12.00 sahaja??P
Promosi Terbaru Pizza Hut Malaysia | Pizza Hut Signature Series
Dengan Slogan "Untuk Kualiti Hebat, Pada Harga Jimat!" rangkaian Signature Series ini menampilkan piza-piza enak yang telah diberikan sentuhan chef yang diuli dengan tangan dengan rasa yang menawan. 

Dengan bentuknya yang unik iaitu berbentuk segi empat, Pizza Hut juga menampilkan gabungan tiga(3) keju istimewa untuk rangkaian Signature Series ini iaitu Cheddar, Provolone dan Mozzarella. Bagi menambah lagi keunikan, Pizza Hut Signature Series ini diberikan nama yang sangat 'catchy' iaitu Barbecue Bang, Fisherman's Catch, Seriously Sriracha, Pepperoni Perfetto dan Italian Primo

Promosi Terbaru Pizza Hut Malaysia | Pizza Hut Signature Series

Seriously Sriracha
Haaaa... yang ni merupakan kegemaran RZ, memang cukup rasa! marvelous!!! Mengandungi cebisan ayam, kapsikum merah, cendawan, nanas, bawang merah, dan kalau dah namanya ada sriracha mestilah ada sos Sriracha! Sedap!

Menikmati Pizza Hut Signature Series Dengan Harga Serendah RM 12.00 sahaja??P
Seriously Sriracha | Pizza Hut Signature Series

Apa? Nak tengok dekat lagi? Meh RZ 'zoom' sikit lagi.



Menikmati Pizza Hut Signature Series Dengan Harga Serendah RM 12.00 sahaja??P
Seriously Sriracha | Pizza Hut Signature Series
Barbecue Bang
RZ pun suka yang ini juga, ada hirisan ayam, cendawan dan bawang merah. Ehhh! Sos barbeku jangan dilupakan.

Menikmati Pizza Hut Signature Series Dengan Harga Serendah RM 12.00 sahaja??P
Barbecue Bang | Pizza Hut Signature Series
Fisherman's Catch
Okay, penggemar seafood sekalian! Selera anda juga menjadi keutamaan Pizza Hut. Ada ketulan tuna, filamen isi ketam dan nenas di atas limpahan sos Thousand Island. Haaaa, terliur tak? Hahahaa...

Menikmati Pizza Hut Signature Series Dengan Harga Serendah RM 12.00 sahaja??P
Fisherman's Catch | Pizza Hut Signature Series
Italian Primo
Sesiapa yang nak feeling-feeling Italian tu mohon terliur! Hahahaha. Italian Primo diserikan dengan kepingan daging brisket, pepperoni daging, tomato, kapsikum merah, sosej ayam, dan juga bawang. si sente come essere in Italia! (mohon google translate bagi yang tidak faham, hahahaa).

Menikmati Pizza Hut Signature Series Dengan Harga Serendah RM 12.00 sahaja??P
Italian Primo | Pizza Hut Signature Series
Pepperoni Perfetto
Bagi yang bercitarasa klasik, piza pepperoni ayam atau daging yang telah dipertingkatkan harus berada dalam senarai order anda.

Menikmati Pizza Hut Signature Series Dengan Harga Serendah RM 12.00 sahaja??P
Pepperoni Perfetto | Pizza Hut Signature Series
Bagi pelanggan yang 'dine in', anda boleh pilih antara dua set Signature Series ini iaitu:-

Signature Course A - Harga: RM33.90 bersih (Jimat RM12.50)
Kombo untuk 2 orang
2 Piza Signature Series
2 Mangkuk Sup Cendawan
2 Gelas Mountain Dew
2 Aiskrim Sensation

atau

Signature Course B - Harga: RM60.90 bersih (Jimat RM19.90)
Kombo untuk 2 orang
2 piza Signature Series
1 Creamy Carbonara Fettucine
1 Tempura Prawn Garlic Rice
4 Mangkuk Sup Cendawan
4 Gelas Mountain Dew

*Harga di atas sah untuk makan di restoran sahaja dan mungkin berbeza mengikut lokasi

Semasa acara 'An Evening with Nik & Nad' kami diperkenalkan dengan promosi terbaru dari Pizza Hut Malaysia dan peluang ini RZ tidak lepaskan apatah lagi sebelum ini RZ pernah bekerjasama beberapa kali bersama Nad Zainal yang comel molek kecil cun. Tapi dengan Chef Nik ini merupakan pertama kali RZ berjumpa dengannya.

Menikmati Pizza Hut Signature Series Dengan Harga Serendah RM 12.00 sahaja??P
Sumber gambar dari FB Pizza Hut Malaysia | Pizza Hut Signature Series
Acara yang wajib sudah tentulah pertandingan photo kreatif bersama caption yang ohsem! Dan sudah tentulah RZ akan bekerja keras demi memenangi pertandingan ini, hahaha...
Menikmati Pizza Hut Signature Series Dengan Harga Serendah RM 12.00 sahaja??P
An Evening With Nik & Nad | Pizza Hut Signature Series
Menikmati Pizza Hut Signature Series Dengan Harga Serendah RM 12.00 sahaja??P
Sumber gambar dari FB Pizza Hut Malaysia | Pizza Hut Signature Series

Menikmati Pizza Hut Signature Series Dengan Harga Serendah RM 12.00 sahaja??P
Sumber gambar dari FB Pizza Hut Malaysia | Pizza Hut Signature Series
Setelah memerah otak geliga ini, akhirnya rezeki berpihak kepada RZ apabila Nad Zainal memilih gambar RZ sebagai pemenang, manakala Chef Nik pula memilih gambar pesaing terdekat RZ iaitu Ayue Idris, hahahaha... Asyik-asyik kitorang aje!


Menikmati Pizza Hut Signature Series Dengan Harga Serendah RM 12.00 sahaja??P
Rebut Jangan Tak Rebut! | Pizza Hut Signature Series
Menikmati Pizza Hut Signature Series Dengan Harga Serendah RM 12.00 sahaja??P
Dengan Chef Nik Pun Nak Berebut Juga | Pizza Hut Signature Series
Dah habis event, apa lagi? group photo!!!!

Menikmati Pizza Hut Signature Series Dengan Harga Serendah RM 12.00 sahaja??P
Sumber gambar dari http://ayueidris.blogspot.com | Pizza Hut Signature Series
Untuk maklumat lanjut boleh layari


Thursday, April 16, 2015

Pertama Kali Ke Kelantan

Assalamualaikum semua,


Alhamdulillah kurang dari sebulan lagi RZ akan menjejakkan kaki ke satu-satunya negeri yang tidak pernah RZ sampai lagi. Negeri manakah itu? jawapannya... (drum roll please...)


KELANTAN

Ye, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Kelantan adalah satu-satunya negeri yang RZ tak pernah sampai lagi, walaupun dari dulu dah teringin sangat memandangkan dulu RZ pernah tinggal dalam komuniti keluarga Kelantan semasa menyewa di Kajang dulu (cukup kelantan tak diri beta?, hahaha). Trip RZ ke negeri Cik Siti Wan Kembang kali ini merupakan Jemputan Eksklusif dari Destination Malaysia. Oh, sangat tak sabar! 

Media Invitation Pertama Kali Ke Kelantan

Haaaa... Nampak tak gambar hotel tu? itulah dia Hotel Perdana kota Bharu. RZ akan menginap di hotel ini selama 3 hari 2 malam! Psstttt... Sikit info untuk anda, Hotel Perdana Kota Bharu ini Hotel Syariah Compliant tau? Fully Syariah Compliant. Nanti RZ akan ceritakan lebih lanjut tentang itu ye?


Hotel Perdana Kota Bharu Pertama Kali Ke Kelantan
Maka setelah hadir taklimat trip bersama pihak Destination Malaysia, berikut adalah antara sebahagian daripada pengisian trip yang diberi nama Perdana Trail.

Kuey Teow Ketam Pertama Kali Ke Kelantan
Kampung Kraftangan Pertama Kali Ke Kelantan
Rebana Pertama Kali Ke Kelantan
Kain Songket Kelantan Pertama Kali Ke Kelantan


Selain daripada gambar-gambar di atas tersebut. Sudah tentulah RZ merasa excited kerana kepelbagaian makanan tradisional Kelantan! Weeeeehhhuuuuu!!!!!

Wahai Klate, mu tunggu kawe date!!!!

P/S: Sumber gambar dari Destination Malaysia dan Hotel Perdana Kota Bharu


Tuesday, April 14, 2015

Kelab Blogger Ben Ashaari di Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin

Assalamualaikum semua,

Agak lama juga RZ tak post sebarang entry kan? almaklumlah kesibukan akhir-akhir ini agak membataskan kepala dan otak untuk merembeskan idea-idea yang bernas dan berkualiti tinggi. *gitu!*

Pada hari Ahad yang lalu RZ berpeluang menghadiri Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin bersama Duta Aman Palestin dan Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA). Sesungguhnya ini adalah satu penghargaan yang besar buat Kelab Blogger Ben Ashaari yang dilantik menjadi Blogger Aman Palestin.

Kelab Blogger Ben Ashaari di Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin
Majlis yang berlangsung sederhana namun meriah, dihadiri oleh Rakan-Rakan Korporat Aman Palestin, Hospital Az-Zahra, UniKL, Bank Rakyat, Penaja, PTS Publishing, Cosmoderm. Rakan-Rakan Media, blogger-blogger Kelab Blogger Ben Ashaari, Rakan blogger dari  Projek Travel dan ramai lagi. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Duta Aman Palestin, Maulana (AF), Heliza Helmi, dan Mr Bie.

Kelab Blogger Ben Ashaari di Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin
Kelab Blogger Ben Ashaari di Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin
Dan satu penghargaan yang amat besar oleh abang Ben Ashaari dan Kelab Blogger Ben Ashaari kepada RZ pada hari yang sangat bermakna itu adalah di mana RZ diberi kepercayaan untuk menyampaikan sepatah dua kata mewakili Kelab Blogger Ben Ashaari. Pengalaman berucap di hadapan ramai orang sebelum ini tidak menjadi masalah pada RZ tetapi sekali kena tenung dengan Heliza Helmi, tiba-tiba gugup pula. Hahahaa... Apapun terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan, kalau nak suruh berucap lagi lepas ni, RZ terima, hahahaa...

Kelab Blogger Ben Ashaari di Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin
Gambar-Gambar sekitar Majlis

Kalau dah namanya blogger, tak sah kalau tak ambil gambar kan?