Cosmoderm

Wednesday, January 27, 2016

Tertipu Dengan Filem The Boy! (Spoiler Alert!)

Assalamualaikum Semua,

Hujung minggu lepas RZ berpeluang untuk menonton sebuah lagi filem seram di panggung, iaitu filem The Boy. Asyik filem seram je kan? takde filem lain ke? hahaha. RZ memang penggemar filem seram pun, cuma masalahnya RZ selalu tersalah pilih wayang, asyik tertengok yang tak best je, hahaha.


apa kata korang baca sinopsis The Boy dulu ye?

Greta is a young American woman who takes a job as a nanny in a remote English village, only to discover that the family's 8-year-old is a life-sized doll that the parents care for just like a real boy, as a way to cope with the death of their actual son 20 years prior. After violating a list of strict rules, a series of disturbing and inexplicable events bring Greta's worst nightmare to life, leading her to believe that the doll is actually alive.

Dah baca trailer, sekarang jom tengok trailer pula


Mesti ada yang menjangkakan yang filem The Boy ini adalah seperti Filem Anabelle kan? ala-ala patung berhantu gitu, tapi jangan terkejut, apa yang ditonjolkan dalam filem ini benar-benar diluar jangkaan dan suprisingly RZ OK dengan twist filem ini walaupun menjelang 20 minit terakhir filem ini rasa seperti tertipu sangat! Kalau nak tau apakah ia, sila tonton sendiri di panggung ya?. Tapi nak kata The Boy ni adalah filem yang best, mungkin RZ akan kata biasa-biasa saja. 



Pemerhatian RZ terhadap filem The Boy

1. Typical scene, bila cerita seram mesti suasana pun ala-ala suram gelap gitu. Bila dah habis, suasana jadi cerah, cuaca elok, matahari menyinar indah, hahaha.
2. Ada satu scene orang yang dah mati, tapi perut turun naik bernafas (ke dia masih hidup lagi?)
3. Ini bukan cerita Anabelle tau?
4. Sebenarnya Filem The Boy adalah filem thriller, bukan filem seram. (tertipu lagi!)
5. Geram sebab tak tahu rupa sebenar "The Boy" itu!!!!

Rating: 3/5

Selamat menonton!

Tuesday, January 26, 2016

5 Fakta mengenai filem The 5th Wave | Review Filem

Assalamualaikum semua,


Barulah ada masa nak up entry padahal tengoknya minggu lepas, hahaha. Mari kita bercerita tentang filem yang baru la juga keluar panggung ni, The 5th Wave. Nampak trailer seperti convincing tapi, ermmm korang layan dulu lah trailernya...


RZ pun sebenarnya baru tahu yang sebenarnya The 5th Wave ni sebenarnya merupakan adaptasi dari novel karya penulis Rick Yancey. RZ pun tak baca pun novelnya lagi, tapi seperti kebiasaan mana-mana filem adaptasi dari novel ke layar perak, selalu hasilnya mengecewakan walaupun novelnya best, hehehe.

Maka ini adalah review RZ terhadap filem The 5th Wave:

1. Jalan cerita agak lemah dan tidak jelas, tiada penjelasan terhadap setiap waves yang melanda membuatkan penonton tidak memahami atau keliru tentang apa yang sedang berlaku. cth: "ehhh, 2nd wave dah ke? wave pertama yang mana satu?" tup tup "ehhhh, wave kelima yang mana pula?"
2. Watak yang menonjol/berkesan dalam filem ini cuma Chloe Moretz dan Maika Monroe je, yang lain so-so saja.
3. Ramai penonton mengharapkan yang filem ini seperti filem Indipendence Day (1996) tapi hakikatnya filem ini seperti filem Twilight versi alien, hahahaha.
4. Walaupun ceritanya agak membosankan, tapi hairan betul RZ tak tertidur langsung, mungkin sebab Chloe Moretz, hahaha.
5. Karakter "heroes" lain dalam filem ini seperti tak membantu jalan cerita pun, hanya sekadar meramaikan "heroes" je.

Rating: 2/5

Wednesday, January 20, 2016

Demam Dilwale | Penyanyi Asal Lagu Janam janam

Assalamualaikum semua,

Semua kawan-kawan RZ masih lagi demam dek akibat fenomena DILWALE, hahahaha. Lebih-lebih lagi bila dengar lagu ost filem tu, Janam Janam dan satu lagi lagu Gerua. RZ tak berkesempatan lagi nak menonton Dilwale di pawagam, jadi masih belum mengalami demam tersebut, hahahaha. 

Tapi ramai orang dok pakat share video youtube dua lagu tu, Janam janam & Gerua. Jadi RZ pun nak tumpang dengar lah juga, konon tak nak ketinggalan, hahaha. Lagunya not bad, klip videonya jangan cakap lah, cantik yang teramat okay?

Korang dah dengar ke lagunya? meh RZ tepek sket. Ini lagu Janam janam, rasanya belum ada klip video rasmi lagi (rasanya lah sebab tak tengok lagi wayangnya).


Ini pula lagu Gerua, MV cantik okay??? kagum sangat!!!


Tapi korang tau tak siapa penyanyi asal lagu-lagu tersebut? RZ cuba untuk google penyanyinya, almaklumlah bukan semua pelakon hindustan boleh menyanyi dengan cemerlang, hampir semua "lip sync" je. Google punya google, RZ pun jumpa lah juga dengan penyanyi asal lagu tu, iaitu ARJIT SINGH.


Arijit Singh is an Indian playback singer and a music programmer. Born in JiaganjMurshidabadWest Bengal, his career began upon participating in the reality show Fame Gurukul (2005), in which he lost at the finals. After winning another reality show called 10 Ke 10 Le Gaye Dil, Singh built a recording setup of his own, beginning his journey with music programming. Subsequently, he went to become as an assistant music programmer to Pritam ChakrabortyShankar-Ehsaan-LoyVishal-Shekhar and Mithoon.
Singh rose to widespread prominence and became a household name with the release of "Tum Hi Ho" from Aashiqui 2 (2013). He was given the Best Male Playback Singer award for the song, in 59th Filmfare Awards. In 2014, he collaborated with Jeet Gannguli—for whom he performed the rest of his tracks in Aashiqui 2 —for CityLights, where he rendered the romantic version of the song "Muskurane", which fetched him most nominations in the year. Gannguli composed Suno Na Sangemarmar and Shankar–Ehsaan–Loy's Sufi songMast Magan garnered him another two nominations in 60th Filmfare Awards. (SUMBER WIKIPEDIA)

Nak tengok video menyanyikan Janam Janam & Gerua secara live?

Pada RZ kedua-dua lagu ni agak boleh tahan lah juga, boleh layan nyanyi. Tapi tetap all time favorite RZ ialah lagu ini, lagu lain takleh lawan, hahahahaa. Dola Re dola dari filem DEVDAS, epik tau!!!
Enjoy!!!


Bengkel Comicoaching Siri 2 | Pendaftaran Dibuka

Assalamualaikum semua,

Siapa peminat komik di sini? Siapa pula yang berminat nak menghasilkan komik sendiri? Anda ada bakat? Tapi tak tahu saluran mana yang betul dan bagaimana hendak memasarkan karya anda? Apa kata korang menyertai Bengkel Comicoaching Siri 2 anjuran Comicore Club & Comicore Ink.

Bengkel Comicoaching

Selepas menerima sambutan di luar jangkaan pada Bengkel Comicoaching yang pertama tahun lalu, Penganjur sekali lagi mengambil inisiatif untuk meneruskan bengkel ini bagi edisi kedua. Dibimbing oleh individu yang berpengalaman dalam dunia penerbitan, penulisan dan juga teknik lukisan, korang pasti akan merasa berbaloi menghadiri bengkel ini.

Siapa ComiCoach bagi bengkel kali ini?

Bengkel Comicoaching

Bengkel Comicoaching

Bengkel Comicoaching


Kenapa anda perlu menyertai Bengkel Comicoaching Siri 2?

Bukan selalu bengkel mengenai komik diadakan dan tak banyak peluang anda ada untuk bersua muka dengan penggiat aktif dan disegani industri komik Malaysia ni.

Bengkel Comicoaching

Bengkel Comicoaching

Bengkel Comicoaching

Bengkel Comicoaching

Bengkel Comicoaching

Istimewa untuk pendaftaran BENGKEL COMICOACHING SIRI 2 ini! Dengan setiap pendaftaran, anda akan menerima baucar diskaun daripada SKTECHES.my!
SKETCHES.my menyediakan pelbagai peralatan lukisan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Dah la harga tu memang berpatutan, nak bagi baucar diskaun lagi!
Website: www.sketches.my

Bengkel Comicoaching


Jomlah daftar BENGKEL COMICOACHING SIRI 2!
Tarikh: 23 Januari 2016 (Sabtu)
Lokasi: Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur (Berhampiran Danau Kota)
Waktu: 9.00 pagi – 5.00 petang

------> TEMPAT TERHAD!

Daftar sekarang! Hantar “ON COMICOACHING” ke:
SMS / WHATSAPP: +6019 278 0120
EMAIL: hello@comicoreclub.com

Monday, January 11, 2016

Review Filem : The Forest tak best?

Assalamualaikum semua,

Hujung minggu yang lalu RZ sempat mencuri masa menenangkan diri dengan menonton filem seram. Hoh, macam mana tu? nak tenangkan diri tapi tengok filem seram, hahaha. Lepas tu menyesal sebab balik sorang jalan kaki, padan muka! hahahaha.

Ye la, nak tengok hindustan RZ tak mampu duduk 3 jam lap air mata, hahahaha. Jadi kita habiskan masa tu dengan tekup muka guna baju, ngeeee.

Maka nak share kat korang pasal filem The Forest yang baru je mula tayangan pada 7 Januari 2016 yang lalu, kalau tengok trailer agak boleh tahan juga tahap seram dia tu, tapi sebagai penggemar filem seram RZ nak lah juga tengok sejauh mana seramnya The Forest ni, adakah betul seram gile atau "so so" je.


Dah tengok poster? bagus! Sekarang korang baca trailer pua ye? hehehe. RZ malas nak translate, pepandai korang lah, hahahaha.

When her twin sister disappears in Japan, a young American named Sara (Natalie Dormer) becomes determined to find out what happened to her. Sara's investigation leads her to the legendary Aokigahara Forest, located at the base of Mount Fuji. Accompanied by expatriate Aiden, she enters the mysterious wilderness after being warned to "stay on the path." Her investigation plunges her into a dark world where the angry and tormented souls of the dead prey on those who dare to explore the forest.


Filem ini bukan berlokasi di US, tetapi di nun jauh di Jepun. Dalam filem je lah, tak taulah kalau shooting tu sebenarnya dalam studio je kot? hahaha. Tapi kisah dan lokasi mengenai Aokigahara Forest ni memang benar, tak percaya korang boleh google, creepy. Sebelum beralih ke ulasan RZ, korang layan dulu trailernya ye?


Dah tengok? Bagus! Ayuh kita teruskan ke Ulasan RZ.

1. Overall The Forest ni not bad lah juga, walaupun plot filem tak begitu strong pada RZ.
2. Adegan Cliche dalam mana-mana filem seram, makin dilarang makin nak buat juga.
3. Hantu-hantu dalam The Forest ni agak menyeramkan juga. Macam watak-watak hantu dalam doraemon tu (pakai kimono putih lusuh, rambut putih kusut masai, kulit pucat *paling seram*).
4. Ada beberapa twist yang senang dijangka, dan ada juga yang tak sangka langsung.
5. Lakonan beberapa pelakon yang sangat kayu.
6. Ada satu adegan tu (tak nak cerita mana satu), nampak macam typical Grade B film.
7. Suasana seram agak menjadi juga, boleh tahan.

Rasanya itu sajalah yang RZ boleh sentuh pasal The Forest ni, nak kata teruk tu tak juga. But it's still a watchable movie though. Ok, cuba korang baca balik fakta yang ke tiga tu, nah RZ bagi gambaran dia macam ni.


Rating : 3/5

Selamat menonton! ^_^

Kenny Rogers Roasters Memperkenalkan The Golden Abundance

Assalamualaikum semua,

Bermula awal minggu ini sehingga penghujung Februari, Kenny Roagers Roasters (KRR) memperkenalkan The Golden Abundance, sempena ketibaan perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Kenny Rogers Golden Abundance

Hidangan ayam panggang yang diperap bersama sos teriyaki istimewa dengan herba dan pelbagai rempah ratus merupakan hidangan utama The Golden Abundance dihidangkan juga bersama country-style chicken soup, aromatic rice dan tidak ketinggalan Muffin popular KRR.

Kenny Rogers Golden Abundance

Kembali atas permintaan ramai, kepekatan dan kemanisan sos teriyaki sangat sempurna dan sebati dengan rotisserie-roasted chicken KRR. Dimasak dengan ramuan yang sihat, keenakan rasa yang dibungkus dan dibakar dengan sempurna menjadikan hidangan ini sangat sihat dan kaya dengan rasa yang mantap, gituuuu!

The Golden Abundance kali ini menampilkan tiga pilihan yang anda boleh pilih mengikut kesukaan iaitu, T-Wrap Soup Meal, T-Wrap Chicken Meal dan T-Wrap Lite Meal.

T-Wrap Soup Meal

T-Wrap Soup Meal dihidangkan bersama aromatic rice, country-style chicken Soup dan juga muffin KRR yang istimewa. Set T-Wrap Soup Meal ini berharga RM23.50.

Kenny Rogers Golden Abundance

Kenny Rogers Golden Abundance

T-Wrap Chicken Meal

Tak jauh beza dengan T-Wrap Soup Meal, cuma set ini tidak dihidangkan dengan soup, hehehe. Tetapi set ini dihidangkan bersama side dish yang anda boleh tukar selain dari apa yang ditunjukan pada gambar di bawah. Set ini juga berharga RM23.50

Kenny Rogers Golden Abundance

T-Wrap Lite Meal

Haaaaa, siapa2 jenis yang makan sikit pun dah kenyang atau tengah nak diet tu boleh cuba T-Wrap Lite Meal yang hanya dihidangkan bersama aromatic rice dan sebiji muffin, hehehe. Set ini berharga RM19.50.

Kenny Rogers Golden Abundance


Pembelian T-Wrap Chicken secara ala-carte juga boleh, haaaa suka tak? Harga cuma RM14.90 saja. Cepat serbu ke restoran Kenny Rogers Roasters berdekatan dengan tempat anda dan nikmati sendiri kelazatan The Golden Abundance bersama keluarga dan juga rakan taulan.

Kenny Rogers Golden Abundance

Oh, hampir lupa ada tawaran istimewa untuk korang, meh baca poster kat bawah ni...



Facebook


Laman Web


Saturday, January 9, 2016

Nanafa Juta Beauty | Blanco Set & Heroes Mens Wash

Assalamualaikum Semua,

Siapa di sini yang mementingkan penjagaan wajah? boleh la dikatakan semua la ye? Tapi selalunya bila sibuk kerja selalu takde masa nak cuci muka, ye la balik kerja terus pengsan, hahaha. Meh RZ perkenalkan korang pada satu produk yang baru saja memasuki pasaran lebih kurang 3 bulan yang lalu. Blanco Set dari Nanafa Juta Beauty memang sesuai untuk korang yang selalu sibuk tu (termasuk RZ).

Packaging Blanco set ni menarik gak, eye catching gitu! Berbekalkan tagline "Licin Monne Putih Seppo!" yang bermaksud "Licin Gila Putih Melepak!", Nanafa Juta Beauty sudah mula mendapat tempat yang baik di pasaran tempatan. Mari kita lihat produk keluaran Nanafa Juta Beauty. 
BLANCO SET

nanafa beauty blanco set

Blanco set yang terdiri dari Blanco Bar dan Blanco Serum sangat mudah digunakan. Basuh muka guna Blanco Bar, keringkan muka lepas tu sapukan pula Blanco Serum pada muka, senang kan?

Kelebihan Nanafa Beauty Blanco Set

- Menghilangkan Jerawat Pasir
- Menghilangkan Jerawat Batu
- Mencerahkan Kulit Secara Sekata
- Memudarkan Parut Jerawat
- Memudarkan Jeragat
- Mengekalkan Kelembapan Kulit Wajah
- Mengecilkan Pori-Pori Kulit
- Menganjalkan dan Menyegarkan Kulit
- Membuang Toksin


nanafa beauty blanco set


Yang penting Blanco Set ini telah mendapatkan kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Harga pula macam mana? Anda boleh beli secara set dan boleh juga beli berasingan.


Blanco Set RM80.00
nanafa beauty blanco set

Blanco Serum RM50.00
nanafa beauty blanco set

Blanco Bar RM40.00
nanafa beauty blanco set

RZ baru 5 hari menggunakan Blanco set ni pun dah terasa bezanya. Bayangkan kalau dah 10 hari? Mesti Licin Monne Putih Seppo! macam supermodel Victoria Secret! hahahaha! (ohmaaaiiii perasan betul budak nih!!) 


GAMBAR SEKADAR HIASAN, HAHAHAHAA!!!!!


HEROES MENS WASH

Haaaa, ada lagi satu produk baik punya juga dari Nanafa Juta Beauty. Tapi produk ini khas buat lelaki sahaja, ye lelaki sahaja. Jangan kecewa wanita & gugurlz di luar sana, produk untuk korang dah banyak dah, kami mahu juga! hahaha. Produk ini merupakan yang pertama seumpanya di Malaysia dan mungkin juga di dunia. Haaaaa, sila kagum ye? hehehe.

Produk ini diberi nama, Heroes Mens Wash! Macam mana rupa dan bentuknya? Macam mana nak pakai? Apa khasiatnya? RZ dah pakai ke belum? Berapa harganya? Kejap lagi RZ jawab ye? hehehe. 


nanafa beauty heroes mens wash


Heroes Mens Wash ni sebenarnya pencuci keintiman untuk lelaki gitu! Haaaaa, ye la, seperti perempuan juga, lelaki juga mahu jaga kulit wajah, jaga badan, dan kebersihan di bahagian "itu" juga kena lah jaga juga kan? Jangan fikir lain, kita fokus kepada kebersihan ye? hehehe.

nanafa beauty heroes mens wash

Banyak kelebihan Heroes Mens Wash ni, selain dari menjaga kebersihan, ia juga mengandungi:-

  • Beatin iaitu anti kerangsangan pada kulit yang mana berfungsi sebagai antiseptik yang membunuh bakteria yang tidak diingini. 
  • Glycerine iaitu mencerahkan warna kulit. Menggantikan sel sel kulit yang rosak dengan sel baru. Membantu menghilangkan kotoran di permukaan sel. 
  • Extra Sireh iaitu mengurangkan radang kulit dan melegakan gatal gatal. Ia juga mencegah ejakulasi pramatang. 
  • Sea Salt pula berfungsi untuk melegakan gatal gatal kulit. Bersifat alkali dan menguatkan sistem imunasi badan. 
  • Catuaba Extract iaitu membantu mengatasi masalah mati pucuk. Meningkatkan tumbesaran saiz penis serta meningkatkan  syahwat serta mengurangkan risiko kanser prostat. 
  • Menthol Crystal iaitu meningkatkan pengaliran darah dengan meningkatkan pengangkutan oksigen. 


nanafa beauty heroes mens wash

Macam mana nak pakai Heroes Mens Wash ni? Lagi mau tanya? hehehe. Senang sangat soalan tu. Ingat tau, Heroes Mens Wash ni pencuci keintiman lelaki, jadi jangan pula pakai satu badan buat mandi, kang seminggu dah habis, hahaha. Pakai setiap kali korang mandi juga, takyah risau. 

Picit sikit je atas tapak tangan, pastikan bahagian tu dah basah ye? Lepas tu sapu, bagi banyak buih dan biar untuk beberapa minit, ala sambil-sambil tu korang gosok lah gigi ke? main angry bird ke? kejap je, hahahaha. Lepas tu basuh dengan air bersih. Korang akan terasa sangat segar, rasa macam mint mint berangiiiiiiin je, haaaaa. Senang kan? RZ dah try Heroes Mens Wash ni, memang terbaik, hehehe.

Bagaimana dengan harga Heroes Mens Wash?  Sangat berpatutan ok? Lihat bawah.

nanafa beauty heroes mens wash

Amacam, berminat nak beli tak? RZ boleh katakan kedua-dua produk dari Nanafa Juta Beauty, Blanco Set dan juga Heroes Mens Wash ni memang bagus. Sebab RZ sendiri menggunakan kedua-dua produk ini. Kalau nak tengok terstimoni dari pengguna yang lain korang boleh terus ke page facebook atau instagram mereka. Kalau nak jadi agen jualan mereka juga dialu-alukan.

facebook

Instagram

No Telefon
016-4126546 / 016-9806500




Wednesday, January 6, 2016

Belajar Fotografi Dengan Lebih Mudah bersama Adhadi Mohd

Assalamualaikum Semua,

Siapa yang meminati fotografi di sini cuba angkat kamera, hehehe. RZ ni kalau ikutkan takde la bakat sangat dalam fotografi tapi berbekalkan minat dan kesungguhan serta keazaman yang jitu (chewaaaaahhh), Alhamdulillah perkara-perkara asas fotografi RZ boleh faham sedikit. Tapi rasanya ilmu fotografi yang RZ ada tu tak cukup lagi, nak tambah lagi, nak bagi lebih faham dan yang penting boleh praktikkan tak kira lah semasa event ke, atau apa-apa situasi sekalipun.

Ye lah sebagai blogger ni, kita berkomunikasi bukan saja melalui penulisan, tetapi kadang-kadang melalui gambar yang kita kongsikan samada dalam blog, facebook, instagram atau mana-mana aplikasi lain. Bak kata pepatah kampung kelahiran RZ, "a picture is worth a thousand words", hahahaha.

Maka apabila dapat peluang untuk menyertai Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Adhadi Mohd, RZ tidak harus lepaskan peluang ini kerana Tuan Adhadi Mohd ini bukan calang-calang orangnya. Beliau mengendalikan pelbagai kursus dan latihan berkaitan fotografi, editing dan banyak lagi.

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari yang diadakan di Agrofarmstay @ Skill-Tech, Durian Tunggal, Melaka dihadiri lebih kurang 30 orang blogger dengan harapan akan dapat menyedut sebanyak mungkin ilmu yang dicurahkan (ayat skema koooo). Walaupun masa agak singkat, tapi syukur semua blogger sangat menumpukan perhatian menjadikan sesi pembelajaran lebih lancar dan kaedah pengajaran Tuan Adhadi Mohd sangat tidak rumit, semua senang faham, hehehe.

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari


Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari

Bengkel ini bukan sekadar teori sahaja, tetapi juga praktikal baru lah lebih senang nak faham kan? Dan bengkel ini bukan sahaja dijalankan di dalam dewan saja, tetapi ada juga sesi outdoor.

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari

Bila dah join Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Adhadi Mohd ni, boleh dikatakan agak banyak juga ilmu fotografi yang RZ pernah belajar dulu yang dah lupa, kira bengkel kali ini refresh terus semula skill yang dah lama hilang dan menambah lagi ilmu-ilmu yang baru, teknik-teknik yang jarang RZ aplikasikan bila mengambil gambar. 

Kelas yang dikendalikan oleh Tuan Adhadi Mohd ini sangat-sangat berbaloi walaupun dalam masa yang singkat, kalau ada rezeki dan masa terluang RZ pun teringin nak join kursus-kursus lain yang dianjurkan oleh Tuan Adhadi Mohd. Terutama sekali ilmu pengolahan gambar (editing).

Sememangnya Tuan Adhadi Mohd sudah menjangkakan perkara ini maka beliau dah sediakan DVD pembelajaran kepada kami untuk memantapkan lagi skill dalam fotografi dan juga editing gambar.

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari

Memandangkan RZ memang sedang menggunakan Adobe Photoshop CS5, maka DVD pembelajaran ini menjadi pilihan RZ.

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari

DVD power nih! Terasa seperti berguru secara persendirian pula dengan Tuan Adhadi Mohd. Kesemua aspek olahan gambar ada dalam DVD ini.

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari

Ada banyak tajuk dalam DVD ni. Rasanya lepas habis belajar, dah boleh buat poster filem hollywood dah ni, hahahaha. Berangan sungguh ni! 

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari

Ada yang nak mendapatkan kesemua DVD oleh Tuan Adhadi Mohd? Atau ada yang berminat nak menyertai kursus yang dianjurkan oleh beliau? Jangan segan jangan malu, korang hubungi je maklumat di bawah ni. Tak perlu malu, segan bila nak menuntut ilmu ni. Yang penting kita nak belajar.

Facebook Page Adhadi Mohd

Facebook Adhadi Mohd III

Instagram Adhadi_mohd

Laman Web http://adhadi.com/