Cosmoderm

Tuesday, January 26, 2016

5 Fakta mengenai filem The 5th Wave | Review Filem

Assalamualaikum semua,


Barulah ada masa nak up entry padahal tengoknya minggu lepas, hahaha. Mari kita bercerita tentang filem yang baru la juga keluar panggung ni, The 5th Wave. Nampak trailer seperti convincing tapi, ermmm korang layan dulu lah trailernya...


RZ pun sebenarnya baru tahu yang sebenarnya The 5th Wave ni sebenarnya merupakan adaptasi dari novel karya penulis Rick Yancey. RZ pun tak baca pun novelnya lagi, tapi seperti kebiasaan mana-mana filem adaptasi dari novel ke layar perak, selalu hasilnya mengecewakan walaupun novelnya best, hehehe.

Maka ini adalah review RZ terhadap filem The 5th Wave:

1. Jalan cerita agak lemah dan tidak jelas, tiada penjelasan terhadap setiap waves yang melanda membuatkan penonton tidak memahami atau keliru tentang apa yang sedang berlaku. cth: "ehhh, 2nd wave dah ke? wave pertama yang mana satu?" tup tup "ehhhh, wave kelima yang mana pula?"
2. Watak yang menonjol/berkesan dalam filem ini cuma Chloe Moretz dan Maika Monroe je, yang lain so-so saja.
3. Ramai penonton mengharapkan yang filem ini seperti filem Indipendence Day (1996) tapi hakikatnya filem ini seperti filem Twilight versi alien, hahahaha.
4. Walaupun ceritanya agak membosankan, tapi hairan betul RZ tak tertidur langsung, mungkin sebab Chloe Moretz, hahaha.
5. Karakter "heroes" lain dalam filem ini seperti tak membantu jalan cerita pun, hanya sekadar meramaikan "heroes" je.

Rating: 2/5

1 comment:

Akif Imtiyaz said...

Huaaa tak thk pon cter ni..