Assalamualaikum Semua,
Siapa yang meminati fotografi di sini cuba angkat kamera, hehehe. RZ ni kalau ikutkan takde la bakat sangat dalam fotografi tapi berbekalkan minat dan kesungguhan serta keazaman yang jitu (chewaaaaahhh), Alhamdulillah perkara-perkara asas fotografi RZ boleh faham sedikit. Tapi rasanya ilmu fotografi yang RZ ada tu tak cukup lagi, nak tambah lagi, nak bagi lebih faham dan yang penting boleh praktikkan tak kira lah semasa event ke, atau apa-apa situasi sekalipun.
Ye lah sebagai blogger ni, kita berkomunikasi bukan saja melalui penulisan, tetapi kadang-kadang melalui gambar yang kita kongsikan samada dalam blog, facebook, instagram atau mana-mana aplikasi lain. Bak kata pepatah kampung kelahiran RZ, "a picture is worth a thousand words", hahahaha.
Maka apabila dapat peluang untuk menyertai Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Adhadi Mohd, RZ tidak harus lepaskan peluang ini kerana Tuan Adhadi Mohd ini bukan calang-calang orangnya. Beliau mengendalikan pelbagai kursus dan latihan berkaitan fotografi, editing dan banyak lagi.
Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari yang diadakan di Agrofarmstay @ Skill-Tech, Durian Tunggal, Melaka dihadiri lebih kurang 30 orang blogger dengan harapan akan dapat menyedut sebanyak mungkin ilmu yang dicurahkan (ayat skema koooo). Walaupun masa agak singkat, tapi syukur semua blogger sangat menumpukan perhatian menjadikan sesi pembelajaran lebih lancar dan kaedah pengajaran Tuan Adhadi Mohd sangat tidak rumit, semua senang faham, hehehe.
Bengkel ini bukan sekadar teori sahaja, tetapi juga praktikal baru lah lebih senang nak faham kan? Dan bengkel ini bukan sahaja dijalankan di dalam dewan saja, tetapi ada juga sesi outdoor.
Bila dah join Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Adhadi Mohd ni, boleh dikatakan agak banyak juga ilmu fotografi yang RZ pernah belajar dulu yang dah lupa, kira bengkel kali ini refresh terus semula skill yang dah lama hilang dan menambah lagi ilmu-ilmu yang baru, teknik-teknik yang jarang RZ aplikasikan bila mengambil gambar.
Kelas yang dikendalikan oleh Tuan Adhadi Mohd ini sangat-sangat berbaloi walaupun dalam masa yang singkat, kalau ada rezeki dan masa terluang RZ pun teringin nak join kursus-kursus lain yang dianjurkan oleh Tuan Adhadi Mohd. Terutama sekali ilmu pengolahan gambar (editing).
Sememangnya Tuan Adhadi Mohd sudah menjangkakan perkara ini maka beliau dah sediakan DVD pembelajaran kepada kami untuk memantapkan lagi skill dalam fotografi dan juga editing gambar.
Memandangkan RZ memang sedang menggunakan Adobe Photoshop CS5, maka DVD pembelajaran ini menjadi pilihan RZ.
DVD power nih! Terasa seperti berguru secara persendirian pula dengan Tuan Adhadi Mohd. Kesemua aspek olahan gambar ada dalam DVD ini.
Ada banyak tajuk dalam DVD ni. Rasanya lepas habis belajar, dah boleh buat poster filem hollywood dah ni, hahahaha. Berangan sungguh ni!
Ada yang nak mendapatkan kesemua DVD oleh Tuan Adhadi Mohd? Atau ada yang berminat nak menyertai kursus yang dianjurkan oleh beliau? Jangan segan jangan malu, korang hubungi je maklumat di bawah ni. Tak perlu malu, segan bila nak menuntut ilmu ni. Yang penting kita nak belajar.
Facebook Page Adhadi Mohd
Facebook Adhadi Mohd III
Instagram Adhadi_mohd
Laman Web http://adhadi.com/
5 comments:
cikgu hadi memang fotografer dan guru yang baik hati serta amat disegani..respect dengan beliau.walaupun banyak ilmu yang beliau ada tapi tak lokek nak kongsi dengan saya pasal ilmu fotografi.terima kasih cikgu
Teringin nak g kelas dia lagi..
Sama-sama
Itulah, nak follow kelas beliau juga...
Kena byk blajar bab2 ni sbb takde basic bab2 ambik gambar ni
Post a Comment