Assalamualaikum semua,
Siapa peminat komik di sini? Siapa pula yang berminat nak menghasilkan komik sendiri? Anda ada bakat? Tapi tak tahu saluran mana yang betul dan bagaimana hendak memasarkan karya anda? Apa kata korang menyertai Bengkel Comicoaching Siri 2 anjuran Comicore Club & Comicore Ink.
Selepas menerima sambutan di luar jangkaan pada Bengkel Comicoaching yang pertama tahun lalu, Penganjur sekali lagi mengambil inisiatif untuk meneruskan bengkel ini bagi edisi kedua. Dibimbing oleh individu yang berpengalaman dalam dunia penerbitan, penulisan dan juga teknik lukisan, korang pasti akan merasa berbaloi menghadiri bengkel ini.
Siapa ComiCoach bagi bengkel kali ini?
Kenapa anda perlu menyertai Bengkel Comicoaching Siri 2?
Bukan selalu bengkel mengenai komik diadakan dan tak banyak peluang anda ada untuk bersua muka dengan penggiat aktif dan disegani industri komik Malaysia ni.
Istimewa untuk pendaftaran BENGKEL COMICOACHING SIRI 2 ini! Dengan setiap pendaftaran, anda akan menerima baucar diskaun daripada SKTECHES.my!
SKETCHES.my menyediakan pelbagai peralatan lukisan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Dah la harga tu memang berpatutan, nak bagi baucar diskaun lagi!
Jomlah daftar BENGKEL COMICOACHING SIRI 2!
Tarikh: 23 Januari 2016 (Sabtu)
Lokasi: Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur (Berhampiran Danau Kota)
Waktu: 9.00 pagi – 5.00 petang
------> TEMPAT TERHAD!
Daftar sekarang! Hantar “ON COMICOACHING” ke:
SMS / WHATSAPP: +6019 278 0120
EMAIL: hello@comicoreclub.com
6 comments:
Wahh comicc.. hehe jauh la nk pergi.tkde rezeki la nmpknyaa
Wahh comicc.. hehe jauh la nk pergi.tkde rezeki la nmpknyaa
waaaa.. bestnya!!! awak pergi ke?
Tak pergi, ada hal lain hari tu... Huhuhu tunggu siri 3 pulak ye...
Takpe Lisa, hehehee
Yang minat melukis komik mmg best laa kan join ni
Post a Comment