PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Monday, January 11, 2016

Review Filem : The Forest tak best?

Assalamualaikum semua,

Hujung minggu yang lalu RZ sempat mencuri masa menenangkan diri dengan menonton filem seram. Hoh, macam mana tu? nak tenangkan diri tapi tengok filem seram, hahaha. Lepas tu menyesal sebab balik sorang jalan kaki, padan muka! hahahaha.

Ye la, nak tengok hindustan RZ tak mampu duduk 3 jam lap air mata, hahahaha. Jadi kita habiskan masa tu dengan tekup muka guna baju, ngeeee.

Maka nak share kat korang pasal filem The Forest yang baru je mula tayangan pada 7 Januari 2016 yang lalu, kalau tengok trailer agak boleh tahan juga tahap seram dia tu, tapi sebagai penggemar filem seram RZ nak lah juga tengok sejauh mana seramnya The Forest ni, adakah betul seram gile atau "so so" je.


Dah tengok poster? bagus! Sekarang korang baca trailer pua ye? hehehe. RZ malas nak translate, pepandai korang lah, hahahaha.

When her twin sister disappears in Japan, a young American named Sara (Natalie Dormer) becomes determined to find out what happened to her. Sara's investigation leads her to the legendary Aokigahara Forest, located at the base of Mount Fuji. Accompanied by expatriate Aiden, she enters the mysterious wilderness after being warned to "stay on the path." Her investigation plunges her into a dark world where the angry and tormented souls of the dead prey on those who dare to explore the forest.


Filem ini bukan berlokasi di US, tetapi di nun jauh di Jepun. Dalam filem je lah, tak taulah kalau shooting tu sebenarnya dalam studio je kot? hahaha. Tapi kisah dan lokasi mengenai Aokigahara Forest ni memang benar, tak percaya korang boleh google, creepy. Sebelum beralih ke ulasan RZ, korang layan dulu trailernya ye?


Dah tengok? Bagus! Ayuh kita teruskan ke Ulasan RZ.

1. Overall The Forest ni not bad lah juga, walaupun plot filem tak begitu strong pada RZ.
2. Adegan Cliche dalam mana-mana filem seram, makin dilarang makin nak buat juga.
3. Hantu-hantu dalam The Forest ni agak menyeramkan juga. Macam watak-watak hantu dalam doraemon tu (pakai kimono putih lusuh, rambut putih kusut masai, kulit pucat *paling seram*).
4. Ada beberapa twist yang senang dijangka, dan ada juga yang tak sangka langsung.
5. Lakonan beberapa pelakon yang sangat kayu.
6. Ada satu adegan tu (tak nak cerita mana satu), nampak macam typical Grade B film.
7. Suasana seram agak menjadi juga, boleh tahan.

Rasanya itu sajalah yang RZ boleh sentuh pasal The Forest ni, nak kata teruk tu tak juga. But it's still a watchable movie though. Ok, cuba korang baca balik fakta yang ke tiga tu, nah RZ bagi gambaran dia macam ni.


Rating : 3/5

Selamat menonton! ^_^

8 comments:

Rawlins GLAM said...

Dari 5*, saya bagi 2.5* je

razzwey razz said...

Mula² nak bagi rendah juga tapi sebab ada hantu 3 nenek kimono tu, iols topup sikit! Hahahaha

Lisa Nurulain said...

seram ke tak seram ni hahah takut pula nak tengok

Linah Lynn said...

bunuh2 or hantu.... hehe jom jemput singah blog sya.

ada buat riview psl Filem. the boy
http://coretanhari2ku.blogspot.com/2016/01/riview-filem-boy.html

Bella Idura said...

Takut la nak g tengok. Nanti semua orang senyap. Bella seorang je yang jerit.

razzwey razz said...

Hantu bunuh², baik kang kita singgah ye... ^_^

razzwey razz said...

Barulah best! Satu panggung takut Bella jerit... Hahahahhaa

Akif Imtiyaz said...

Hahaha tak minat tgk cter serammm..