PTS

Iklan lagi

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Wednesday, January 27, 2016

Tertipu Dengan Filem The Boy! (Spoiler Alert!)

Assalamualaikum Semua,

Hujung minggu lepas RZ berpeluang untuk menonton sebuah lagi filem seram di panggung, iaitu filem The Boy. Asyik filem seram je kan? takde filem lain ke? hahaha. RZ memang penggemar filem seram pun, cuma masalahnya RZ selalu tersalah pilih wayang, asyik tertengok yang tak best je, hahaha.


apa kata korang baca sinopsis The Boy dulu ye?

Greta is a young American woman who takes a job as a nanny in a remote English village, only to discover that the family's 8-year-old is a life-sized doll that the parents care for just like a real boy, as a way to cope with the death of their actual son 20 years prior. After violating a list of strict rules, a series of disturbing and inexplicable events bring Greta's worst nightmare to life, leading her to believe that the doll is actually alive.

Dah baca trailer, sekarang jom tengok trailer pula


Mesti ada yang menjangkakan yang filem The Boy ini adalah seperti Filem Anabelle kan? ala-ala patung berhantu gitu, tapi jangan terkejut, apa yang ditonjolkan dalam filem ini benar-benar diluar jangkaan dan suprisingly RZ OK dengan twist filem ini walaupun menjelang 20 minit terakhir filem ini rasa seperti tertipu sangat! Kalau nak tau apakah ia, sila tonton sendiri di panggung ya?. Tapi nak kata The Boy ni adalah filem yang best, mungkin RZ akan kata biasa-biasa saja. 



Pemerhatian RZ terhadap filem The Boy

1. Typical scene, bila cerita seram mesti suasana pun ala-ala suram gelap gitu. Bila dah habis, suasana jadi cerah, cuaca elok, matahari menyinar indah, hahaha.
2. Ada satu scene orang yang dah mati, tapi perut turun naik bernafas (ke dia masih hidup lagi?)
3. Ini bukan cerita Anabelle tau?
4. Sebenarnya Filem The Boy adalah filem thriller, bukan filem seram. (tertipu lagi!)
5. Geram sebab tak tahu rupa sebenar "The Boy" itu!!!!

Rating: 3/5

Selamat menonton!

4 comments:

Rawlins GLAM said...

Kan... biasa-biasa je pun

razzwey razz said...

Tertipu dengan trailer! Hahahaha

Linah Lynn said...

haha.mula2 ingatkan hantu betul2...

Akif Imtiyaz said...

Tak berapa suka sgt tgk cter gini..