Assalamualaikum semua,
Siapa suka makan, angkat tangan. Dah tentulah semua orang suka makan kan, tapi RZ bukan sekadar suka makan, dah jadi hobi dah, kejap-kejap makan. Tengoklah badan kan, tong besar, jadi input pun kena besar juga, hehehe.
Maka nak dijadikan cerita, beberapa hari yang lalu RZ bersama-sama dengan rakan-rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari, Abang Sohoque, Mera Amera, Mimin, Ayue Jean & Yanie Yusuff serta kenalan baru dari Face Of Malaysia dan Malaysian Youth College, menyertai program KetchUp Blogger Speed Run di sekitar Taman Tun Dr Ismail atau lebih glamer disebut TTDI, hehehe.
Kalau ada yang masih belum tahu apa itu KetchUp Community, jangan sedih mari RZ ceritakan, hehehe.
KetchUp Community merupakan sebuah komuniti yang menghubungkan di antara pemilik kafe/restoran dengan pengunjung serta tidak dilupakan juga Social Media Influencer. Kepada 'kaki-kaki kafe' yang mahu mencari lokasi kafe/restoran yang menarik di sekitar Kuala Lumpur untuk dikunjungi, KetchUp Community menyediakan platform untuk anda mendapatkan maklumat tersebut sekelip mata di hujung jari saja, haaaa. Begitu juga dengan pemilik kafe/restoran yang mahu mempromosikan jenama kafe/restoran mereka, KetchUp Community telah menyediakan medium tersebut buat anda.
Maka sebagai permulaan, KetchUp Community bekerjsama dengan Rakan Sosial Rasmi iaitu Kelab Blogger Ben Ashaari menyertai KetchUp Blogger Speed Run, iaitu aktiviti 'cafe hopping' sepanjang 6 hari (setiap hujung minggu) melibatkan lebih kurang 36 blogger dari KBBA di 6 lokasi sekitar Kuala Lumpur.
Sebagai pasukan pertama, kami bermula di kawasan TTDI untuk menjelajah kafe-kafe untuk beramah mesra dengan pemilik kafe serta mencuba sendiri menu-menu yang disajikan di setiap kafe. Antara kafe yang kami pergi ialah:-
Chequers merupakan sebuah restoran yang menyajikan hidangan waffle yang dipelbagaikan menggunakan ramuan berkualiti dan juga menyihatkan. Konsep unik hiasan dalam Chequers sangat menarik apabila masuk saja ke dalam premis anda akan melihat tangga berputar (spiral) menuju ke tingkat atas restoran.


Quartet mendapat namanya kerana minat pemilik kafe ini yang gemarkan muzik. Jika dilihat pada susunan perabot dan hiasan dinding, Quartet memilih konsep vintage dan muzik rock sebagai pilihan muzik yang dimainkan di dalam kafe ini. Jenis pilihan makanan juga dipilih mengikut kesesuaian dengan citarasa tempatan dan ada juga sedikit elemen fusion.






Kalau korang pernah dengar bikers cafe sebelum ini biasanya untuk brader motor besar je kan, tapi The Grumpy Cyclist tampil lebih unik kerana seperti namanya juga, penunggang basikal boleh datang ke kafe ini untuk menikmati makanan yang sihat dan seimbang, tetapi juga boleh menyegarkan badan kerana The Grumpy Cyclist menyediakan bilik mandi sekiranya pengunjung mahu mandi dek kerana perpeluhan aktif sewaktu menunggang basikal, hehehe. Di sini juga tersedia sebuah bengkel kecil untuk membaiki basikal, jadi sambil air basikal tu, boleh lepak makan minum dulu, dan mandi, hehehe.
Pickle And Fig mendapat namanyanya dengan cara yang unik iaitu melalui cabutan kertas yang tertera jenis-jenis makanan, maka tertubuhlah Pickle And Fig, hehehe. RZ suka konsep hiasan dalamannya yang minimalis, luas, serta jarak di antara meja yang selesa, jadi RZ takdelah tersepak kerusi orang lah, tersadung kaki meja lah, hehehe. Pilihan menu memang banyak, tertulis di sepanjang papan hijau menggunakan kapur, terasa seperti di zaman sekolah dulu pula. Sajian yang dihidangkan semuanya adalah menu sihat, tidak menggunakan bahan pengawet dan yang penting segar dan sedap.







Banyak kisah disebalik kewujudan kafe Thursdvys, sebahagiannya adalah terlalu sentimental kepada tuan punya kafe ini, bermula dari pemilihan nama, konsep hiasan dalaman luaran kafe. Konsep hiasan dalaman Thursdvys berkonsepkan "Melbourne-ish" kerana pemiliknya pernah menyambung pelajarannya di sana dan konsep kafe hipster yang ditonjolkan oleh Thursdvys sangat berlainan dari kafe hipster lan yang pernah RZ kunjungi. Sentimentalnya pemilihan nama kafe ini adalah kerana arwah bapa kepada pemilik kafe ini meninggal dunia pada hari khamis, dan kafe ini juga ditutup pada hari khamis sahaja sebagai memperingati arwah bapanya. Dan sebuah lukisan di dinding kafe ini yang berbentuk seperti gigi manusia, adalah simbolik kepada mimpi pemilik kafe ini yang kehilangan giginya sebelum bapanya meninggal dunia.





Haaaa, macam mana? Menarik tak kafe-kafe yang kitorang serbu? itu baru di kawasan
TTDI, jika anda layari lama web
KetchUp Community, ada banyak lagi tempat makan menarik yang anda boleh jumpa. Rasanya macam kena repeat lagi ni nak serbu semula ke kafe-kafe semua ni, sedap sangat!!! hahahahaa.
Untuk lebih lanjut, layari
Facebook
Laman Web