Assalamualaikum Semua,
Siapa yang follow aktiviti RZ di facebook seminggu dua ni memang tahu lah apa aktiviti RZ kan? Bersama-sama dengan 35 blogger Kelab Blogger Ben Ashaari menjelajah Taman Negara. Asyik upload gambar aktiviti je kan? Mesti korang tertanya-tanya, di mana kitorang menginap sepanjang berada di sana kan?
Kitorang semua bertolak dari MATIC, Kuala Lumpur menaiki bas yang disediakan oleh pihak Han Rainforest Resort jam 9.30 malam dan tiba di sana lebih kurang jam 1 pagi rasanya. RZ pun tak sure, sebab mengantuk wehhh, hahahaa. Maafkan RZ kerana tiada selfie, muka rabak! hahahaha.
Sampai je kat Han Rainforest Resort, ambil beg dan masuk bilik. Beruntungnya RZ kerana dapat duduk bilik sorang-sorang, hahahaha. Jadi boleh conquer soket. Nak cas handphone, powerbank, kamera lagi, ngeee.
Tandas juga luas dan selesa, ruang bilik memang bersih, katil empuk, dan memandangkan ada tiga bantal, jadi memang tidur terlebih lena lah! hehehe. Air mineral pun disediakan di dalam bilik, jadi tak perlu risau kalau haus di tengah malam, hahaha.
Selain dari beberapa blok penginapan, ada banyak lagi kemudahan yang disediakan di han Rainforest Resort.
RESTORAN
KEDAI RUNCIT
RUANG SANTAI
PUSAT URUT
Mari kita tinjau di sekitar Han Rainforest Resort.
Memandangkan di Han Rainforest Resort, anda tidak mendapat rangkaian internet pada handphone, maka di sini juga ada disediakan wi-fi, hehehe. Jadi boleh la, upload gambar, update facebook dan macam-macam lagi.
Ini antara aktiviti yang ditawarkan di han Rainforest Resort:-
Jika anda masih ingat banjir besar yang melanda pada penghujung tahun 2014, Han Rainforest Resort mengalami kerosakan teruk, keseluruhan resort ditenggelami air sehingga paras bumbung. Banyak harta yang tidak dapat diselamatkan dan masih ada lagi tinggalan banjir yang sengaja dibiarkan bagi mengenang tragedi tersebut.
Tapi kini Han Rainforest telah mula beroperasi semula dan bersedia memberikan perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik dari sebelumnya.
Terima kasih kepada Han Rainforest Resort kerana memberikan perkhidmatan yang sangat tip top, kemudahan yang lengkap, selesa dan damai. RZ syorkan korang untuk menginap di sini, pasti tak menyesal.
HAN RAINFOREST RESORT
Co No : 673437-T / KPL 4647 Kuala Tahan,
Jerantut, Pahang, Malaysia 27020
- 09-2667888
- hanrainforestresort@gmail.com
5 comments:
best la korang p taman negara... i is jeles okeh
Bertabahlah... Hahahahaa
bestnya ada tempat urut juga. hehehe . nak join :(
Ank2 dh bsr skit nnti nak dtg bercuti sini laa... Dkat dgn alam... Best giler..
Fihhh seronok nya sesekali dapat rasa keindahan alam..jauh dari hiruk pikuk kota
Post a Comment