Assalamualaikum semua,
Lama juga Rz tak berkesempatan untuk mengemaskini entry terkini kan? almaklumlah sejak akhir-akhir ni, kesibukan kerja seharian dan juga faktor keletihan (ehee) selalu membantutkan niat untuk menaip gitu!
Ok, tak nak merepek panjang-panjang, kita straight to the point! hehehee.
Bermula 19 Februari hingga 22 Februari yang lalu (4 Hari 3 Malam), seramai 35 blogger Kelab Blogger Ben Ashaari menjelajah Taman Negara, Kuala Tahan Pahang dengan kerjasama bersama Han Rainforest Resort, Taman Negara. Berbagai aktiviti telah dirancang untuk memastikan kembara kali ini dipenuhi dengan elemen lasak, ekstrim, penghayatan alam, kerjasama pasukan, nilai persahabatan dan yang penting juga, keseronokan beraktiviti bersama rakan blogger yang sebelum ini hanya berhubung melalui aplikasi media sosial.
Penginapan kami adalah di Han Rainforest Resort, yang juga merupakan penaja utama bagi Kembara Kelab Blogger Ben Ashaari kali ini. Untuk pengetahuan korang, Han Rainforest Resort telah mengalami kerosakan teruk semasa banjir besar tahun lalu, dan kini kembali beroperasi dengan menawarkan perkhidmatan yang jauh lebih baik berbanding sebelumnya.
Kitorang menginap di Blok C, Han Rainforest Resort, bilik sangat luas, ada aircond, bilik air, penunjuk arah kiblat, power soket yang banyak (yaaayyy!!!), dan takde TV! Ye tuan tuan dan puan puan TAKDE TV! Kenapa takde tv? Sebab korang takkan ada masa nak tengok pun, jadual akan sentiasa penuh sepanjang berada di sini, hahaha. Dan yang paling best sekali, RZ duduk sorang je dalam bilik besar ni! Boleh conquer soket! Nak cas telefon, kamera bagai. hehehe.
Selain dari kemudahan di dalam bilik, Han Rainforest juga mempunyai beberapa blok penginapan, Wi-fi, pusat urut kaki (yaaayyy!!!), kafe, kedai runcit pun ada, haaa, apa lagi mau? hehehe.
Ada banyak aktiviti yang ditawarkan oleh Han Rainforest Resort, tapi sekarang ni RZ nak cerita apa yang kami buat depanjang 4 hari 3 malam di sana.
Jungle Trekking
Perjalanan lebih kurang 5 KM, mengikut trek yang telah disediakan dan juga off track, sangat mencabar. Lepas tu mendaki pula Bukit Terisek yang berketinggian 344 meter, tapi sayangnya RZ tak berjaya mendaki ke atas dek kerana kecederaan lutut. tahniah kepada yang berjaya, hehehe.
Canopy Walk
Haaaa, Sebagai orang paling takut dengan ketinggian, Canopy Walk ni memang serius menakutkan, hahahaha. Tapi nak tak nak kena lah paksa diri kan? Sampai bila nak takut. ketinggian 80 meter dari tanah, tinggi tu. Dan canopy walk ini juga ada 8 laluan, tapi kitorang hanya ikut 6 laluan saja, fuuuhhh!!!! bergetar jiwa!
Camping di perkampungan Orang Asli
Hari kedua, kitorang berkhemah di perkampungan Orang Asli suku Batek di kampung Dedari. Yang seronoknya, dapat beramah mesra dengan penduduk di sini, mempelajari gaya hidup mereka bergantung kepada sumber alam semulajadi, mengenal adat budaya suku kaum Batek, dan sempat juga menyumbang sedikit bekalan makanan dan minuman dari penaja bersama iaitu, Yeo's, Jus Pran dan lain-lain.
Pengalaman berkhemah, ehhh berkhemah ke? Takpe, kita bagi perempuan duduk khemah. Lelaki, apa lagi, jom tido beralaskan kanvas dan tidur sambil mengira bintang! best gila! Tapi pastikan tidur berbungkus sebab bila dah mula berembun, boleh bikin beku wooo, sejuuuuukkkkk!!!!
Sarapan pagi selain yang disediakan oleh pihak Han Rainforest Resort, ada juga yang dimasak secara live, hehehe. Barulah adventure camping, masak sendiri kan?
Rapid Shooting
Hah! Yang ini paling best! dah macam lumba bot laju, lepas tu perang air dengan bot sebelah! hahahaha... Tapi cuak juga la, sebab RZ dah la tak reti berenang kang terlambung pula keluar dari bot, tapi jangan risau rapid shooting ini dikendalikan oleh mereka yang berpengalaman dan semua diwajibkan memakai jaket keselamatan.
Aktiviti ini korang akan basah sepenuhnya, jadi kalau nak bawak handphone tu, pastikan guna casing water proof atau beli je handphone kalis air atau action cam (go pro, dsb.)
Nak tengok video? Naahhh... kredit video www.ceritashark.com/
4WD
Yaaaa!!!! RZ memang suka 4wd ni, boleh golek kat belakang kereta, hahahaha. Tapi ruginya RZ tak berpeluang sangat nak merasa duduk belakang sebab cedera, jadi kena suruh duduk dalam kereta je, uwwwaaaa!!!! Tapi duduk dalam kereta pun agak mencabar jugak, sikit-sikit terhantuk cermin, hahahaha.
Jangan tak tahu, YB Timbalan menteri sendiri yang menggerakan jengkaut ni! hebat wooo!!!
Kitorang juga berpeluang untuk mengikuti rombongan YB Timbalan menteri ke beberapa tempat menarik di sekitar, menyaksikan Pokok Tualang yang tertinggi di Asia Tenggara. Dia punya besar kaaauuu, 27 pemeluk! Ambil gambar guna kamera RZ, tak nampak puncak pun! hahahaa. Tinggi tak tinggi pokoknya?
Menikmati kehijauan sepanjang perjalanan pulang semula ke Han Rainforest Resort sangat mendamaikan. Serius memang asyik dok sibuk ambil gambar la, video la, boomerang la, macam-macam lagi, hahahaha.
Sememangnya kenangan manis di Taman Negara ini sentiasa akan RZ ingat sampai bila-bila. Insyaallah Kelab Blogger Ben Ashaari akan kembali ke sini lagi. Ada banyak lagi aktiviti yang belum sempat kitorang cuba, hehehe. Rasanya nak kena seminggu duduk sini baru puas, ngeee!!!
Terima kasih kepada Han Rainforest Resort kerana memberikan perkhidmatan yang sangat tip top, kemudahan yang lengkap, selesa dan damai. RZ syorkan korang untuk menginap di sini, tak menyesal.
HAN RAINFOREST RESORT
Co No : 673437-T / KPL 4647 Kuala Tahan,
Jerantut, Pahang, Malaysia 27020
- 09-2667888
- hanrainforestresort@gmail.com
7 comments:
Alhamdulillah RZ is back. . Dan lg satu Razi always nampak ceria. All the best KBBA9 bangga dgn teamwork ualls.
terbaikkkk teamwork kbba9!
Bestnya tengok korang..terbaik KBBA9
Bestnya tengok korang..terbaik KBBA9
Alhamdulillah RZ is back. . Dan lg satu Razi always nampak ceria. All the best KBBA9 bangga dgn teamwork ualls.
Memang best!!! Kan razi!! Kalau ada peluang nak pergi lagi!!
Seronok laa dapat join ramai2...bestnye kalau blh turut serta hihihi
Post a Comment