Assalamualaikum semua,
Masih ingat lagi program Blogger Speed Run yang RZ sertai beberapa minggu yang lalu? Tak ingat? Takpe, korang klik je sini kalau belum baca lagi, KetchUp BloggerSpeed Run #TeamTTDI, hehehe.
Tapi kali ini di lokasi baru pula, RZ bersama-sama dengan rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari, Lan Careno, Bella dan Afiq menuju ke Bangsar untuk menjejak kafe-kafe yang menarik untuk dikunjungi dan yang penting makanan kena lah tip top, sedap terangkat, haaaa gitu!
Bagi penutup kepada program KetchUp Blogger Speed Run ini, sebanyak 6 buah kafe telah kami kunjungi. Untuk apa lagi, makan lah, hehehehe.
Kalau tengok dari luar Pulp by Papa Palheta tak nampak seperti sebuah kafe pun, tunggu bila dah masuk korang pasti akan teruja. Pulp yang dulu merupakan sebuah bengkel ini terbahagi kepada 3 ruang iaitu Cupping Room, C-Section dan Workshop menghidangkan pelbagai variasi kopi, bukan saja kopi tempatan malah kopi dari pelbagai negara.
Konsep hiasan dalaman sangat simple, tak sarat dengan hiasan, dan sangat bersih. Selain dari variasi jenis kopi, Pulp by Papa Palheta yang beroperasi seawal 7.30 pagi hingga 10.00 malam ini juga menyajikan hidangan makanan yang menarik, unik dan sedap.
Tak susah nak mencari Roost ni, betul-betul di atas restoran Chawan je. Bila naik anak tangga tu rasa comel je ada 'tapak kaki ayam' temankan kita naik ke atas, hehehe. Restoran berkonsepkan modern european ini jika dilihat pada hiasan dalamannya terasa seperti di rumah, tak terasa seperti berada di restoran pun.
Dapur terbuka terbentang luas sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam Roost menjanjikan setiap pelanggan yang datang menikmati makanan yang segar, panas-panas gitu. Kira kalau nak tengok cara makanan anda dimasak, boleh terus jenguk ke dapur tu, hehehe. Roost juga boleh ditempah untuk sebarang acara, jika anda tidak sempat hendak merancang, jangan risau serahkan saja pada Roost untuk mengaturkannya.
Dari segi makanan, semuanya RZ tak pernah rasa. Tapi rasanya boleh masuk tekak, dan sedap juga, hehehe. Cuma kalau RZ, kena order banyak sebab tak kenyang, almaklumlah tong besar, hahaha.
HANBING KOREAN DESSERT CAFE
annyeonghaseyo, siapa suka makanan korea? Rz sebenarnya jarang makan di restoran Korea, tapi apa yang boleh RZ beri jaminan Kesemua menu yang RZ cuba di Hanbing Korean Dessert Cafe, semua sedap! Ruang kafe yang sangat selesa, bersih serta berhawa dingin sememangnya antara kriteria yang RZ titik beratkan setiap kali mengunjungi mana-mana kafe. Wi-Fi yang agak laju juga disediakan di Hanbing, maka boleh lah update pada rakan-rakan apa yang anda makan!
Ashley's By Living Food adalah checkpoint kami yang seterusnya untuk KetchUP Blogger Speed Run, Bangsar. Menggunakan bahan-bahan semulajadi, segar dan bebas dari bahan kimia, perasa tiruan, pewarna tiruan adalah keutamaan Ashley's By Living Food.
RZ sukakan konsep hiasan dalam Ashley's By Living Food ni, ruang yang luas, jarak antara meja yang selesa, hiasan yang sederhana, dan dari kebersihan RZ bagi 5 bintang, calit jari di bawah meja pun tiada habuk, serius ni! hehehe.
Bab menu pula, RZ berpeluang untuk mencuba 3 jenis menu yang menjadi pilihan ramai pelanggan yang hadir. Semua sedap dan yang penting menyihatkan. Teringin nak cuba menu-menu di bawah? Datang sendiri ke Ashely's By Living Food.
Bukan sekadar bakery biasa, Tedboy Bakery menjanjikan setiap pengunjung pengalaman indah, bukan saja dari segi keenakan setiap hidangan yang disajikan tetapi juga suasana yang santai dengan aroma pastri yang memenuhi ruang bakery membuat RZ teringin untuk mencuba setiap menu yang ada, hahaha. (dasar kuat makan!)
Kalau anda lihat gambar-gambar di bawah, kesemua hidangan ini tidak menggunakan sebarang perisa tiruan, bahan pengawet. pewarna tiruan, semua menggunakan bahan semulajadi demi memastikan setiap pelanggan menikmati makanan yang sihat tanpa mengubah rasa sebenar setiap hidangan.
Ya tuan tuan dan puan puan semua, kek di bawah ini bukan kek biasa ye? Inilah Durian Cheese Cake yang berjaya membuat RZ hampir mengalirkan air mata kerana keenakannya yang luar biasa. Ikutkan hati nak habiskan semua potongan kek ini sendirian, tapi mengenangkan rakan-rakan lain juga teringin, maka kami pun berkongsi, seorang sepotong kek, hahahahaa.
Kan RZ dah kata, TedBoy Bakery bukan bakery biasa-biasa, spageti, pasta dan pizza juga merupakan antara menu yang dihidangkan di sini. Semua dihasilakn dengan penuh kasih sayang, hehehe.
Siapa penggemar kopi sini angkat tangan, Ojo Coffee sememangnya sesuai untuk anda. Kalau ada yang tidak tahu sejarah kopi, disekeliling dinding Ojo Coffee banyak informasi mengenai jenis-jenis kopi dan bagaiman ianya dihidangkan, anda juga boleh menentukan bagaimana anda mahu order disediakan, kira custom made gitu, haaaaa. Tapi jangan risau, jika anda tak minum kopi, anda boleh juga order Teh di sini, ada banyak pilihan untuk anda.
Bagaiman RZ menikmati Green Tea Horchata yang sangat sedap ni? Macam ni...
Dengan berakhirnya kunjungan ke kafe terakhir di atas, maka berakhirlah sudah program KetchUp Blogger Speed Run yang berlangsung selama 6 hari, menagmbil masa 3 minggu untuk direalisasikan melibatkan hampir 36 blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari.
Terima kasih kepada KetchUp Community kerana sudi bekerjasama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari sebagai rakan media sosial rasmi bagi program ini. Harap kita akan bekerjasama lagi bagi program mendatang. Tahniah juga kepada KetchUp Community atas penganjuran yang berjaya, moga terus maju jaya dengan pelbagai program yang bakal dirancang.
Untuk lebih lanjut mengenai KetchUp Community, layari:
Facebook
Laman Web
7 comments:
Istighfar banyak2 sat tgk gambar makanan. lagi2 kek durian tu. OMG!!! Sedapppp dan nak repeat. Jom Razi!!!!!
Geramnya tengok gambar makanan dia cantik2 dah la tengah lapar grr
yummmy! macam-macam konsep cafe yang diperkenalkan ... superb!
membuat terliur ja si razy ni
nampak sedap!
Ala jeless la plak tgk rupabentuk makanan jer kat sini..kopi tu nampak comel.laaa hiasan dia..
Greaat read thank you
Post a Comment