Cosmoderm

Monday, June 6, 2016

Cawangan Terbaru Kafe Quartet | Quartet Nu Sentral

Assalamualaikum semua,

Hujung minggu yang lalu RZ dan rakan-rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari menghadiri majlis perasmian cawangan kafe Quartet yang pertama, bertempat di kompleks membeli belah Nu Sentral, Kuala Lumpur.


Mesti anda pernah dengar mengenai kafe Quartet ni kan? RZ pernah mengunjunginya semasa program KetchUp Blogger Speed Run yang lalu. Jika masih ingat-ingat lupa, jangan susah klik sini ye? KetchUp #TeamTTDI


Tak susah nak mencari Quartet Nu Sentral ni, lokasinya di jambatan yang menghubungkan KL Sentral dan Nu Sentral saja, jalan sikit, toleh kanan, dah jumpa Quartet Nu Sentral hehehe.

Jika ada yang pernah mengunjungi Quartet TTDI, melangkah masuk ke dalam Quartet Nu Sentral tidak rasa berbeza. Suasana, warna tema, hiasan dalam hampir sama seperti Quartet TTDI, malah menu-menu yang dijual di cawangan ini juga sama, hehehe. Cuma keluasannya tidak lah seperti Quartet TTDI




Menurut pemilik Quartet, berlainannya Quartet Nu Sentral, bersesuaian untuk pelanggan yang mahukan sesuatu yang cepat dan dalam masa yang sama mengenyangkan. Ye lah, KL Sentral kan lokasi pusat untuk kebanyakan pengangkutan awam, maka menu-menu yang ditawarkan di Quartet Nu Sentral berkonsepkan grab-go, mudah dan cepat. Perancangan Quartet selepas ini untuk mempunyai cawangan kecil di setiap stesen MRT, moga dipermudahkan. Pelanggan setia Quartet selepas ini tidak perlu risau, kerana tidak lama lagi, Quartet akan berada di sana sini, hehehe.



Tapi tak bermakna pelanggan tidak boleh singgah dan duduk di Quartet, di sini juga disediakan sudut bacaan bagi pelanggan yang mahu bersantai sambil menikmati hidangan lazat. Quartet Nu Sentral juga memberikan kemudahan sambungan internet (wi-fi), jangan risau kalau handphone takde line, hehehe. Oh ya, Quartet Nu Sentral mula beroperasi seawal jam 8 pagi, awal kan? hehehe.

Berbagai pilihan sandwich, kek & minuman yang anda boleh pilih dengan harga yang sangat berpatutan. RZ tertarik dengan salah satu menu yang diberi nama The Puan Sri, kalau anda nak tau apakah ia, datanglah sendiri ke Quartet Nu Sentral.








Quartet Nu Sentral juga menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan kadar minimum 4 unit setiap tempahan. Sesuai jika ingin membuat jamuan kecil di pejabat, makan minum untuk mesyuarat, malah untuk makan tengahari juga anda boleh tempah. Sesuailah bagi mereka-mereka yang tak sempat untuk keluar makan tengahari dek kerana kerja yang banyak, hehehe. Tapi kawasan untuk penghantaran buat masa ini hanya dalam lingkungan bangunan berdekatan dan bersebelahan saja.



Seperti biasa sudah tentu ada sesi makan-makan gitu, RZ sangkakan kunjungan kali pertama sebelum ini menyangkakan sudah mencuba sekurang-kurangnya separuh dari menu yang dihidangkan, rupanya belum sampai suku pun RZ dah cuba, hehehe. Mari RZ belanja gambar, hehehe.







Dan tidak ketinggalan menu kegemaran RZ di Quartet iaitu Tempala atau sebenarnya ialah Sandwich Tempe, serius memang sedap tak cukup rasanya sepotong kecil ni, hahaha.




Tahniah kepada Quartet atas pembukaan Quartet Nu Sentral, semoga terus maju jaya. Kepada yang berada di KL Sentral, Nu Sentral, Sooka Sentral, atau di mana-mana saja yang berdekatan jangan lupa singgah ke Quartet Nu Sentral dan mencuba sendiri hidangan-hidangan yang enak, mudah, cepat dan mengenyangkan dengan harga berpatutan.

Oh ya, semua ada smartphone kan? Quartet juga mempunyai aplikasi yang anda boleh muat turun. Klik link ini untuk muat turun:







Alamat
CC04A Concourse Level Core 1
Nu Sentral Mall
Jalan Tun Sambathan
50780 Brickfields, Kuala Lumpur

Facebook

Instagram

Laman Web

Layari juga

Facebook

Laman Web

14 comments:

Unknown said...

Wahhh mcm nk pergi je

Kak Sue said...

Menarik semua menu,siap ada delivery lagi ye..

Afiq Halid said...

Tempala dia sedap!!! Wajib cuba sebab lain drpd yg lain. :D

Azuraa Rahman said...

Sedap.. nak pergi lah

Azuraa Rahman said...

Sedap.. nak pergi lah

Unknown said...

In syaa Allah nnt nk try

Unknown said...

In syaa Allah nnt nk try

Lya Akif Imtiyaz said...

Wah best jugak ni..tgk razi review rasa nak singgah laaaa..

Yanty Lee said...

bila singgah sana nak grab Tempala!

PCL said...

Menarik semua menu,siap ada delivery lagi ye..tapi kan Razi, kalau gambar lebih besar dlm entry lg best asik tengok ..macam kalau boleh terasa nk jilat skrin.. (just imagine)

ZULHILMI TEMPOYAK said...

perghhh... tengok pon tau ptt wajib cuba

Julia Johari said...

Akak selalu lepak Nu Sentral...sedap yer...nanti sis nak terjah kalau ada masa...terima kasih yadek :D

Nadia Johari said...

tempatnya menarik..nu sentral pun dah lama tak singgah..boleh ajak hubby ni try

Lya Akif Imtiyaz said...

Wah boleh cuba ni....nnt lau g sana boleh try singgah..