Cosmoderm

Wednesday, April 27, 2016

Jubah Lelaki Moden 'Ipman' Dari Rizq Design Bakal Viral?

Assalamualaikum semua,

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini fenomena jubah lelaki makin banyak di pasaran, dan RZ pun tak silap dah 2 tahun beraya dengan hanya berjubah, gitu! Bukan lah maksudnya RZ tiada baju melayu yang biasa tu, ada je cuma kadang-kadang bila buka almari sekurang-kurangnya ada lah beberapa pilihan pakaian untuk dipakai kan? hahaha. RZ pun selesa berjubah sebab senang pakai, sarung je, hehehe.

Cuma kesulitan RZ bila memilih jubah ialah kebanyakan yang dijual berpotongan slim fit. RZ pula bukan slim, bila sarung sah-sah akan jadi 'fit' a.k.a KETAT, hahaha. RZ pun bukan lah jenis yang memilih bab berpakaian ni, asal ada je haaa gitu. Walaupun kadang-kadang teringin juga nak bergaya stylo mylo, hahaha.

Jubah lelaki moden Rizq Design Jubah ip man

Jadi, bila RZ dapat tahu yang jubah-jubah yang dikeluarkan oleh Rizq Design ini berpotongan Regular Fit, haaa nampak gaya raya ni berjubah lagi lah RZ ye? hahaha. RZ berpeluang untuk melihat koleksi terbaru jubah lelaki moden dari Rizq Design yang mempunyai rekaan unik seperti jubah yang dipakai dalam filem 'Ip Man'. Koleksi terbaru ini diperkenalkan sendiri oleh pemilik jenama Rizq Design, Fazreen Rafi. Rasanya jubah 'Ip Man' untuk Aidilfitri 2016 ini juga bakal 'viral' kerana keunikan rekaannya. RZ suka rekaanya yang sederhana, unik dan material yang selesa dipakai.

Jubah lelaki moden Rizq Design Jubah ip man

Fazreen Rafi, mesti korang kenal kan? pelakon muda yang kini dah bergelar usahawan. RZ tak berpeluang menonton drama lakonannya, tapi si Afiq tu peminat setia drama Spa Q, dia yang bagitau, hahaha. Dalam gambar, jubah 'Ip Man' ni nampak cantik juga, teringin juga nak tengok ia dipakai secara live gitu, dapat pegang sendiri jubah ni, tengok sendiri kualiti kain, jahitan dan kemasan. Ala-ala pengkritik fesyen pula, hahaha.
   
Jubah lelaki moden Rizq Design Jubah ip man
  
Jubah lelaki moden Rizq Design Jubah ip man

Mari kita lihat bagaimana jubah 'Ip Man' ini digayakan secara live.

Jubah lelaki moden Rizq Design Jubah ip man

Cantik juga bila jubah 'Ip Man' ni disarungkan ke blogger Lan Careno ni, terus RZ rasa terpikat, errr kat jubah, bukan dekat Lan, hahaha. Di bahagian sisi kanan jubah ini ada zip tapi bukan panjang hingga ke bawah, sedang elok untuk kita selesa untuk sarungkan ke badan. 
Jubah lelaki moden Rizq Design Jubah ip man

Di bahagian pergelangan tangan jubah, logo Rizq Design (RD) tersulam cantik berwarna keemasan, menampakkan ciri mewah dan ekslusif dan kemasan jahitan yang berkualiti.

Jubah lelaki moden Rizq Design Jubah ip man

Dalam sesi yang sama, Fazreen Rafi juga memperkenalkan kurta juga dari Rizq Design, yang ini pun rasanya macam nak beli juga, sebab cantik!

Jubah lelaki moden Rizq Design Jubah ip man

Seperti biasa, nak juga tengok kurta ini secara live kan?

Jubah lelaki moden Rizq Design Jubah ip man

Segak Abang PCL kita menggayakan kurta dari Rizq Design ni, material kain tak sama seperti jubah 'Ip Man' tapi pegang je kurta ni dah boleh tau, material yang digunakan memang berkualiti tinggi dan tak panas bila dipakai. Butang pada pergelangan tangan menjadikan kurta ini juga sebagai 'Wudhu Friendly', mudah.

Jubah lelaki moden Rizq Design Jubah ip man

Jubah lelaki moden Rizq Design Jubah ip man

Okay, mari kita bercerita pasal pilihan saiz. pilihan saiz bermula dari saiz S hingga XXL, maka RZ pun boleh pakai jubah 'Ip Man' ni, jadi yang lebih kecil dari RZ lagi tiada masalah, hahahaha. RZ sebagai benchmark gitu.

Dah sembang pasal saiz, harga pula bagaimana? pilihan warna macam mana?

Harga jualan bagi koleksi jubah & kurta moden bermula dari RM 109 sehingga RM 229. Terdapat 3 koleksi jubah dengan 10 pilihan warna setiap koleksi, dan 1 koleksi kurta moden dengan 10 pilihan warna.

Sempena  Aidilfitri ini juga Rizq Design berkolaborasi dengan pelakon baru yang top meletop dengan drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi. RZ pun tau drama tu dari budak Afiq tu juga, hahahah. Cantik juga jubah yang ini, alahaiiii nak beli yang mana satu ni?
Jubah lelaki moden Rizq Design Jubah ip man

Antara koleksi lain dari Rizq Design.

Jubah lelaki moden Rizq Design Jubah ip man

Jubah lelaki moden Rizq Design Jubah ip man

berita baik kepada para peniaga di luar sana yang ingin menjadi agen/dropship jubah lelaki moden. Anda dijemput ke OPEN DAY JUBAH LELAKI MODEN untuk melihat dan merasai sendiri koleksi jubah dan kurta Rizq Design sempena Aidilfitri 2016.

Jubah lelaki moden Rizq Design Jubah ip man


Tarikh: 30 April & 1 Mei 2016
Masa: 10 pagi – 8 malam
Lokasi: Alam Avenue 2, Seksyen 16 Shah Alam

Kelebihan bila anda menjadi agen/dropship dengan Jubah Lelaki Moden:

Kadar keuntungan yang menarik bagi agen, bermula dari 20% sehingga 50%, heyyy banyak tu!!!. Agen boleh mula membuat PRE-ORDER bermula 30 April 2016 dan stok dijangka tiba pada 1 Jun 2016. Ingat, 1 JUN 2016, hehehe.

Untuk lebih lanjut mengenai Jubah Lelaki Moden, sila ikuti perkembangan mereka di:-

Facebook:

Instagram:

Sebagai penutup, apa lagi? Senyum semua!!!

Jubah lelaki moden Rizq Design Jubah ip man

Jubah lelaki moden Rizq Design Jubah ip man

8 comments:

Afiq Halid said...

Razzwey, belanja satu kungfu. Huhu

Nadia Johari said...

Memang lain..tapi baju yang pcl pakai cantik

mas saari said...

jubah dan kurta dia mmg smart.. sesuai dengan lelaki moden zaman skrg!

YB Shehan said...

Smart gak jubah pink..

Lya Akif Imtiyaz said...

Smart sesangat jubah ni..Dari cerita RAzi mengenai kekemasan jahitan dan kualiti kain yang selesa dipakai..harga pastinya tidak menjadi soal pada yang berminat..Beli la sayu razi.pakai taya nnt

Lisa Nurulain said...

design jubah ni lebih cntik la dari yang tngok jubah-jubah kt media sosial sebelum ni. ketat la.. mcm perempuan la...

Elfira Loy said...

Smart u jubah ni. Nanti jumpa i pakai jubah camni eh.

PCL said...

Cantik menarik keluaran Rizq Design..nampak garang sangat warna merah tu tapi sekarang ni org dah tak kisah, pelik itu mengkagumkan.