Cosmoderm

Friday, April 22, 2016

Tertewas Dengan Kafe Pretz n' Beanz Bangsar

Assalamualaikum semua,


Beberapa hari yang lalu RZ bersama dengan rakan Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang untuk mengunjungi cawangan kafe Pretz n' Beanz yang baharu dibuka di Bangsar. RZ pun baru pertama kali ke sini. Selalu tengok kat facebook kawan-kawan pergi tapi cawangan kat Solaris Mont Kiara, namun terasa cemburu diri ini, hahahaha. Lokasi Pretz n Beanz Bangsar sangat mudah untuk anda jumpa, Jalan Telawi 2, betul-betul berhadapan dengan La Bodega, hehehe.

Kafe Pretz n' Beanz Bangsar

Jom kita ronda-ronda sekitar, hehehe.


Kafe Pretz n' Beanz Bangsar

RZ sukakan dekorasi dalaman Pretz n' Beanz ni, minimalis, tidak sarat dengan hiasan berat. Ruang yang luas dan selesa, malah jarak antara setiap meja juga dalam keadaan yang selesa. Maka RZ tak perlu risau terlanggar meja sebelah, tersadung kerusi orang hahahaha.

Kafe Pretz n' Beanz Bangsar

Kafe Pretz n' Beanz Bangsar


Nampak kan? Ruang sangat selesa di antara setiap meja, jadi kalau nak bercinta ke, nak bergosip ke tak perlu risau orang meja sebelah terdengar, hahaha. Kalau nak guna bawa laptop buat kerja atau nak update blog pun boleh kerana Pretz n' Beanz menyediakan kemudahan sambungan internet wi-fi, hehehe. Tanya je password kat staff Pretz n' Beanz yang sangat peramah dan sentiasa senyum, pasti permintaan anda akan ditunaikan, hehehe.

Kafe Pretz n' Beanz Bangsar


Ada juga ruang untuk anda memberikan komen terhadap perkhidmatan yang diberikan ooleh pihak Pretz n' Beanz, tak kira lah dari segi layanan staff mahupun keenakan makanan serta kenangan istimewa di sana, hehehe.


Kafe Pretz n' Beanz Bangsar

Apa yang kitorang makan di Pretz n' Beanz?

Continental Breakfast ini boleh kata hidangan sarapan barat yang sempurna gitu, ditambah lagi dengan cendawan memang kecur air liur RZ masa ambil bau, hahahaha. 


Kafe Pretz n' Beanz Bangsar
Continental Breakfast
Haaaa, yang ini menu kegemaran RZ, Champignon Baked Egg served with pretzel & Sour Cream Onion. Walaupun rupa luarannya seperti lasagna, tapi rasanya jauh lebih sedap, rasa macam tak cukup semangkuk ni, hahaha.

Kafe Pretz n' Beanz Bangsar

Nak tengok dari jarak dekat? nah...

Kafe Pretz n' Beanz Bangsar


Haaaa, menu ini RZ pasti anda tak pernah jumpa lagi di mana-mana kafe, Pretz n' Beanz memperkenalkan Pretzel Pizza, serius sangat sedap! Anda boleh pilih di antara pizza 7 inci atau 10 inci. Tempting kan pretzel pizza ni? haaaa, kena lah datang sendiri ke Pretz n' Beanz, cuba sendiri! Tak menyesal!


Kafe Pretz n' Beanz Bangsar

Kafe Pretz n' Beanz Bangsar

Kafe Pretz n' Beanz Bangsar


Ini pula Dory Fish with cream spaghetti ni memang ohsem! Ikan Dory memang kegemaran RZ, isi lembut, kena pula dengan spaghetti yang berkrim. Mujur RZ berkongsi dengan kawan, kalau tak dah licin RZ habiskan seorang ni, hahaha.


Kafe Pretz n' Beanz Bangsar

Apalah makna singgah ke Pretz n' Beanz kalau tak order Pretzel kan? hahaha. 


Kafe Pretz n' Beanz Bangsar

Kafe Pretz n' Beanz Bangsar


Takkan makan je kan? Mesti lah kitorang order minuman dan juga pencuci mulut. Singgah di Pretz n' Beanz memang takde istilah kenyang, hahahaha. Sentiasa rasa nak tambah order je lagi, semua sedap! hahaha.


Kafe Pretz n' Beanz Bangsar

Kafe Pretz n' Beanz Bangsar

Kafe Pretz n' Beanz Bangsar

Kafe Pretz n' Beanz Bangsar


Dessert kat sini, ya ampun. RZ surrender, terbaik wooookkkkk!!!! Volcano Chocolate Cake with Ice Cream ni betul-betul menggoda nafsu makan, hahaha. Antara yang korang patut cuba bila ke Pretz n' Beanz. Gambar di bawah ini juga antara menu yang RZ rekomen untuk korang cuba, sangat menggiurkan, hahaha. Blueberry Cheese Cake dan Rainbow Chilled Cheese Cake, mantap!


Kafe Pretz n' Beanz Bangsar

Kafe Pretz n' Beanz Bangsar

Kafe Pretz n' Beanz Bangsar


RZ kerap ke Bangsar sejak akhir-akhir ini, kalau anda lihat entry-entry yang lepas. Tapi Pretz n' Beanz ni memang berada di liganya sendiri, antara tempat yang RZ akan singgah. Kalau tak singgah makan pun, mungkin akan datang untuk take away

Untuk lebih lanjut atau ingin mengetahui promosi terbaru dari Pretz n' Beanz, ikuti link-link di bawah:-

Facebook :
Instagram :
Email :
pretznbeanz@pretznbeanz.com

No.9 Jalan Telawi 2 Bangsar Baru,
56100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Telefon : 03-22019026

3 comments:

Afiq Halid said...

Most makanan kat sini sedappp. Kena try siapa yg belum cuba.

Mama Kembar Tiga said...

Teringat ingat plak kesedapan pizza pretzel tu....

Lya Akif Imtiyaz said...

Amboiii melampau2 betul laa gambar makanan kat sini..tetiba plak terasa lapar huaaa