Anda ada tak jawapan untuk tajuk di atas, mana satu jawapan yang anda pilih? Adakah kita makan untuk hidup atau hidup untuk makan? Walau apa pun jawapan yang anda pilih, sudah pasti kita mahukan yang terbaik untuk diri sendiri kan?
Bak kata pepatah, "you are what you eat!" Samada anda mahu makanan yang menyihatkan atau memudaratkan, pilihan di tangan anda. Bahan-bahan makanan sekarang tak dapat dinafikan terlalu banyak campuran bahan kimia, bahan pengawet, pewarna yang jika diambil secara berterusan akan menjejaskan kesihatan dalaman kita dalam jangka masa yang panjang.
Maka satu usaha untuk berkongsi ilmu dan memperkenalkan menu makanan sihat: BMS ORGANICS & CHEF WAN HEALTHY EATING BLOGGERS CONFERENCE telah dianjurkan oleh BMS Organics bertempat di AEON Sunway Pyramid bersama dengan Chef terkenal tanah air yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Dato' Chef Wan.
Semasa sesi ini Dato' Chef Wan berkongsi dengan rakan-rakan blogger yang hadir mengenai bagaimana makanan memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan taraf kesihatan kita, bagaimana juga makanan boleh memudaratkan, bagaimana gaya pemakanan dan aktiviti beliau sebelum dan selepas menyedari kepentingan menjaga pemakanan.
Dalam sesi perkongsian ini juga Dato' Chef Wan memperkenalkan resepi makanan tempatan yang sihat dengan menggunakan bahan-bahan organik dari BMS Organics.
Dato' Chef Wan juga sempat menunjukkan demontrasi masakan secara live gitu. Asyik menonton demo masakan beliau di kaca televisyen saja kan? Kali ini RZ melihat sendiri bagaimana beliau menyediakan menu-menu seperti di bawah.
SUP BIHUN ASAM LAKSA
Sup Bihun Asam Laksa ni kalau nak kata rasanya berbanding asam laksa yang sebenar memanglah berbeza. Tapi berbeza di sini tak bermaksud tak sedap ye? Rasanya pun sedap dan senang cerita "tekak boleh terima" haaaa gitu! Dan kesemua ramuan dan bahan yang digunakan adalah organik.
MEE KARI LAKSA DENGAN SUSU SOYA ORGANIK
Penggunaan susu soya organik yang menggantikan santan merupakan satu kaedah untuk mengurangkan pengambilan kolestrol dalam makanan. Manakala pes kari pula merangkumi lengkuas, kunyit dan cili kering serta minyak yang digunakan dalam setiap menu ini adalah minyak kelapa bagi tujuan meningkatkan metabolisma badan. Secara peribadi RZ menyukai menu ini.
NASI LEMAK RENDANG AYAM SOYA
Menggantikan beras biasa dengan beras perang serta ditambah lagi dengan rempah-rempah segar. Susu soya sekali lagi digunakan bagi menggantikan santan, RZ selama ini tak pernah terfikir kaedah tersebut, ingatkan soya hanya sesuai untuk diminum sahaja, hehehe.
Tapi yang paling memikat RZ ialah sambalnya, cukup rasa!
Pendek kata kesemua menu-menu sihat yang diperkenalkan oleh Dato' Chef Wan sangat menyelerakan, menyihatkan dan mudah untuk disediakan. Bak kata Dato' Chef Wan: "Haaaa, kau campak je itu, campak je ini, kacau sikit, dah siap!" hahaha.
RZ baru tahu yang BMS organics menyediakan pelbagai bahan-bahan organik dengan harga yang berpatutan. Bukan saja boleh membeli barangan di sana, malah ada juga vegeterian cafe, anda boleh menikmati menu-menu sihat, segar panas dan sedap, yum yum!
Ikuti perkembangan BMS Organics di;-
Facebook
Instagram
5 comments:
best tak jumpa cheff wan? mulut dia bising tak sambil memasak tu? macam kat dalam tv..
Dkna, dari awal sampai habis dia asyik bahan aku... hahahahaaa...
Tapi chef wan sangat2 friendly, suka berborak & down to earth...
Waa jumpa chef wan kaaa razi...untungler leh tgk chef wan masak sambil mulut pot oet pot pet kan..wah chef masak guna bahan2 organik ya..
First time dgr nasi lemak rendang ayam soya ..
Haaaaa,biasa tengok kat tv je... Tengok live pakej terliur skali... Hahahahaba
Ha aa kan bila duk thk live mesti terliur..huaaa bestnya dpt tgk chef wan masak..
Post a Comment