PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Tuesday, April 26, 2016

Pekan Station Kampung Baru | Restoran Western Murah

Assalamualaikum semua,

Asyik makan je kerjanya RZ ni kan? Ye la, kejap-kejap entry makan, tengok facebook gambar makan lagi, pergi sana makan, pergi sini makan, hahaha. Well, nak buat macam mana dah namanya kerja kan? Tapi kerja makan ni, memang RZ suka lah.

Siapa suka western food? Angkat tangan! Korang terbayang apa? Fish & Chips? Chicken Chop? Lamb Chop? apa lagi? takkan tu je kan, ada banyak lagi sebenarnya. Korang baru makan sikit je tu, hahaha. Tapi dalam kepala korang mesti dah cakap "western food mesti mahal!" betul tak?

Pekan Station Kampung Baru Restoran Western Murah KL

RZ cadangkan korang ke Pekan Station, Kampung Baru. RZ baru je ke sana dengan rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari, memang serius berbaloi. Kalau nak cakap bab harga pula, memang sangat-sangat berpatutan, tak padan dengan portion besarnya, tengah-tengah Bandaraya KL pula tu! hahaha. Kalau korang jenis yang cepat kenyang, sepinggan tu boleh makan 2 orang, hahaha.

Pekan Station Kampung Baru Restoran Western Murah KL

Nampak gambar di atas tu, memang tengah-tengah KL kan? cantik view boleh nampak KLCC, Menara KL & banyak lagi lah bangunan tinggi belakang tu, hahaha. Cuma kat sini parking je lah yang jadi kerumitan, alaa parking jauh sikit boleh je (jalan kaki 2 minit kot?), takkan nak parking sampai sebelah meja makan kot? hahaha. RZ jamin kotang takkan menyesal.

Sampai je kat Pekan Station, RZ tengok menu. Mak aihhh murahnya! Murah la nak dibandingkan dengan restoran western lain di tengah-tengah KL tu, haaaa.


Pekan Station Kampung Baru Restoran Western Murah KL

Pekan Station Kampung Baru Restoran Western Murah KL

Jangan terkejut bila tengok menu di atas, harga setiap menu tiada yang melebihi RM20 pun! Korang akan lagi terkejut bila tengok portion setiap menu tu, besar! RZ makan sepinggan pun semput tau! hahahaha.

Apa yang kitorang makan?

Pekan Station Kampung Baru Restoran Western Murah KL
Lamb Chop RM16.00
Pekan Station Kampung Baru Restoran Western Murah KL
Fish & Chips RM10.00
Pekan Station Kampung Baru Restoran Western Murah KL
Chicken Bleu RM12.00
Pekan Station Kampung Baru Restoran Western Murah KL
Mix Grill RM16.00
Pekan Station Kampung Baru Restoran Western Murah KL
Beef Steak RM14.00
Pekan Station Kampung Baru Restoran Western Murah KL
Chicken Grill RM11.00
Pekan Station Kampung Baru Restoran Western Murah KL
Chicken Grill Pasta RM11.00
Pekan Station Kampung Baru Restoran Western Murah KL
Mix Grill Pasta RM16.00 WAJIB CUBA!!
Pekan Station Kampung Baru Restoran Western Murah KL
Meatballs (10 biji) RM5.00
Pekan Station Kampung Baru Restoran Western Murah KL
Mushroom Soup RM4.00
Pekan Station Kampung Baru Restoran Western Murah KL
Chicken Boxing (7 pcs) RM8.50 highly recommended
Kredit gambar-gambar oleh LAN CARENO

Dah tengok kan? Portion besar wooo!!! Kalau tak habis boleh bungkus bawa balik sambung makan kat rumah, haaaa. Kalau pergi makan kat restoran western yang lain susah nak jumpa portion sebanyak ni, murah lagi! Kan RZ dah kata, TAK PADAN DENGAN PORTION BESAR! Jadi kehadiran RZ ke Pekan Station Kampung Baru ni, memang sangatlah berbaloi! Tak sia-sia tak makan tengahari sebelum tu, hahaha.

Pekan Station Kampung Baru Restoran Western Murah KL

Ada yang tanya RZ, "ada delivery service ke?".

Memang ada pun, haaaaa. Pekan Station Kampung Baru ada perkhidmatan penghantaran ke HKL, Hospital Pusrawi, IJN, Kg. Baru Medical Centre dan tak lupa juga sekitar kawasan Kg Baru. Peghantaran hingga ke dalam wad juga boleh tau? Tapi ada syaratnya, hehehe. Pembelian minimum ialah RM30, barulah boleh buat delivery. Harga delivery adalah sedikit berbeza dengan harga dine-in. Namun masih berbaloi tau?

Pekan Station Kampung Baru mula beroperasi jam 6 petang hingga 1 pagi dan ditutup pada hari Khamis. Tapi sebelum korang datang boleh tengok laman facebook mereka. Biasanya sebarang makluman akan diumumkan di sana, samada restoran ditutup atau ada promosi terbaru ke. Laman facebook Pekan Station sangat aktif, anda juga boleh berinteraksi melalui laman sosial.  

Restoran Pekan Station

Jalan Raja Uda, Kg. Baru Kuala Lumpur. 

(Waze Pekan Station Western Food)

Tel: 010-796 0648

Operation Hour: 6 petang – 1 pagi

Tutup: Setiap Khamis

Facebook: Pekan Station

Instagram: @PekanStation




9 comments:

Yanty Lee said...

sedap nya Chicken Boxing!

Lisa Nurulain said...

murah weihh ! nampak sedap.. tapi kena cuba dlu la.. razy nanti tolong lanje lisa yeeee . hahahaha

Lan Careno said...

Chicken boxing sedapppppp...

Ahmad Afiq said...

Boleh masuk dalam list next kedai makan to go. Menyelerekan sungguh

Nooraini Ali. said...

harga biar betul. murah banyak la..dah la duk tgh2 bandar..huishh kena try ni

Mama Kembar 3 said...

Boleh bawak anak anak ni, makan share share sbb portion besar

Farahain ZFA said...

perghhhhh sedapnyaaaa...

mas saari said...

wahhh portion makanan dia banyak, berbaloi dengan harga..

Akif Imtiyaz said...

Wahh byk btol makanan yang beat2 kat sini ya..harga pon ok...kira blh laaa kalau nak menjamu selera stu family