Cosmoderm

Monday, May 30, 2016

Kenapa Air Saya Ada Picagari? | Garage 51 Bandar Sunway

Assalamualaikum semua,

Akhirnya setelah beberapa kali terlepas peluang untuk review kafe ini, akhirnya rezeki berpihak juga pada RZ apabila diberi peluang untuk datang, menikmati dan melihat sendiri betapa uniknya makanan dan minuman yang dihidangkan di kafe hipster ini. Rasanya penggemar kafe-kafe hipster memang dah tak perlu diperkenalkan lagi dengan kafe ini, famous kot? hahahaha.

Salah satu sebab RZ nak sangat ke kafe ini adalah kerana sesetengah makanan dan minuman di sini ada picagari, hahaha. Ye betul lah, picagari yang selalu guna kat hospital tu... Haaaa, dah cukup klu dah tu, tau dah ke kafe mana yang RZ maksudkan?

Maka pada hujung minggu yang lalu RZ bersama rakan-rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari mengunjungi kafe Garage 51 cawangan Bandar Sunway. Tak begitu jauh dari Kompleks membeli belah Sunway Pyramid, dekat je! Landmark paling dekat selain Sunway Pyramid ialah Sunway University College, betul-betul depan Garage 51 je.

Garage 51 Bandar Sunway

KONSEP GARAGE 51

Pertama kali mengunjungi Garage 51, RZ memang 'teruja lebih' bila tengok konsep hiasan, susun atur meja, seunik namanya juga. Ibarat masuk ke sebuah Garaj kereta, haaa macam tu la feeling bila masuk ke Garage 51, cuma garaj ini bau makanan dan minuman memang menggoda nafsu betul! hahahaha.

Garage 51 mempunyai 3 ruang pilihan untuk makan, iaitu satu di bahagian luar, dan bahagian dalam pula terdapat ruang tingkat atas dan tingkat bawah. Tak faham eh? hahaha. Kejap nak tepek gambar...

Garage 51 Bandar Sunway
 Luar 

Garage 51 Bandar Sunway
 Dalam 

Garage 51 Bandar Sunway
Pandangan dari ruang atas

Garage 51 Bandar Sunway
Ruang santai ini berjaya mencuri perhatian RZ sekejap, sambil duduk di 'sofa tong minyak' ni, boleh baca buku. (Terambil majalah CLEO pulak! hahahaha!)

Garage 51 Bandar Sunway

Garage 51 juga merupakan pemenang anugerah 'Best Cafe' oleh TimeOut Kuala Lumpur Food Award 2014. Padanlah Garage 51 ni memang terkenal di kalangan penggemar kafe hipster ye, Award Winning Cafe rupanya. 

Garage 51 Bandar Sunway

Garage 51 Bandar Sunway

APA YANG KAMI MAKAN DI GARAGE 51

Sempena Ramadhan yang bakal menjelang ini, Garage 51 memperkenalkan 3 menu baru bagi memenuhi citarasa perut korang yang tak boleh lari dari unsur 'ramadhan' nya, hahahaha. 2 daripadanya ada menu makanan manakala 1 menu minuman. Selain dari menu istimewa Ramadhan, menu-menu yang lain masih dihidangkan seperti biasa.

NASI GORENG SERUNDING DENGAN KEBAB PERCIK (RM20)

RZ biasa makan serunding bersama nasi, tapi setakat ni tak pernah lagi makan nasi yang digoreng bersama serunding. Dihidangkan bersama kebab ayam percik dan kulit wantan yang digoreng rangup. RZ secara peribadi menyukai rasanya, sedap! Kebab ayam tu sangat moist dan lembut!

Garage 51 Bandar Sunway

SPAGHETTI SERUNDING AYAM DENGAN KEBAB PERCIK (RM20)

Hampir sama seperti Nasi Goreng Serunding tadi, spaghetti yang di'sebati'kan bersama serunding ayam, menjadikan rasanya tidak sama seperti spaghetti yang lain. Makan dengan kebab percik, sangat sepadan!

Garage 51 Bandar Sunway

BANDUNG CENDOL DENGAN KARIPAP (RM18.90)

Haaaaaa, jangan terkejut bila melihat Bandung Cendol dengan karipap ini. Didatangkan pula dengan picagari! Dan buah kurma, hehehe. Nampak macam saaaaaaangaaaat manis kan? Suprisingly rasanya tidak semanis seperti yang korang sangkakan.Pastikan sebelum minum, "SUNTIK" dulu tau, hahahaha. 

Garage 51 Bandar Sunway

MENU-MENU LAIN YANG KAMI CUBA

Chicken Mango Salad dengan Wholegrain Mustard Dressing (RM12)
Sebagai penggemar mangga, penggemar salad dan penggemar ayam, apa lagi RZ mahukan? Semua digaul dalam satu pinggan! Hahahaha... Siapa sedang berdiet boleh lah cuba sendiri, sedap tau!!

Garage 51 Bandar Sunway

Grill Salmon Spaghetti with Lemon Cream (RM24)
RZ tak berpeluang nak merasa menu ini sebab semua berebut nak makan! hahahaha. Nampak tak maksudnya di situ? Dah tentulah super sedap kan? Senyap-senyap kawan-kawan RZ habiskan di luar pengetahuan diri ini! hahahaha. Next time datang nak order menu ini makan sorang-sorang! Bhahahaha

Garage 51 Bandar Sunway

Chicken Parmagiana dengan Mashed Potato dan Salad (RM18)
Ayam goreng rangup di luar lembut di dalam, sesungguhnya menggoda jiwa ini, hahaha. Mash potato dan salad saling melengkapi gitu! Arghhhh, kenapa yang ini pun sedap sangat ni?! Maaf RZ wahai perut, tak boleh tahan lah! hahaha...

Garage 51 Bandar Sunway

Penne Basil-Spinach Pesto dengan Grilled Chicken (RM16)
Pesto yang digaul bersama spinach dan basil leaves dengan beberapa herba terpilih (gitu!), ditambah pula dengan ayam yang telah dibakar. Rasa pesto sedikit unik tetapi jika dimakan bersama dengan potongan ayam, ia menjadi sempurna, ala-ala saling melengkapi kan? so sweet! hahahaha.
Garage 51 Bandar Sunway

Pendek kata makanan yang dihidangkan di Garage 51 sangat pelbagai dan rasanya memang sedap! Jika korang penggemar makanan ala fusion, wajib datang sini tau?

Eeehhhh!!! Sabar, RZ tak cerita pasal minuman lagi, kan di awal entry tadi RZ ada sebut pasal minuman yang ber'picagari' kan? Haaaaa, RZ dah try sendiri tau! Ya ampun sedapnya lahaiiiii!!!! Nama setiap minuman pun unik gitu, ada unsur kekeluargaan hahaha. Dah namanya pun "MESSED UP FAMILY", harmoni sangat kan bunyinya? comel je!

Garage 51 Bandar Sunway

Sebelum RZ perkenalkan nama setiap ahli 'keluarga' ini, RZ belanja 'gambar keluarga' dulu, hahahaha.

Garage 51 Bandar Sunway

THE COUSIN (RM18.90)
Salted Caramel with Brownies
Garage 51 Bandar Sunway

THE SON (RM18.90)
Nutella with hints of hazelnut awesomeness
Garage 51 Bandar Sunway

THE FATHER (RM18.90)
Chocolate with peanut butter
Garage 51 Bandar Sunway

THE NEPHEW (RM18.90)
Cookies and Cream
Garage 51 Bandar Sunway

Jangan takut nak tekan picagari tu, dalam tu ada susu je sebenarnya hahahaha.

Garage 51 Bandar Sunway

Apa yang boleh RZ katakan mengenai Garage 51, ini merupakan kafe hipster paling unik yang RZ pernah kunjungi dan pilihan makanan yang pelbagai dan suasana yang santai, dan... Dan tidak ketinggalan layanan dari staff Garage 51 yang sangat ramah serta sado-sado semuanya, hahahaha. RZ pasti akan mengunjungi Garage 51 lagi dan rekomen korang semua juga untuk datang ke sini!

Alamat : 
51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 
47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

No Telefon : 

+60 3-5612 5618

Waktu Operasi : 

Isnin hingga Ahad – 11:00 pagi – 11:00 malam

Facebook:

Instagram:

Wednesday, May 25, 2016

Buffet Ramadhan 2016 | Warisan Desa di Capri By Fraser

Assalamualaikum semua,

Entry sempena Ramadhan lagi, hahaha. Mohon tabah dan kuat semangat kawan-kawanku semua ye? Dah kata di entry sebelum ini, akan banyak entry berbau makanan kan? hehehehe. Haaa, kat mana lokasi seterusnya untuk korang berbuka puasa Ramadhan nanti.

Siapa yang berada di sekitar kerinchi, Pantai Dalam, Bangsar atau di sekitarnya pasti tahu di mana tempat yang RZ maksudkan ni. Ada yang tak tahu ye? hehehe.

Apa kata Ramadhan nanti korang datang ke Caprilicious @ Capri by Fraser untuk berbuka puasa. Sempena Ramadhan ini, Capri by Fraser memperkenalkan Buffet Ramadhan dengan tema WARISAN DESA menghidangakan aneka lauk pauk asli dari seluruh pelusuk negeri di Malaysia. 

Buffet Ramadhan 2016 | Warisan Desa di Capri By Fraser

Buffet Ramadhan 'Warisan Desa' menampilkan hampir 70 hidangan setiap hari yang RZ yakin korang akan rambang mata punya lah. Ada juga menu yang RZ sendiri tak pernah cuba, itu yang buat tak sabar nak berbuka di sini lagi nanti, hehehe...

Antara menu hidangan 'Warisan Desa' seperti:-

Pajeri Kedondong
Rebung Lemak dengan Udang
Tempoyak Ikan Patin
Nasi Daging Utara
Gulai Ikan Sepat Masin Nenas
Asam Pedas Ekor Lembu 
Paru Goreng Berlada
Perut Lemak Cili Api

Dan dah tentulah bila ada lauk pauk yang pedas ni, pasti tak ketinggalan juga ruangan ais kacang dan cendol, ehhh aiskrim pun ada. Korang boleh buat sendiri ikut citarasa gitu, hahahaha.

Barulah suasana ala-ala raya gitu kan bila ada serunding ayam, serunding daging, ketupat daun palas & lemang. Rindu pula kat kampung... *tetibe*

Buffet Ramadhan 2016 | Warisan Desa di Capri By Fraser

Buffet Ramadhan 2016 | Warisan Desa di Capri By Fraser

Buffet Ramadhan 2016 | Warisan Desa di Capri By Fraser

Seperti ramadhan yang lalu, RZ pasti akan tercari-cari di mana letaknya kerabu kegemaran RZ, hahaha. Kerabu kat sini, serius sedap tau! Haaaaa, inilah dia barisan kerabu-kerabu yang sedap tu, korang kena cuba setiap satu ni tau...

Buffet Ramadhan 2016 | Warisan Desa di Capri By Fraser

Di bahagian luar pula ada live action, tapi bukan aksi lagak ngeri gitu, nanti orang nak makan takut pulak ada sesi lompat, gimnastik, kungfu kat luar tu. Di bahagian luar sebenarnya ada ruang untuk kambing panggang, sate, roti canai, ikan bakar, daging bakar, ayam bakar, laksa dan banyak lagi lah.

Buffet Ramadhan 2016 | Warisan Desa di Capri By Fraser

Buffet Ramadhan 2016 | Warisan Desa di Capri By Fraser

Buffet Ramadhan 2016 | Warisan Desa di Capri By Fraser

Buffet Ramadhan 2016 | Warisan Desa di Capri By Fraser

Buffet Ramadhan 2016 | Warisan Desa di Capri By Fraser

Buffet Ramadhan 2016 | Warisan Desa di Capri By Fraser

Buffet Ramadhan 2016 | Warisan Desa di Capri By Fraser

Mari kita tengok ruangan pencuci mulut, haaaa mesti ramai yang tunggu kan? hehehe...

Bagaimana dengan harga? Lihat bawah;

Dewasa - RM90
Kanak-Kanak (5-12 tahun) - RM45
Kanak-Kanak (4 tahun ke bawah) - PERCUMA

Harga istimewa Early Bird (8 - 15 Jun 2015) RM72
Pembelian 9 voucher - PERCUMA 1 (Bermula minggu kedua Ramadhan)

*Semua harga adalah termasuk GST*

Untuk tujuan tempahan, boleh hubungi 03-2386 0888.

Facebook: Capri by Fraser Kuala Lumpur
Website: Capri by Fraser Kuala Lumpur