Assalamualaikum semua,
Akhirnya setelah beberapa kali terlepas peluang untuk review kafe ini, akhirnya rezeki berpihak juga pada RZ apabila diberi peluang untuk datang, menikmati dan melihat sendiri betapa uniknya makanan dan minuman yang dihidangkan di kafe hipster ini. Rasanya penggemar kafe-kafe hipster memang dah tak perlu diperkenalkan lagi dengan kafe ini, famous kot? hahahaha.
Salah satu sebab RZ nak sangat ke kafe ini adalah kerana sesetengah makanan dan minuman di sini ada picagari, hahaha. Ye betul lah, picagari yang selalu guna kat hospital tu... Haaaa, dah cukup klu dah tu, tau dah ke kafe mana yang RZ maksudkan?
Maka pada hujung minggu yang lalu RZ bersama rakan-rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari mengunjungi kafe Garage 51 cawangan Bandar Sunway. Tak begitu jauh dari Kompleks membeli belah Sunway Pyramid, dekat je! Landmark paling dekat selain Sunway Pyramid ialah Sunway University College, betul-betul depan Garage 51 je.
KONSEP GARAGE 51
Pertama kali mengunjungi Garage 51, RZ memang 'teruja lebih' bila tengok konsep hiasan, susun atur meja, seunik namanya juga. Ibarat masuk ke sebuah Garaj kereta, haaa macam tu la feeling bila masuk ke Garage 51, cuma garaj ini bau makanan dan minuman memang menggoda nafsu betul! hahahaha.
Garage 51 mempunyai 3 ruang pilihan untuk makan, iaitu satu di bahagian luar, dan bahagian dalam pula terdapat ruang tingkat atas dan tingkat bawah. Tak faham eh? hahaha. Kejap nak tepek gambar...
Luar
Dalam
Pandangan dari ruang atas
Ruang santai ini berjaya mencuri perhatian RZ sekejap, sambil duduk di 'sofa tong minyak' ni, boleh baca buku. (Terambil majalah CLEO pulak! hahahaha!)
Garage 51 juga merupakan pemenang anugerah 'Best Cafe' oleh TimeOut Kuala Lumpur Food Award 2014. Padanlah Garage 51 ni memang terkenal di kalangan penggemar kafe hipster ye, Award Winning Cafe rupanya.
APA YANG KAMI MAKAN DI GARAGE 51
Sempena Ramadhan yang bakal menjelang ini, Garage 51 memperkenalkan 3 menu baru bagi memenuhi citarasa perut korang yang tak boleh lari dari unsur 'ramadhan' nya, hahahaha. 2 daripadanya ada menu makanan manakala 1 menu minuman. Selain dari menu istimewa Ramadhan, menu-menu yang lain masih dihidangkan seperti biasa.
NASI GORENG SERUNDING DENGAN KEBAB PERCIK (RM20)
RZ biasa makan serunding bersama nasi, tapi setakat ni tak pernah lagi makan nasi yang digoreng bersama serunding. Dihidangkan bersama kebab ayam percik dan kulit wantan yang digoreng rangup. RZ secara peribadi menyukai rasanya, sedap! Kebab ayam tu sangat moist dan lembut!
SPAGHETTI SERUNDING AYAM DENGAN KEBAB PERCIK (RM20)
Hampir sama seperti Nasi Goreng Serunding tadi, spaghetti yang di'sebati'kan bersama serunding ayam, menjadikan rasanya tidak sama seperti spaghetti yang lain. Makan dengan kebab percik, sangat sepadan!
BANDUNG CENDOL DENGAN KARIPAP (RM18.90)
Haaaaaa, jangan terkejut bila melihat Bandung Cendol dengan karipap ini. Didatangkan pula dengan picagari! Dan buah kurma, hehehe. Nampak macam saaaaaaangaaaat manis kan? Suprisingly rasanya tidak semanis seperti yang korang sangkakan.Pastikan sebelum minum, "SUNTIK" dulu tau, hahahaha.
MENU-MENU LAIN YANG KAMI CUBA
Chicken Mango Salad dengan Wholegrain Mustard Dressing (RM12)
Sebagai penggemar mangga, penggemar salad dan penggemar ayam, apa lagi RZ mahukan? Semua digaul dalam satu pinggan! Hahahaha... Siapa sedang berdiet boleh lah cuba sendiri, sedap tau!!
Grill Salmon Spaghetti with Lemon Cream (RM24)
RZ tak berpeluang nak merasa menu ini sebab semua berebut nak makan! hahahaha. Nampak tak maksudnya di situ? Dah tentulah super sedap kan? Senyap-senyap kawan-kawan RZ habiskan di luar pengetahuan diri ini! hahahaha. Next time datang nak order menu ini makan sorang-sorang! Bhahahaha
Chicken Parmagiana dengan Mashed Potato dan Salad (RM18)
Ayam goreng rangup di luar lembut di dalam, sesungguhnya menggoda jiwa ini, hahaha. Mash potato dan salad saling melengkapi gitu! Arghhhh, kenapa yang ini pun sedap sangat ni?! Maaf RZ wahai perut, tak boleh tahan lah! hahaha...
Penne Basil-Spinach Pesto dengan Grilled Chicken (RM16)
Pesto yang digaul bersama spinach dan basil leaves dengan beberapa herba terpilih (gitu!), ditambah pula dengan ayam yang telah dibakar. Rasa pesto sedikit unik tetapi jika dimakan bersama dengan potongan ayam, ia menjadi sempurna, ala-ala saling melengkapi kan? so sweet! hahahaha.
Pendek kata makanan yang dihidangkan di Garage 51 sangat pelbagai dan rasanya memang sedap! Jika korang penggemar makanan ala fusion, wajib datang sini tau?
Eeehhhh!!! Sabar, RZ tak cerita pasal minuman lagi, kan di awal entry tadi RZ ada sebut pasal minuman yang ber'picagari' kan? Haaaaa, RZ dah try sendiri tau! Ya ampun sedapnya lahaiiiii!!!! Nama setiap minuman pun unik gitu, ada unsur kekeluargaan hahaha. Dah namanya pun "MESSED UP FAMILY", harmoni sangat kan bunyinya? comel je!
Sebelum RZ perkenalkan nama setiap ahli 'keluarga' ini, RZ belanja 'gambar keluarga' dulu, hahahaha.
THE COUSIN (RM18.90)
Salted Caramel with Brownies
THE SON (RM18.90)
Nutella with hints of hazelnut awesomeness
THE FATHER (RM18.90)
Chocolate with peanut butter
THE NEPHEW (RM18.90)
Cookies and Cream
Jangan takut nak tekan picagari tu, dalam tu ada susu je sebenarnya hahahaha.
Apa yang boleh RZ katakan mengenai Garage 51, ini merupakan kafe hipster paling unik yang RZ pernah kunjungi dan pilihan makanan yang pelbagai dan suasana yang santai, dan... Dan tidak ketinggalan layanan dari staff Garage 51 yang sangat ramah serta sado-sado semuanya, hahahaha. RZ pasti akan mengunjungi Garage 51 lagi dan rekomen korang semua juga untuk datang ke sini!
Alamat :
51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway,
47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
No Telefon :
+60 3-5612 5618
Waktu Operasi :
Isnin hingga Ahad – 11:00 pagi – 11:00 malam
Facebook:
Instagram:
23 comments:
Belanja ehhh..
alahai..menggodanya..klu dkt dah lama pergi..jauh nau nak g..:)
Comei + unik pulak minuman letak picagari tu :)
bestnya ... setiap hari buka... nti sampai sana..raji belanjaa yaaaaa
Minuman "keluarga harmoni" . Huhuhu
Baru nak mintak aben belanja... Hahahaaa... Jom lah..
Jauh tu kat area mana? Takpe ada rezeki mai kl, boleh singgah ye.. :)
Haaaaaa, first time minum... Sedap jugak...
Nanti lisa mai kl bagitau okay, masa tu ai nak melancong ke luar negara... Hahahahaaaa
Hahahahaaa... Comel je kan nama dia?
Alahai bestnyaaaa
Ini mmg rare nnt nk cuba
Ini mmg rare nnt nk cuba
memang sedapp ooo
Best wooooo....
Bandung cendol karipap tu kena cuba, exclusive untuk ramadhan je...
Sedap wooooo....
gelak guling2 aku baca tajuk ko ni raji.. aku pun teringin gak minum air yang ada picagari ni hahaaa
Seriously..menggeliurkan. teringin sangat nak pi tapi majoriti kengkawan on diet bila la dapat cucuk picagari dalam air.. eh
uniknyaaa....wishpalce terus nih... terbaik infonya!
Sedap dan murah.. terliur dah nie
Bukan ko dah pernah pergi ke? Hahahaaa
Ajak lah kawan2 yang tak diet ni! Hahahahaaa
Post a Comment