Cosmoderm

Wednesday, May 4, 2016

Hidangan Tradisi Warisan Budaya | Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Assalamualaikum semua,


"Ramadan tiba

Ramadan tiba
Marhaban ya Ramadan
Marhaban ya Ramadan"


Ya Ramadhan akan tiba tak lama lagi, sebulan saja lagi. RZ yakin ramai akan mula tercari-cari lokasi berbuka puasa yang menarik, selain dari berbuka puasa di rumah, atau berbuka sendirian. Pasti ada juga organisasi atau syarikat yang ingin menganjurkan majlis berbuka puasa ye tak? 

Ramadhan tahun lalu RZ berpeluang untuk berbuka di PICC, Putrajaya atas undangan Cik Kumari. Sememangnya kunjungan ke buffet Ramadhan PICC yang lalu membuatkan RZ pasti akan kembali lagi untuk Ramadhan kali ini. 

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Dengan Tema "Hidangan Tradisi Warisan Budaya",  PICC menjanjikan kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bukan saja dari segi konsep, tetapi juga dari segi jenis hidangan dan sedikit hiburan buat tetamu yang hadir. Buffet Ramadhan PICC bermula dari 8hb Jun 2016 hingga 3hb Julai 2016.

Buffet Ramadhan PICC kali ini menghidangkan lebih dari 300 juadah makanan secara buffet dan juga yang berkonsepkan ala warung gitu. Maka kalau nak feeling macam di bazaar Ramadhan atau warung-warung seperti di kampung, boleh lah datang sendiri ke buffet Ramadhan PICC, hehehe.

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Bagi Ramadhan tahun ini berbagai pengisian program telah disediakan bagi pengunjung yang hadir seperti:-

1. Gerai-gerai jualan - Bazaar PICC
2. Majlis Iftar Amal Wakaf bersama Ustaz Don (18hb Jun 2016)
3. Majlis Iftar Akustika bersama Zmaan & Mawi (22hb Jun 2016)
4. Majlis Iftar bersama Anak-Anak Yatim
5. Persembahan qasidah dari Afad, Rabbani, Wildan dan Pawana (sepanjang waktu berbuka puasa)

Sedikit kelainan juga kali ini, 15 minit sebelum Azan maghrib, penyampaian tazkirah akan disampaikan oleh personaliti daripada program Pencetus Ummah. Tazkirah akan disampaikan setiap hari sepanjang buffet Ramadhan bermula 8hb Jun 2016.

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Antara hidangan sempena Buffet Ramadhan PICC adalah:-

-  Kambing Panggang -  setiap hari dengan resipi istimewa

-  Aneka Panggang - Kambing panggang bersama kentang dan sayur panggung serta sos bbq, sos lada hitam dan pudina. Berbagai jenis ikan bakar diperap bersama sambal. Ayam dan kambing bakar, satar Terengganu, otak-otak, stik daging.

Kawah Warisan - Nasi Briyani, Nasi kandar dan nasi Dagang Terengganu, aneka lauk pauk ayam, daging dan kambing serta acar, dalca sayur dan papadom.

Buffet and Live Station - Keropok ikan, papadom, keropok inang-inang, keropok belinjau, keropok udang, keropok sayur, keropok ubi merah, keropok ubi kayu, kerepek ikan bilis, jeruk mangga, jeruk cermai, jeruk betik, jeruk buah pala, jeruk sengkuang, jeruk buah kana, jeruk anggur, jeruk limau, jeruk ceri, sup bunjut PICC, sup cendawan, bubur lambuk PICC, warung tempura, murtabak, roti canai, roti boom, nasi goreng, mee goreng, shawarma, kerang/lala bakar, nyonya kari laksa, laksa utara, mi sup udang, dan banyak lagi.

-  Kids Corner - Bertih jagung, aiskrim coklat & vanilla PICC.

-  Live Pasta Station - Spaghetti, Fettuccine, Penne, Linguine dengan sos bolognese, karbonara atau marinara.

-  Kaunter Buffet - Pelbagai manisan dan pencuci mulut. Bubur kacang hijau durian, bubur pulut hitam, pengat labu, pengat pisang, bubur cha-cha, bubur gandum. Aneka kuih Melayu dan buah-buahan.

-  Minuman - Air sirap bandung, sirap selasih, air asam boi, air jagung, air mata kucing, air kacang soya, teh tarik & kopi kampong.

Dan... banyak lagi lah, nak cerita semua kat sini, memang tak cukup. Korang kena datang sendiri, baru rambang mata nak pilih makanan, haaaa...

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Anda juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa wang tunai dan beberapa hadiah lain yang menarik. Hanya perlu mengisi borang penyertaan yang disediakan bersama bukti pembelian buffet.

Kemudahan surau yang luas dan selesa disediakan buat pengunjung, anda boleh menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawikh berjemaah dengan pengunjung lain dan juga artis dan selebriti undangan lain juga. Bagi jemaah wanita, kemudahan telekung juga disediakan di surau PICC.

Buffet Ramadan PICC, Putrajaya

Harga bagi pakej buffet Ramadhan PICC

Dewasa (RM 98.00)
Kanak-kanak 6-12 tahun (RM49.00)

Bagi tujuan tempahan pula, anda ada beberapa pilihan:-

1. Terus ke kaunter tempahan buffet di Cafe@PICC
2. Secara online  di https://www.ticketonline.my/PICC
3. Hubungi talian 03-88876000.

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin mengikuti perkembangan dan promosi selanjutnya dari PICC, layari:-

Facebook

Instagram

Twitter

7 comments:

Hanim Hashim said...

Fuhhhh menyelerakan tengok hidangan buffet Ramadhan di sini ...terbaikkk!

Chef Wan said...

Quite nice menu tu. Nasib baik tak ada nasi lemak telanjang.

Ahmad Afiq said...

Puas makan kalau gini.

YB Shehan said...

complete explanation with nice pic. mak tertarik nyahhhhhhh..

Dkna Abza said...

masakan kat picc memang tak mengcewakan.. last year pernah makan kat sana

Nadia Johari said...

tak pernah lagi makan dekat picc

raihanah said...

memang kenyanglah kalau hidangan camni