Cosmoderm

Thursday, May 12, 2016

Johor Food Cultural & Craft Fest 2016 | Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur

Assalamualaikum semua,

Umum kita tahu yang Malaysia digelar 'syurga makanan', bukan saja tertumpu di Kuala Lumpur tapi setiap negeri memiliki makanan istimewa yang RZ sendiri tak pernah cuba. Salah satu impian RZ ialah untuk mencuba setiap menu istimewa dari setiap negeri sekurang-kurangnya sekali, haaa gitu. Kalau dah namanya kuat makan tu, haruslah nak cuba semua kan? hahaha. 

Kadang-kadang tercari-cari juga restoran/cafe di KL yang menyediakan menu dari setiap negeri, ada restoran Sabah, restoran Sarawak, Restoran Pahang, lebih kurang begitu lah, hahahaha. Nak travel sendiri tak mampu, jadi kalau boleh jumpa semuanya di KL bagus juga kan? hehehe. Best juga kalau ada restoran yang menyediakan hidangan dari selatan tanah air kan? Nak ke Johor jauh la pula, hehehe.

Maka bersempena dengan Citrawarna Malaysia 2016Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur menganjurkan Johor Food Cultural And Craft Fest 2016 bermula 18 Mei 2016 hingga 27 Mei 2016.

Johor Food Cultural & Crafts Fest 2016

Demi memastikan keaslian rasa sebenar setiap hidangan, pasukan chef didatangkan khas dari Negeri Johor oleh Tourism Johor yang diketuai oleh Chef Kusha Haron. Chef Kusha Haron bersama pasukan chefnya akan memastikan kualiti setiap hidangan berada di tahap yang terbaik. Bagi yang belum tahu, Chef Kusha Haron bukan calang-calang chef, selain daripada terlibat dengan pelbagai program berkaitan dengan masakan tradisi Johor, malah beliau juga berpengalaman menyediakan hidangan kepada Kerabat Diraja Johor.

Johor Food Cultural & Crafts Fest 2016

Johor Food Cultural & Craft Fest 2016 yang berlangsung selama 10 hari ini akan menyajikan hidangan yang berbeza setiap hari, lebih kurang 150 jenis hidangan yang disediakan sepanjang festival ini berlangsung.

Beruntung kepada yang hadir, anda berpeluang untuk mencuba minuman istimewa yang sangat rare iaitu, Beyh RoyaleBeyh Royale boleh la dikatakan sebagai welcome drink kepada tetamu yang datang ke Istana Besar Johor semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar Temenggung Daeng Ibrahim di tahun 1833 - 1895. Nak tahu macam mana rasanya? Kenalah datang sendiri ke sini, cuba dulu baru tahu... hehehe...

Dah bersedia untuk terliur? hehehe. Antara menu yang dihidangkan di Johor Food Cultural & Craft Fest 2016 seperti:-

Nasi Kuzi Ayam
Johor Food Cultural & Crafts Fest 2016

Laksa Johor
Johor Food Cultural & Crafts Fest 2016

Sayur Rampai Masak Lemak + Keledek
Johor Food Cultural & Crafts Fest 2016

Bubur Harissa
Johor Food Cultural & Crafts Fest 2016

Tetel Lembu Masak gulai Daun Kesum 
(Kredit Gambar https://www.explorasa.my)
Johor Food Cultural & Crafts Fest 2016


Sotong Masak hitam
Johor Food Cultural & Crafts Fest 2016

Acar Rampai
Johor Food Cultural & Crafts Fest 2016

Bahulu Lapis Johor
Johor Food Cultural & Crafts Fest 2016

Tembosa Daging
Johor Food Cultural & Crafts Fest 2016

Banyak lagi menu yang disajikan dalam 10 hari festival ini seperti, Nasi Kambing Beyh Royale, Nasi Beriyani Ayam, Nasi Ambeng, Ikan Cencaru Masak Kerutup, botok-botok dan banyak lagi. Pencuci mulut juga tidak ketinggalan seperti Bubur Som-som, Kuih Kole Kacang, Pulut Kepal, Kuih Kacau keledek, Kuih Lopes.

Sambil menikmati hidangan istimewa, anda juga akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan. Tetapi persembahan dijalankan semasa makan tengahari dan makan malam sahaja. Kalau datang waktu lain, takde persembahan tapi boleh lah kalau korang nak menari atas pentas tu, kot-kot nak berzapin ke, hahahaa...

Untuk urusan tempahan dan pertanyaan, hubungi:-

03-40494351/4352 atau email fbresv@seripacific.com

Manakala untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, lawati:-



11 comments:

Afiq Halid said...

Jom gi sana Razi 😁

razzwey razz said...

Baru lepas pergi tadi, lagi... Hahahaa...

Farhana Jafri said...

tak pernah tahu pulak kewujudan tetel.

Hanim said...

simple je menu dia tapi nampak sedap dan menyelerakan!

Wz Fadhlan said...

Tetel tu apa razi? Adakah?? Hahahaha

Izzati Suhaide said...

Dalam banyak makanan tu kite tau kuzi ayam je.. Sedapnyee..lama dh tak makan...heee

Kak Sue said...

Sedap semua menu...Kak Sue suka bubur sum sum tu makan sejuk..sedapnyaaa!

Kak Sue said...

Sedap semua menu...Kak Sue suka bubur sum sum tu makan sejuk..sedapnyaaa!

Nadia Johari said...

Tau takpe..kalau boleh semua negeri nak ada dalam kl ni..nak makanasli punya kene travel..wah sedapnya la menu dia

MOMMYLIN said...

Terus keroncong perut tengok menu. Baca je dah terliur

MOMMYLIN said...

Terus keroncong perut tengok menu. Baca je dah terliur