Cosmoderm

Wednesday, June 8, 2016

Hidangan Masakan Cina Yang Halal Dan Sedap | Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen, Damansara Perdana

Assalamualaikum semua,

Umum mengetahui Malaysia memang kaya dengan pelbagai makanan kan? Lebih-lebih lagi dengan ketibaan Ramadhan ni, macam-macam jenis makanan yang korang tak pernah jumpa pun boleh wujud tau, tapi baguslah sekurang-kurangnya banyak lah pilihan makanan untuk korang berbuka kan? Takdelah macam RZ, nasi putih telur dadar dan kicap je, hahahaha (sedap taaauu!!!).

Kali ini RZ menikmati hidangan istimewa, iaitu masakan cina. Tak banyak restoran yang mampu menyediakan masakan cina yang 'authentic', sedap dan yang paling penting HALAL. Maka RZ bersama rakan-rakan Kelab Blogger BenAshaari menjelajah ke Restoran Mohammad Chow, Chinese Muslim Kitchen yang terletak di Damansara Perdana, Petaling Jaya untuk mencuba sendiri keenakan masakan Cina yang menjadi menjadi bualan orang ramai, hehehe. 

Walaupun restoran Chinese Muslim, tetapi mereka yang non-muslims juga sangat dialu-alukan untuk menikmati hidangan di sini, hehehe...

Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen, Damansara Perdana


Melangkah masuk ke dalam Restoran Mohammad Chow, kami disambut mesra oleh staff diiringi senyuman yang manis gitu, hehehe. Restoran Mohammad Chow mempunyai dua ruang makan iaitu di bahagian (berhawa dingin) dan bahagian luar (open air). Melihat buku menu yang diberi, RZ agak rambang mata sebabnya bayangkanlah, bagi ayam saja ada 26 jenis variasi hidangan. Itu belum lagi masakan daging, ikan, itik dan lain-lain memang mengambil masa juga untuk mengambil pesanan. Tapi jangan risau korang  boleh meminta rekomendasi dari pelayan, hebatnya mereka kerana setiap detail menu semua ada dalam kepala mereka, nak pedas ke, tak nak pedas, nak manis, masam, masin semua boleh tanya mereka. Pastinya menu-menu yang dipilih akan menepati citarasa korang.

Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen, Damansara Perdana

APA YANG KAMI MAKAN?

SOTONG SALTED CHILI (RM18.00)

Sebagai penggemar semua jenis makanan laut, apa saja jenis masakan sotong RZ akan makan, hahaha. Tapi Salted Chili Sotong ni, serius sangat sedap, dengan kuah pekatnya, rasa pedas-pedas berempah, makan pula dengan nasi putih panas, perghh!! Tengok gambar pun dah kecur air liur ni haaa, hahahaa.

Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen, Damansara Perdana


YING YONG KAILAN GARLIC (RM15.00)

Jujurnya RZ tak suka sangat makan sayur, hahaha. Tapi Ying Yong Kailan Garlic ni pun sedap juga, berkali-kali juga RZ tambah ni. Sebenarnya menu ini Cuma sejenis sayur saja iaitu sayur kalian (dah nama pun kalian), tetapi satu bahagian kalian dipotong halus dan digoreng garing dan satu bahagian lagi ditumis dengan bawang putih.

Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen, Damansara Perdana


PRAWN BUTTER FLOSS (RM35.00)

Bak kata brader pelayan,

“Butter Prawn Floss ni, semua bahagian boleh makan kecuali pinggan saja!”

Lawak pula brader ni, hahaha… Tapi memang betul pun, semua bahagian dalam hidangan ini boleh dimakan. Udang-udang pula memang ‘sihat’, gemuk-gemuk semuanya, ehee… Tak terlalu berminyak, yang mana pada RZ memang bagus lah, jaga kesihatan tau. Dihidangkan di atas suhun yang digoreng menjadi bentuk mangkuk besar, maka sebab itulah katanya “semua bahagian boleh makan”, hahaha.

Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen, Damansara Perdana

HIDANGAN ITIK

HK  ROASTED DUCK & RENDANG ITIK

Bila ke mana-mana restoran Chinese Muslim, hidangan itik janganlah dilupakan, gitu! Itik biasanya tak dapat dipisahkan dengan masakan Cina, RZ pun sebenarnya jarang makan itik, hehehe. Tapi HK Roasted Duck ni memang sedap dengan sos istimewa lagi.

Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen, Damansara Perdana

Rendang itik ini RZ rasa takde kat tempat lain lagi, korang kena cuba, memang sedap! Tapi terhad sepanjang Ramadhan saja tau.

Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen, Damansara Perdana
Kredit Gambar oleh www.afiqhalid.com

KETAM NIPAH (RM5.00 PER 100 GRAM)

Dah lama tak makan ketam nih! Ketam yang dihidangkan sangat segar, bak kata pemilik restoran;

“Ketam ni memang betul-betul fresh, senang cerita, tadi dia masih hidup lagi lah!”

Hahaha, isi ketam ni memang lembut. Kena guna tenaga sikit lah nak pecahkan kulit keras ketam tu, tapi rasanya memang nikmat!

Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen, Damansara Perdana

CLAYPOT TOFU (RM12.00)

Tauhu jepun yang dimasak bersama sayuran seperti lobak merah, kobis, brokoli, cendawan dan udang memang memikat selera. Kuah claypot tofu yang pekat ni betul-betul menggoda setiap kali dihirup menggunakan sudu, bunyi “slurrrrrrrrppppppp” tu memang tak boleh elak dah, hahaha.

Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen, Damansara Perdana

KERAPU ALA THAI FRIED (RM6 PER 100 GRAM)

Ikan kerapu memang dah ramai tahu lah akan keenakan dagingnya, tak tau nak cerita macam mana lagi rasanya bila di masak ala thai pula kan? Kombinasi sempurna gitu, arghhh ini yang geram menulis entry makan di bulan Ramadhan ni, tak pasal-pasal terliur, hahaha.

Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen, Damansara Perdana

OMELLETE PRAWN (RM10)

Haaaa, Ini dia telur dadar gebu. Ada hirisan cili, bawang, daun bawang, udang haaa apa lagi? Makanlah dengan penuh kenikmatan, hahaha.

Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen, Damansara Perdana

Ada berbagai pilihan air untuk anda pilih samada minuman sejuk atau panas, apa yang tertera dalam gambar di bawah tak sampai suku pun dari menu minuman tau, hahaha. Dan apa lah erti ke restoran Chinese Muslim kalau tak minum Teh Cina, kan?

Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen, Damansara Perdana

Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen, Damansara Perdana

Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen, Damansara Perdana

Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen, Damansara Perdana


Oh ya, sempena Ramadhan ini, Restoran Mohammad Chow juga menyediakan hidangan Set Ramadhan tau, memang berbaloi lah!

Set Ramadhan

Set A RM 98.00 (3-4 pax)

Chicken butter milk sos
Fish fillet nyoya
Sotong salted egg
Chip choy soup

Set B RM 198 (4-6 pax)

Rendang itik @ hk roasted duck
Prawn butter floss
Fish fillet ginger
Tomyam seafood
Brocolli mushroom oyster sos

Set C RM 298 (6-8 pax)

Siakap ala thai steam
Rendang itik @ hk roasted duck
Chicken ying yong
Hot plate tofo
Sotong salted egg
Prawn butter milk sos
Tomyam seafood

Set D RM 398 (8-10 pax)

Kerapu ala thai fried
Ketam nipah
Prawn nestum butter
Sotong nyoya
Tofo claypot
Mix vege garlic
Ying yong garlic
Omellte fu yong

Promosi sahur

Kami sediakan set lunch sedia ada untuk sahur
Waktu Operasi: dibuka dari 3am-azan setiap hari

Servis Delivery di sediakan
Hanya untuk CAWANGAN DAMANSARA PERDANA sahaja

Tapoww! XL
Delivery untuk 8-10pax
Minimum 3 tray
Tempahan awal sehari sebelum jam 6.00 petang

Suggested menu

1. Chicken buttermilk sauce rm32
2. Fish fillet sweet sour rm35
3. Sotong salted egg rm35
4. Prawn butterfloss rm35
5. Beef kam heong rm32
6. Soft shell nestum salted egg rm78
7. Loh han zai rm25
8.Hot plate tofu rm25
9. Yam basket beef kung po rm32
10. Siakap ala thai (mengikut berat)

Apa yang boleh RZ katakana, Restoran Mohammad Chow sangat menepati selera RZ, Antara restoran Chinese Muslim yang memberi perkhidmatan terbaik tak kira dari segi layanan mesra pelayan dan kualiti makanan, memang tip top! RZ rekomen korang untuk datang sendiri ke sini dan mencuba setiap menu yang ada di sini. Rasanya lepas raya nanti RZ nak repeat lagi ke sini.

Mohammad Chow Restaurant
Address  3-1, Jalan PJU 8/5H
Damansara Perdana Business Center 
47820 Petaling Jaya.

Telefon: +603 773 16383
H/P:       +6010 701 5221

Email          mohammadchow@gmail.com

Website     : www.mohammadchow.com
Instagram : mohammadchow

Foursquare : Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen

8 comments:

Jueliza Jamani said...

sedap jugak nih..

Afiq Halid said...

Boleh tempah makan dgn geng2 kuat makan. Huhu

Unknown said...

Jom lah kita repeat nak

razzwey razz said...

Sedap sangat!!! Kena cuba tau..

razzwey razz said...

Kaaaann??? Ya ampun, terasa lagi butter chicken tu haaaa...

razzwey razz said...

Jom, tengok gambar terus terliur haaaaa...

Farah Sanusi said...

Perut terus bunyi2 haha

Bonde Zaidalifah said...

Makan sedap-sedap x aci tak bawa Bonde...
meleleh tengok masakannya..