Nak dijadikan cerita, semalam RZ dan rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari menerima undangan berbuka puasa daripada 9Kedondong, Ampang. RZ bersetuju untuk hadir memandangkan bulan Ramadhan ni, balik awal sikit jam 4.30 gitu jadi rasanya takdelah terlalu lewat sangat pun sampai kalau sangkut dalam kesesakan jalan pun.
RZ menyangkakan akan berbuka puasa di sebuah restoran namun jangkaanku meleset, tapi memandangkan kak sueizza kata;
"Eh ini kawasan, rumah-rumah besar dekat rumah kedutaan"
Haaaa, RZ lagi lah keliru hahahaha. Bila dah masuk simpang tercari-cari jugalah di mana restorannya ni? Tapi bila lalu sebuah Banglo putih yang besar di sebelah kanan, rasa macam betul la kot, lokasinya? Nampak je nombor rumah tertera no.9, terus kak sueizza kata, "Haaaa, betul lah, Jalan Kedondong, rumah nombor 9!!" (perit telinga kita tau!, hahahaha)
Sebenarnya, tarikh semalam juga 9hb Jun 2016. 9 lagi! Istimewa sungguh angka 9 ni ye?
Melangkah masuk ke dalam banglo putih ni sebenarnya tak terasa seperti nak pergi majlis berbuka puasa, malah terasa seperti pergi kenduri kahwin pula! hahaha. Tapi serius RZ katakan, suasana 9Kedondong memang lain daripada yang lain.
Melangkah je masuk ke tempat makan 9Kedondong, terpaku kejap RZ. Memang macam suasana kenduri kahwin, tampak ekslusif sangat. Haaaa, bagaimana pula dengan makanannya?
Ada beberapa gerai makanan selain dari buffet yang sedia ada, seperti Nasi Kerabu, Rojak Buah, kway Teow Goreng, Mi Goreng, Kuih muih melayu, ABC, Mi sup, perghhh, memang rambang mata je RZ nak pilih satu-satu, jadi kita ambil semua lah, senang! hahahaha.
Di ruangan Buffet pula tersedia masakan kampung gitu, memang kecur air liur melihatnya tau, bertabah je lah, hahahaha. Nasi Putih, Ayam Opor, Ikan Asam Pedas + Lobak Asin, Daging Masak Lemak Minang, Siput Masak Lemak + Keladi, Sambal Telor Puyuh, Ikan Kembong Bercili, Sayur kobis goreng puteri, Sup sayur, Aneka ulam kampung dan Aneka sambal , Kerabu.
Dan sudah tentulah di mana-mana buffet ramadhan, 9Kedondong juga tidak ketinggalan sama untuk menyediakan Kambing golek, yang ni tak payah cakap beratur panjang wooooo. Kambing pula serius sedap, dengan sos black pepper & sos cendawan, memang memikat selera betul, 3 kali RZ tambah kambing tau, hahahaha.
Kemudahan Surau yang luas dan selesa juga disediakan di dalam rumah, tidak perlu risau ye? Surau memang tip top!
Memang asyik sebenarnya berbuka kat 9Kedondong ni, macam RZ kata tadi lah, macam kat kenduri kahwin pula, dok tambah air, tambah nasi, tambah kambing sampai tak sedar pula "Ehhhh, buffet ramadhan rupanya!" hahahaha! Memang satu kelainan yang tidak ada pada tempat lain.
Operasi di 9Kedondong bermula dari 10 Jun 2016 (Jumaat).
Alamat :
No. 9, Jalan Kedondong,
Off Jalan Ampang
55000, Kuala Lumpur
Facebook:
Instagram:
Untuk tempahan, boleh hubungi nombor berikut:
Haziq : 017-2250705
Aizat : 016-8868311
HARGA BUFFET RAMADHAN
RM 55 / dewasa
RM 28 / kanak kanak
19 comments:
Banyaknya makanan fav Afiq. 😁
Fuiihh..nyesal tak g..hahaha
Perghh. Best gilaaa. Memang betul macam kenduri kahwin ya 😂
Perghh. Best gilaaa. Memang betul macam kenduri kahwin ya 😂
Byk juga menu selera kampung
Semua sedap, ya ampun!!! Serius!!
Hahahaaaa... Jom esok gi, hahahaa...
Best! Cuma takde pengantin je... Hahahaa
Hampir semuanya menu2 ala kampung... Sedap2 pulak semua tu...
ooooo ngumpattttt...welllll mak tiri pencen,tapi suara tetap halilintar hokeyyyyy hahahhah....
Menarik oii tmpt ni... Best...
Kena sangat suara halilintar plus hujan sebelum tu... Hahahaaa...
Best lan, owner pun friendly sangat...
cantiknyaaaaa.. makin berseleralah makan dalam suasana macam nii
Memang cantik, tu yang tak sedar diri ulang2 amik lauk tu... Hahahahaaa...
Kalau repeat lagi best gak ni. kambing golek..pehhh
bertabahlah ku lihat banyaknya makanan kat entri ni... tapi harga sangat berbaloi...tak mahal pun.
Jom repeat... Puasa dah masuk minggu ketiga dah ni... Hahahaha
Hahahaha, bertabah ye... Tapi kena try berbuka kat sini, lain dari yang lain...
Post a Comment