Entry ramadhan lagi ni, hahaha. Sila tabah ye? Di mana pula lokasi berbuka puasa pilihan RZ kali ini?
Ini adalah kali keempat RZ ke sini, tak kira lah samada buffet ramadhan dan acara makan-makan yang lain, hehehe. Sememangnya tidak pernah mengecewakan selera RZ, hahaha. Tapi sebenarnya kalau bagi air sirap kat RZ pun akan dikata sedap, hahaha. (dasar kuat makan!)
Apa kata korang berbuka di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Alaaa, sebelah dengan PWTC tu. RZ agak selesa dengan lokasi Hotel Seri Pacific ni sebab dekat dgn pengangkutan awam (LRT, Komuter dan Teksi).
SAJIAN NOSTALGIA OLEH HOTEL SERI PACIFIC
Biasanya kalau ke Hotel Seri Pacific, RZ akan pergi ke Zende Restaurant, tapi kali ini mari kita ke Pacific Ballroom pula. Ruang yang sangat selesa untuk bergerak dan mudah untuk berulang dari meja makan ke gerai-gerai yang tersedia, haaaa nampak tak yang RZ bersedia untuk makan banyak tu? hahaha.
Tahun ini Buffet Ramadhan Hotel Seri Pacific bertemakan Sajian Nostalgia menyajikan hidangan yang berlainan setiap hari diketuai oleh Chef Mohd Azman bin Jemingan. Beliau bersama pasukannya menjanjikan keaslian setiap hidangan yang disediakan, gituuu...
Ok, persoalan utama yang bermain di kepala RZ ialah...
"Nak makan apa dulu?"
Sebenarnya tak perlu risau, di Hotel Seri Pacific ni makan apa-apa pun dulu, tak kisah. Sebab semua sedap, hahaha. Antara menu-menu yang dihidangkan di Action Stalls adalah seperti Sup Gear Box, Kambing golek, Lauk-pauk kampung, Nasi Ayam, Burger (besar), Briyani gam, Asam pedas ekor lembu, sambal tumis petai, masak lemak siput buloh. Semua tu korang kena cuba tau, kalau tak, menyesal hahaha.
Pada yang nak jaga badan tu ada juga berbagai pilihan ulam-ulaman berserta pilihan sambal seperti Sambal belacan, Cencalok, Budu, Tempoyak cili, Sambal nenas, sambal mangga dan sambal gesek. Haaaa, banyak kan? Ada juga pilihan kerabu bagi penggemar kerabu, (RZ lah tu!), memang memikat betul lah, hahaha.
Oh ya! ada satu hidangan yang RZ hampir terlepas pandang, dan sekiranya terlupa amatlah menjadi beribu sesalan, hahaha. SERAWA DURIAN dan PULUT! pekat, weehhh, serius memang sebagai penggemar durian, tak kiralah dalam bentuk apa pun, seorang yang bernama RZ wajib makan! hahaha.
Haaaa, takkan makanan je kan takde air? hahaha. Pilihan air banyak okay? Ada air soya, ai kelapa, lai chee kang, teh tarik, nescafe tarik, sirap selasih, air kiwi, air kurma dan laici, huwaaa sedapnyaaa!
PERSEMBAHAN
Sambil menjamu selera tu korang akan dihiburkan dengan selingan persembahan tradisional lagu-lagu Ghazal. Jangan pula korang tidur masa tengah makan, almaklumlah perut sudah terisi, layan lagu merdu pula, hahaha.
HARGA
1. Pacific Ballroom
Tarikh: 6 Jun 2016 - 5 Julai 2016
Harga: RM98 (dewasa) / RM49(Kanak-kanak)
2. Zende Restaurant
Tarikh: 8 Jun 2016 - 4 Julai 2016
Harga: RM128 (dewasa) / RM64 (Kanak-kanak)
KEMUDAHAN
Kemudahan surau di Hotel Seri Pacific korang tak perlu risau, pihak hotel telah menyediakan sebanyak 4 buah guest room di tingkat 6 dijadikan sebagai surau sepanjang ramadhan untuk menunaikan solat maghrib dan isya'. Manakala kalau hendak menunaikan solat tarawikh pula, korang boleh terus ke masjid PWTC, tak jauh la, sebelah je dengan hotel.
Kemudahan sambungan internet wi-fi kat sini best, laju. RZ pun boleh jimat quota data, hahaha.
Parking tidak menjadi masalah di sini, ada banyak lokasi parking pilihan samada parking hotel, pwtc ataupun parking di Sunway Putra Mall.
Tel : 03-4049 4351 / 03-4049 4352
Email : fbresv@seripacific.com
Website : www.seripacifichotel.com
Facebook : www.facebook.com/seripacificofficial
Tel : 03-4042 5555
4 comments:
sedappppp bangatttttt.... mujur dah pergi berbuka kat sini huhuhu
Razi bloglist SS jangan lupa www.shiqeensattar.com hahaha
Ada serawa durian semualah!!! Sedap sedap sedap
oh sedap nya
Post a Comment