Alhamdulillah dah hampir 2 minggu kita berpuasa, badan pun dah mula biasakan diri seawal hari keempat gitu, hahahaha. Almaklumlah RZ jarang berkesempatan untuk berpuasa sunat, jadi badan tu ambil masa sikit nak biasakan diri dengan rutin baru. (Baik punya alasan)
Dan setiap kali tiba ramadan juga lah RZ sentiasa berasam untuk menurunkan berat badan, dek kerana susah nak mencari saiz pakaian yang selesa, hahaha. Sebenarnya bukan takde niat nak badan yang sedang elok (takdelah nak kurus sangat pun), tapi nafsu makan ni selalu menggoda, hahaha. Tengok je lah kat entry lama dan facebook serta Instagram RZ, penuh gambar makanan je, hahaha. Heeyy itu food review lah, bukan makan suka-suka, ngeee.
Tu baru sikit je tu, hahahaha. Mana tak berat badan ni naik mendadak kan? Sebenarnya bukan sebab saiz baju je yang jadi masalah, banyak lagi lah. Paling penting tentulah bab kesihatan kan? ye lah badan ada satu je kita pakai sampai tua, itupun kalau sempat tua lah. Kalau umur tak panjang macam mana sebab sakit akibat saiz badan macam ni kan?
Tengoklah tu, leher pun tak nampak dah. Tang baju "mengecil" tu tak payah cakap lah, bukan takde rasa malu bila berjalan dengan baju sendat, timbul juga lah kesedaran nak turunkan berat badan. Harap bila bulan ramadan ni, berubah lah sedikit bentuk badan kan, nak tak nak kena disiplin, memang lah ada kawan-kawan yang bagi sokongan tapi asasnya semua dari diri sendiri juga. Kalau tak nak, memang takkan menjadi lah juga.
Bermula ramadan RZ dah mula sedikit demi sedikit menjaga makan lebih-lebih ketika berbuka, tapi kalau dah ada jemputan berbuka puasa atau review buffet ramadan kenalah makan juga, tapi kuantiti tu kena lah jaga-jaga kan? Alhamdulillah tips yang sering RZ amalkan ketika bersahur membuahkan hasil, tak rasa lapar sangat sepanjang hari.
Caranya senang je, RZ cuma bersahur dengan beberapa biji kurma dan air suam saja, insyaallah cukup untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.
Alhamdulillah walaupun RZ tak dapat merasa kesannya, tapi kawan-kawan yang jarang jumpa mula melihat perubahan pada fizikal. Tidaklah begitu mendadak tapi sekurang-kurangnya bila ada kemajuan rasa semangat pula mahu meneruskan sehingga habis ramadan dan tak mustahil RZ akan teruskan sehingga selepas raya.
Doakan ye?
23 comments:
Usaha doa tawakkal hehe
Chayokkk razi
Chayokkk razi
Bagusnya razi ada semangat nak diet. Akak ni blum sampai seru diet hahaha. Good luck Razi! U can do it!
Insyaallah...
Yoshh!!!
Takpe, akak handle si hensem kembar 3 tu dah bakar kalori banyak tu... Hehehe...
Apsal teruskan sampai raya jer... teruskan sampai raya tahun depan.. mesti ganteng gitew!!
Nak teruskan sampai selepas raya,dan seterusnya sampai berjaya capai target... Hehehhe
wah kurusnya..hehee..fariza tetap suka
Gepren jangan kurus sangat tauuu,nanti laga pipi jadi macam laga tulang pulak... Hahahaa
Insyaallah pasti boleh. Apa yang penting fokus untuk kurus dengan bersenam
Jemput ke Optom.boutique. www.optom.my berkonsepkan Kaca mata vintage, sesuai digayakan dengan tudung atau shawl.
Takpe kalau join majlis iftar ke apa sekalipun. portion makan yang di amik tu boleh kurangkan . Banyak minum air dan cukup tidur. nanti lepas raya , go for fast walk then do lotsa sports aktivities. Ty pasti la Razi boleh kurus sebab kawan Ty takes about a year plus dari 100kg now dah 60kg. So keep it up!!!
Peluang keemasan sebenarnya dalam bulan puasa ni nak menguruskan badan. huhu.. InysaAllah waktu berbuka kena tahan sikit jangan minum air manis. hehe. Semoga berjaya!
kawal makan dan senaman juga ye...
Terima kasih... :-) :-)
Thanks ty, yup patutnya dah lama jaga makan & exercise, tapi dulu malas nak maintan takde support... Insyaallah akan gigih kali ini... :-)
Baik... Harap boleh teruskan juga walaupun bukan dalam bulan puasa sekalipun... Terima kasih, yoshhhhh....
Baik kak sue, jumpa nanti ye food review... Hahahahaa
Tergugat iman tengok gambar makanan kat ig razzwey nie.. huhu
Hahahahaa... Tahan! Tahan! Kikikiiiii
usah putus asa...teruskan perjuangan untuk kurus
mau kurus terus maju kehadapan tanpa erti jemu...kalo jemu gak makan la supplemen lecithin
Post a Comment