Cosmoderm

Wednesday, June 29, 2016

Tidak Mahu Beraya Sendirian Lagi...

Assalamualaikum semua,


Aidilfitri akan tiba kurang dari seminggu je lagi, mesti ramai dah buat persiapan berbulan sebelum tibanya ramadan kan? Ye lah, pada yang tempah baju raya tu ada yang mula tempah seawal bulan mac pun ada, semangat raya lah katakan.

Minggu pertama ramadan pula, ramai dah selesai bab kuih raya, hahaha. Almaklumlah raya setahun sekali, kita layankan aje lah. Asalkan jangan membazir sudah la kan?

Bagi RZ sendiri, sejak mula merantau 8 tahun yang lalu hanya 2 tahun pertama saja begitu teruja membeli belah untuk hari raya, tahun-tahun seterusnya tu dah rasa kurang bersemangat dah. Raya tetap lah raya, cuma bila bab nak beli baju tu, malas sikit dah. Sudah mula dengan cara;

"Pakai Baju Tahun Lepas Je Lah!"

Bukan apa, nak beli itu ini semua, RZ kena lah fikir perbelanjaan selepas raya pula, cukup ke budget nak bertahan selepas raya? RZ tak nak pertikaikan orang lain yang mampu berbelanja lebih, itu rezeki mereka dan tak kacau orang lain pun. Tapi kita ni haaaa yang nak survive lebih-lebih lagi sendirian di kota metropolitan ni, mampu ke tidak? 

Tapi cuma beberapa persiapan saja yang RZ akan selesaikan secepat mungkin sebelum tibanya raya, tak nak seperti apa yang berlaku pada raya tahun lepas (2015). Iaitu;

"Tiket Kapal Terbang"

Tragedi tahun lalu pasti RZ tidak akan biarkan berulang lagi. Dek kerana sibuk bekerja, RZ terlupa untuk menempah tiket penerbangan dan hanya berpeluang untuk pulang ke kampung setelah 2 minggu beraya. Yang mana pada waktu rumah terbuka juga sudah berkurangan, lagu-lagu raya juga sudah kurang dimainkan di radio, televisyen dan shopping mall, dan anak-anak saudara sudah kembali meneruskan persekolahan. Jadi apa yang RZ mampu buat? Duduk rumah je lah...



Tahun ini RZ dah tempah tiket seawal bulan April lagi, hahahaha. Tak nak menyambut syawal bersendirian lagi seperti tahun lalu, even malam sebelum raya tu pun RZ menghabiskan masa bertakbir raya bersama dengan penghuni Rumah sinar Salam dan rakan-rakan peniaga PROJEK OKU.

Tapi semua tu kenangan juga kan?

Tak sabar untuk pulang ke kampung halaman, bukan semata-mata untuk menyambut hari raya saja tetapi apa yang RZ ingin lakukan ialah menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga walaupun sekadar duduk di rumah sahaja, itupun sudah cukup pada RZ untuk melepaskan kerinduan pada keluarga. 

Tunggu kepulanganku ya?

20 comments:

Afiq Halid said...

Fiqqq pon sama guna baju raya tahun lepas jer. In Shaa Allah ada rezeki beli baju raya untuk tahun depan. Hahaha

Yanieyusuf.com said...

tak sabar lak nak raya hihihi

razzwey razz said...

Insyaallah...

razzwey razz said...

Sabar... Sabar... Hahahahaaa

umminani said...

raya dgn kami la...tak lah keseorangan...nnt kita raya sama2 yerr

PCL said...

Selamat pulang dgn selamatnya anak rantauan.. razi, apa makanan best di kampung sana? Nanti cita dlm blog tag pcl singgah baca.. teringin nak rasai cara org sana berhari raya.

razzwey razz said...

Nanti lepas balik kl kita raya sama2 ye? :-)

razzwey razz said...

Terima kasih pcl, nanti kita cerita kat blog... Tapi biasanya apa yang ada kat semenanjung, kat sabah pun ada... Hehehehe..

anazarin said...

Nanti kita raya sama2 ye RZ

anazarin said...

Nanti kita raya sama2 ye RZ

razzwey razz said...

Baeeekkkkkk....

Dkna Abza said...

bila ko balik? pakai waran ke duit sendiri ni?

Sue Izza said...

kapal terbang kansel,razi tak leh balik hehehehhe raya sini je hahaha...selamat hari rayaaa... :P

razzwey razz said...

1 Julai, malam... Tengah packing ni haaaa... Hahahaha

razzwey razz said...

Huwaaaaa, kak sue jom gi mma buka puasa... Hahaha

Unknown said...

Baju raya tak penting pun yang penting posing mau vogue gitew

Acuyuhan said...

hi selamat hari raya.. done follow u, follow me back ;)

Lya Akif Imtiyaz said...

Selamat hari raya aidilfitri

razzwey razz said...

Selamat hari raya juga...

razzwey razz said...

Selamat hari raya kak lya...