Cosmoderm

Friday, June 10, 2016

Tingkatkan Kualiti Kesihatan dengan Living Well

Assalamualaikum semua,


Sejak akhir-akhir ini jika kita lihat banyak penyakit-penyakit yang kita tak pernah dengar, ada juga penyakit yang boleh dirawat dengan mudah tetapi kini semakin sukar untuk dipulihkan, adakah semua penyakit ini juga turut berevolusi seperti manusia? haaaa gitu, kelihatan serius kan tajuk RZ kali ini?

Adakah bila kita jatuh sakit, kita akan bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan untuk sembuh atau sebaliknya kita memikirkan;

"Kenapa saya boleh jatuh sakit?"

yang mana jika kita menitikberatkan nilai "mencegah lebih baik daripada mengubati", pasti kita tidak akan jatuh sakit, dengan izinNYA jua. Kita sering bercerita tentang kehidupan yang sihat, seimbang tapi sejauh mana kita mengimplimentasikan ia dalam kehidupan atau sekadar menjadi laungan di laman FB saja untuk mendapatkan 'likes' dan akhirnya kita berlalu ke meja untuk menikmati sebungkus dua keropok keju, hahaha.


Maka sebuah sesi perkongsian ilmu mengenai penjagaan kesihatan secara holistik dianjurkan dengan kerjasama KetchUp Community  dan Ashley's by Living Food telah diadakan di Living Well, Bangsar. 




Pengarah urusan Living well merangkap Konsultan bagi Ashley's by Living Food, Encik Stirling Yiin menerangkan mengenai asas kehidupan yang sihat sejahtera. Menurut beliau ada 5 (lima) asas untuk kehidupan yang lebih sihat;

1 - Pengudaraan (oxygenation)
2 - Air (water)
3 - Nutrisi (nutrition)
4 - Stress positif (positive stress)
5 - Healing fields



Pulse electromagnetic Fields (PEMF)

PEMF Therapy, telah digunakan selama puluhan tahun dalam berbagai pengaturan perubatan untuk berbagai kondisi kesihatan. Orang yang menderita penyakit kronik seperti penyakit Parkinson, Multiple Sclerosis, Fibromyalgia, Epilepsi, dan penyakit lainnya dapat mengurangkan kesan penyakit dan menghilangkan gejala, di samping meningkatkan tenaga dan mengecas semula lebih 100 trillion sel dalam badan kita.
PEMF Terapi mendorong tubuh untuk menyingkirkan racun, dan meningkatkan penyerapan optima nutrisi. Ia bekerja untuk meringankan depresi, meningkatkan ketajaman mental, dan juga membalikkan proses penuaan. 

RZ berpeluang untuk mencuba sendiri PEMF ini, seeloknya dibuat sekurang-kurangnya 2 kali sehari selama 8 minit, dalam jangka masa tertentu anda akan merasa perubahannya...


Kesimpulannya, terdapat banyak faktor penting dalam membincangkan kepentingan menjaga kesihatan. Kita menjaga kesihatan bukan sekadar untuk sihat secara luaran dan dalaman, malah dengan menjaga kesihatan, kita sebenarnya memberi kesan kepada masyarakat, organisasi dan banyak lagi kerana kesihatan kita sangat mempengaruhi produktiviti kita.


Untuk lebih lanjut mengenai LivingWell, hubungi;

Facebook

Website:

Alamat:
Bangsar Village, 
No. 12-1, Jalan Telawi 3, 
Wilayah Persekutuan, 
59100 Kuala Lumpur, Malaysia

No. Telefon
010-325 7227

E-Mail

2 comments:

Lisa Nurulain said...

living well kira mcm terapi ke ?

Dkna Abza said...

Betul la.. Kadang2 kita je rasa cam sihat tapi dalaman tak sihat.