Cosmoderm

Wednesday, July 20, 2016

'Bonding Time' Bersama Bapa

Assalamualaikum semua,


Maaflah menyepi seketika dari blog, bukan apa mood raya tahun agak sedikit terganggu kerana kesihatan yang tak menentu, dengan demamnya, batuknya, selsemanya, sakit kepala lagi, adoyai! Memang boleh bikin hilang mood, malah nak baring pun takde mood, apatah lagi nak bangun, hahahaha.

Maka raya kali tak banyak pun keluar ke rumah kawan-kawan, ke shopping mall, lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga saja. Ye lah, dah balik setahun sekali, takkan nak habiskan masa sekejap saja kan dengan keluarga? Maka hanya berehat di rumah, menonton wayang bersama adik beradik, buka youtube tengok ceramah ustaz Shamsul Debat, bermain game dengan anak-anak saudara, gotong royong, mandikan kucing, ke pasar bersama ibu, berjoging di taman bersama bapa, haaaa banyak lagi lah, semua dilakukan bersama keluarga.

Bercakap pasal joging bersama bapa, sebenarnya bukan joging pun kami sekadar berjalan mengelilingi trek di taman sambil berbual. Lagipun keadaan kaki bapa yang belum sembuh sepenuhnya menyulitkan bapa untuk berjalan dengan laju, apatah lagi untuk berlari-lari anak. Jadi riadah anak-bapa ini lebih kepada bonding time mengeratkan lagi kemesraan kami berdua.




Grace Point, sembulan menjadi lokasi riadah kami. Lokasi yang bersih, selamat, tidak panas dan dekat dengan rumah menjadi kriteria pemilihan taman ini sebagai tapak riadah kami. Sebenarnya di sekitar rumah saja ada banyak tempat riadah, tapi bapa yang tidak suka tempat yang terlalu ramai orang (sama seperti anaknya juga, hehehe) menyukai lokasi ini. Parking juga tidak menjadi masalah di sini. Untuk yang tidak tahu, Grace Point merangkumi tempat beriadah, Food Court, taman permainan, tugu peringatan Double Six, muzium mini Double Six dilengkapi dengan kemudahan tandas (bersih gila okayy???).






Treknya tidaklah begitu jauh, satu pusingan hanya 500 meter saja, tapi itupun tidak terasa jauh sebab kiri kanan saja diapit dengan pokok-pokok, redup saja rasanya. 




Berjalan sambil bersembang-sembang dengan bapa tidak terasa sudah 10 pusingan dihabiskan. Oh ya, taman ini bukan saja ada trek untuk berjalan/joging saja tapi ada peralatan untuk bersenam juga.




Kebersihan taman ini juga sentiasa terjaga, setiap hari memang petugas pembersihan menjalankan tugas memastikan kebersihan taman sentiasa bersih dan selamat. Memang tip top. Oh ya, kami juga ditemani oleh seekor kucing, hehehe.




Fakta Tugu Peringatan Double Six

Tugu Peringatan Double Six adalah sebuah memorial yang terletak di Sembulan di dalam kawasan kompleks perumahan Taman Grace di Kota KinabaluSabahMalaysia bagi mengingati tragedi kemalangan pesawat pada 6 Jun 1976 dikenali sebagai Tragedi Double Six yang telah meragut nyawa Ketua Menteri pertama Sabah, iaitu Tun Fuad Stephens, beserta enam menteri lain. Sumber (Wikipedia)

Fakta Menarik: Bapa RZ melihat sendiri kapal terbang tersebut terhempas di situ.





11 comments:

Afiq Halid said...

Seronoknya. Kalau dengan ayah selalu cerita pasal kereta. Even afiq x tau banyak jadi dia kena explain benda yg sama setiap kali. Hahaha

Unknown said...

ini yang kita kena praktik selalu.
sementara sihat

razzwey razz said...

bukan topic perbualan yang dipentingkan pun, tapi "moment" tu yang dimanfaatkan sebaiknya...

Nadia Johari said...

bagus tu..dia kalau boleh nak spend nak denagn anak dia..

razzwey razz said...

Yup, sementara badan masih sihat, masih kuat...

razzwey razz said...

Itulah, dah lah balik setahun sekali je, memang nak spend masa dengan family all the time...

Hanim said...

biasa payah anak teruna nak berbonding dengan ayah ni .. you are very good son! Akak kalau balik kampung pun seronok borak ngan mak dan abah :)

razzwey razz said...

Dah biasa dari kecik mak/ayah selalu ajak keluar gi mana2, sampai dah besar ni pun masih boleh hangout lepak minum dengan mak/ayah Kat mamak...

Lya Akif Imtiyaz said...

Sesekali balik kampung bahagikan masa ngan ayah..elok tu Raz..

Lya Akif Imtiyaz said...

Sesekali balik kampung bahagikan masa ngan ayah..elok tu Raz..

razzwey razz said...

Ai memang manja dengan mak/ayah... Sampai sekarang... Hehehee