Cosmoderm

Saturday, August 13, 2016

Makan-Makan Di Delong Coffee And Such, Shah Alam

Assalamualaikum semua, 



Haaaa, lama RZ tak buat entry pasal makan-makan kan? Sebenarnya banyak je makanan yang RZ dah makan tapi tak cerita dalam blog, nanti korang ingat takde kerja lain, asyik makan je! Hahahaha (padahal memang makan je kerjanya pun!) 

Jadi bila dah asyik makan je, kenalah beringat sikit kan? RZ ni dah la tengah start diet ni! Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, maka RZ pun telah menerima undangan dari Delong Coffe & Such untuk mencuba beberapa hidangan di sini, dengarnya memang sesuai untuk orang yang sedang berdiet, gitu! Ehee...

Delong coffee & such shah alam

Delong Coffee & Such, mempersembahkan hidangan berkonsepkan masakan Terengganu dan juga western. Nama Delong diambil bersempena nama kampung pemiliknya, Puan Arlina yang berasal dari Dungun, Terengganu. Jadi korang tak perlu risaulah bab keaslian masakannya, memang pure ganu mari ni... Hehehe...

Delong coffee & such shah alam

APA YANG RZ MAKAN?

Pernah dengar nama CHALONG tak? Orang ganu rasanya tak perlu diperkenalkan lagi lah ye? Hehehe. Kalau dilihat rupanya, lebih kurang sama dengan bihun sup, tetapi CHALONG sedikit berbeza kerana korang akan dapat pakej bihun sup berserta bebola ikan, bukan fish ball yang biasa di kedai tu! Tetapi bebola ikan ini adalah home made, 100% diperbuat daripada ikan, takde tepung, takde itu ini, hehehe. Dan kuah supnya pula lain tau, tak sama langsung dengan kuah bihun sup biasa. Rasanya? Sedap! Bebola ikan tu seronok je RZ kunyah, terasa macam makan keropok leko versi bulat, haaaa.

Delong coffee & such shah alam

Haaa, menu yang ini RZ tak pernah cuba lagi. Dan rasanya tak pernah jumpa lagi kat mana-mana restoran. Nasi Carrot (lobak merah), korang pernah cuba tak? Menurut Puan Arlina:

"Anak saya memilih sikit bab makan ni, jadi saya cuba buat nasi carrot ni dan anak saya suka!"

Nasi Carrot ni takdelah dimakan begitu saja, mestilah ada lauk sampingan, barulah sempurna makanan diet RZ! Haaa, ayam masak merah, ok tak? Mestilah ok sebab RZ memang peminat setia ayam masak merah, hahaha. 

Delong coffee & such shah alam

Nampak sedap kan? Rasanya pun serius sedap, tambahan pula RZ memang suka ayam masak merah, hehehe.

Air takde ke? Sabar, sabar. Jangan gelojoh, hahaha. Baru nak cerita pasal air ni, yang menjadi kegemaran semua yang datang, sampai berkampung RZ, Abang Ben & Abang Sohoque kat tong air tu, sebab rasa tak puas nak minum lagi. Hahaha serius tau!!! RZ persembahkan SODA BUKIT BESI

Delong coffee & such shah alam

Jangan risau, takde sebarang besi atau bukit, namanya diambil sempena nama tempat, gitu! Air soda, lemon, daun pudina dan serai, rasanya memang lain macam punya nikmat! Kalaulah RZ ada bawa botol air besar masa tu, memang tapau bawa balik, hahahaa.

Delong coffee & such shah alam

RZ juga sempat cuba hidangan pencuci mulut yang diberi nama LALA CHOCO DRINK, yang ni ramai budak-budak berebut. Yelah, air coklat, dengan ketulan marshmallow, ditabur dengan oreo. Dan ada kejutan berapi, ye API! Hahaha...

Delong coffee & such shah alam

Sedap juga marshmallow bila dibakar ye? Patutlah bila tengok filem omputeh bila camping mesti bakar marshmallow kat unggun api! Sedap rupanya, noobnya diri ini, hahahaha.

Hidangan kopi pelbagai juga ada di sini, ada Latté, Cappuccino banyak lagilah senang cerita. Namanya pun Delong Coffee & Such kan? Hehehe...

Delong coffee & such shah alam

Dah makan, apa lagi kita ambil gambar lah kan? Nampak supermodel kat belakang tu? Hahaha...

RZ rekomen korang untuk datang sendiri ke Delong Coffee & Such, dan korang wajib cuba CHALONG, Nasi carrot ayam masak merah, soda bukit besi, lala choco drink. Memang memikat! Bukan senang nak cari Chalong kat sini, nak pergi Terengganu jauh kan? Sekurang-kurangnya RZ yang asal korea ni dapat juga merasa masakan asli terengganu, hahahaha. (perasan!!!)

Alamat: No 8 Jalan Opera A U2/A Seksyen U2 TTDI Jaya Shah Alam Selangor 
(Landmark berdekatan Petron)

No Tel : 0139583797 / 0122808996 







16 comments:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

skali bc macam lelong td.. eheh

Mama Kembar Tiga said...

Nasi karot tu bertambah tambah si kembar makan, sedap!

razzwey razz said...

Hahahaaa... Kak long pun boleh juga... 😂

razzwey razz said...

Haaa,tu la.. Sedap pulak nasi carrot tu...

Afiq Halid said...

Dekat dgn rumah ni . Boleh pergi nanti :D

Cik Nor said...

bestnya..:)

razzwey razz said...

Sebelah je dengan car wash,boleh cuci kereta sambil lepak sana...

razzwey razz said...

Sedap, coming soon akan ada otak2 & sata kemaman pulak.. Sedappp

fizafantagirO said...

Xpenah dgr chalong dan xpenah rasa. Tapi nampak sedapp!

fizafantagirO said...

Xpenah dgr chalong dan xpenah rasa. Tapi nampak sedapp!

Lisa Nurulain said...

Lelong lelong.. eh chalong. Haha.. first time dengar... tkpenah tau ada makanan ni

Unknown said...

Boleh tahan menunya.. in sya Allah boleh cuba nnt

Unknown said...

Boleh tahan menunya.. in sya Allah boleh cuba nnt

anaZarin said...

Rindu pula rassnya nak mskan chalong..nanti bolehlah repeat lagi

Suria Amanda said...

Wow..supermodel tu mmg win..hehehe...apapun masuk list nanti boleh terjah..

Akupenghibur.com said...

perghhh bestnya.. nampak sedap semua..lapoo