Cosmoderm

Tuesday, August 23, 2016

Ingat-Ingatlah Orang Di Belakang!

Assalamualaikum semua,

Nak cerita sikit apa yang berlaku setiap hari dari Isnin hingga Jumaat. Macam biasalah, RZ pergi kerja hanya menaiki pengangkutan awam, lebih jimat dan kadang-kadang selesa, ada masanya merimaskan, itu memang normal lah kan?

Macam RZ setiap pagi memang pergi kerja naik bas je, senang! Turun pun betul-betul depan bus stop pejabat. Syukurlah setakat ni tak pernah terlajak tidur lagi dalam bas, hahaha.

Bercakap pasal tidur dalam bas, korang pun tau lah kan tempat duduk tu boleh adjust bagi tegak bagi menyandar sikit ikut selesa. RZ pun selalu juga adjust bagi sandar sikit, selesa nak tidur tapi kenalah beringat orang yang duduk di belakang. Janganlah pentingkan diri sangat.


Tengok gambar atas tu. Agak-agak orang di belakang boleh duduk dengan selesa tak? Tolonglah bertimbang rasa sikit, kalau rasa nak selesa turunkan seat sampai macam tu sekali, sila bawa kereta sendiri, atau bayar lebih sikit naik teksi, mampu? Masing-masing bayar tambang bas yang sama, tak lebih tak kurang jadi ingat-ingatlah orang di belakang tu.

RZ tak mahu timbulkan isu "dari mana" mereka ini. Ini adalah masalah sikap, tak kira apa bangsa sekalipun. Dunia ni bukan berkisar tentang kita saja, kita berkongsi ruang dengan orang lain jadi apa salahnya kita jaga ruang tersebut.

Banyak lagi gelagat orang dalam pengangkutan awam ni, nanti RZ cerita lagi ye?


13 comments:

YB Shehan said...

Fuh.. mmg selfish klu gini..

razzwey razz said...

Selfish gile! Orang dah duduk belakang tu, buat tak tau... Kena tegur barulah sibuk nak naikkan... Huh!

ZULHILMI TEMPOYAK said...

mungkin dia ingat blkg tu org kurus ja bleh masuk kot. huhuhuhu

razzwey razz said...

Hahahahaaa... Jahat gile! Kikikikiiii

Nan said...

Nak tny jugak...'dari mana' mamat tu..mgkn dia turunkan seat tu sbb nk skodeng ko RZ

Nan said...

Nak tny jugak...'dari mana' mamat tu..mgkn dia turunkan seat tu sbb nk skodeng ko RZ

Unknown said...

kadang dlm flight pun mcm ni gak.. bila kena time makan org depan buat dunno memang sakit ati..

Afiq Halid said...

Pernah terkena. Lepas tu buat2 terlanggar2 kaki dgn seat dia. Biar dia rasa x selesa. Bila dia tanya , jawab balik, 'sempit bang'

UMMINANI said...

kalau memang belakang tu kosong biarlah.. kalau ada org nk duduk pasti doa ubah kedudukkan. Positif!!!

razzwey razz said...

Masalahnya ada orang duduk belakang tu, dia tak ubah langsung... Saya duduk sebelah tu, maka sebab tulah entry ini dibuat...

Cik Itah said...

Selfish

Cik Itah said...

Selfish

emarieys said...

memang kurang ajar dah ni.. mcm dia sorang yang bayar jer.