Pejam celik pejam celik, tak sedar 2016 hampir melabuhkan tirainya, sekejap betul masa berlalu. Lagi berapa hari kita akan melangkah ke tahun 2017. Korang dah ada plan ke nak sambut ambang tahun baru kat mana?
Apa kata korang datang beramai-ramai ke Cita Mall, Ara Damansara malam 31hb Disember ini. Kita sama-sama meriahkan 16 Going On 17 New Year Countdown Party.
Bermula seawal jam 8 malam, ada pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang masa hinggalah ke saat countdown seperti karnival mini, yang menampilkan persembahan abang badut, ahli silap mata dan banyak lagi.
Ok, siapa nak menang hadiah? pengunjung yang membeli belah di Citta Mall bermula 30hb Disember 2016 hingga 1hb January 2017 berpeluang untuk menyertai CITTA CHALLENGE, hadiah lumayan wooo. Terdapat juga GAME STATION dan menangi hadiah-hadiah yang ditawarkan seperti barangan elektrik dari Harvey Norman.
16 Going On 17 New Year Countdown Party takkan lengkap tanpa penampilan dari selebriti-selebriti tanah air. Korang akan dihiburkan dengan persembahan mantap dari Dina Nadzir, Alvin Lee, Shawn Lee, kumpulan An Honest Mistake, Rejuvenate Dance Crew. Acara ini akan dihoskan oleh pengacara serba boleh Baki Zainal.
MENANTI PERSEMBAHAN DINA NADZIR
Antara persembahan yang RZ tak sabar nak tengok pada malam countdown nanti tak lain tak bukan dari Dina Nadzir. Rz sudah lama mengikuti perkembangan beliau sejak Malaysian Idol lagi, pastinya suara lantang Dina bakal memukau pengunjung Citta Mall nanti. Khabarnya Dina yang baru saja selesai merakamkan dua single barunya yang akan dilancarkan pada 2017. Agaknya kita akan dapat dengar tak lagu baru tu pada malam 31hb nanti? Nak tau, korang kena lah datang sendiri ke Citta Mall, hehehe.
Oh ya, korang tertanya tak macam mana Rz boleh tahu semua ni? mestilah RZ hadir pada majlis media preview dulu, sebab tu RZ kata 16 Going On 17 New Year Countdown Party pasti akan meletop punya!
Terima kasih juga pada Mr. Dakgalbi dan Flickers yang menyediakan makanan buat kitorang pada malam tersebut, sedap!!!
Korang tanda siap-siap kat reminder handphone dan kalendar 31hb Disember 2016 tau. Pastikan jangan salah lokasi hahaha, setkan waze anda ke Citta Mall, Ara Damansara. Jom Partaaaaayyyyy....
9 comments:
Raji p dak nnt
tahun baru dekat rumah ja.. mcm thn sebelum2 ni hahaha
dah lama tak pi sambutan ambang tahun baru. tahun ni mcm nak bwk anak² je.
Bsr rupanya citta mall ni... Br g ari tu tp X smpat jenjalan dlm tu lg...
Bsr rupanya citta mall ni... Br g ari tu tp X smpat jenjalan dlm tu lg...
Macam nak pi, tapi ada training kat studio malam tu...
Hahahahaaa
Meh bawak gi Citta Mall... Hihihii
Datang lagi plisss, hahaha
Post a Comment