PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Monday, December 19, 2016

Teruja Menonton Perlumbaan Supermoto | FIM Asia Supermoto Championship 2016

Assalamualaikum semua,


Sebenarnya ada satu rahsia yang RZ simpan sekian lama bila bercerita tentang motor, tak kisahlah jenis kapcai ke, superbike ke, scrambler ke, apa saja yang bertayar dua, hahaha. Korang yang dah baca rahsia ni jangan bagitahu kat orang lain tau? hahaha. Rahsianya ialah;

RZ FOBIA NAIK MOTOR!

Kisah lama kemalangan motor beberapa tahun lalu, menjadikan RZ takut nak naik motor, hahaha. Ye lah, sampai tergolek-golek atas jalan raya. Dah serupa panda golek turun bukit dah rupanya, kikikikiii.

FIM Asia Supermoto Championship 2016

Tapi tujuan utama entri ini bukanlah nak cerita pasal kisah golek tu, hahaha. Sebenarnya nak cerita keterujaan RZ menonton sendiri FIM ASIA SUPERMOTO CHAMPIONSHIP 2016 bersama rakan-rakan KBBA9 bertempat di Stadium Shah Alam. Menunggang dengan menonton ni lain sikit perasaannya, menonton takdelah seseram menunggang, hahaha.

Sebenarnya FIM ASIA bukan satu nama yang baru dalam dunia suka permotoran Antarabangsa, ditubuhkan pada tahun 1904 FIM (Federal Internationale de Motocyclisme) bertujuan untuk menyelaras dan membangunkan sukan permotoran dan juga membantu pengguna motor dalam bidang yang berkaitan.

FIM ASIA SUPERMOTO CHAMPIONSHIP 2016 yang berlangsung di Stadium Shah Alam ini juga sebenarnya merupakan destinasi terakhir setelah 3 edisi yang terdahulu telah diadakan di Australia, Indonesia, Filipina dan kini di Malaysia. Apa yang lebih membanggakan Malaysia, peserta negara kita, Muhd Habibullah atau lebih dikenali dengan nama Gabit kini telah mendahului peserta-peserta lain dari segi kutipan mata melalui pencapaian cemerlangnya sepanjang siri kejohanan tahun 2016.

kiri - kanan (Gabit, Gaban & Khairi Zakaria) Pelumba Malaysia
FIM ASIA SUPERMOTO CHAMPIONSHIP 2016 ini disertai oleh pelumba dari 18 buah negara seperti Australia, United Kingdom, Jepun, Singapura, Taiwan, Indonesia dan banyak lagi. Jangan terkejut bukan pelumba lelaki saja yang menyertai ye? Ada pelumba wanita juga. Tak cukup terkejut lagi? Pelumba wanita tersebut berasal dari MALAYSIA! Siti Fatimah Husna, bangga weiii. 

FIM Asia Supermoto Championship 2016

Sebenarnya RZ tak tahu sangat akan kewujudan FIM ASIA SUPERMOTO CHAMPIONSHIP 2016 ni, kesian kan? Hahahaha. Harapnya selepas kejayaan anak malaysia dalam kejohanan ini, lebih banyak perhatian diberikan dan juga lebih banyak penaja yang besar-besar untuk menarik minat orang ramai bukan sahaja untuk menonton malah menarik minat anak muda di luar sana untuk menyerlahkan lagi kemahiran dalam sukan permotoran yang lebih membawa faedah dari berlumba secara haram dan berbahaya di "litar sendiri".

"ORANG KATA MAT MOTOR TAKKAN KE MANA?"

Siapa kata mat motor tak boleh berjaya? FIM ASIA SUPERMOTO CHAMPIONSHIP 2016 diungguli oleh.... tidak lain tidak bukan Muhd Habibullah a.k.a Gabit peserta negara kita! Gabit berjaya mengharumkan nama negara setelah mendahului pungutan mata keseluruhan sebanyak 171 mata menjadikan beliau sebagai juara keseluruhan kejohanan tersebut. Gabit membawa pulang piala kejohanan dan wang tunai USD3000 (RM13,428).

FIM Asia Supermoto Championship 2016
kredit www.ayuejean.com
SEKITAR FIM ASIA SUPERMOTO CHAMPIONSHIP 2016

FIM Asia Supermoto Championship 2016

FIM Asia Supermoto Championship 2016

FIM Asia Supermoto Championship 2016

FIM Asia Supermoto Championship 2016

FIM Asia Supermoto Championship 2016

FIM Asia Supermoto Championship 2016

FIM Asia Supermoto Championship 2016

FIM Asia Supermoto Championship 2016

FIM Asia Supermoto Championship 2016

FIM Asia Supermoto Championship 2016

FIM Asia Supermoto Championship 2016

FIM Asia Supermoto Championship 2016

FIM Asia Supermoto Championship 2016

FIM Asia Supermoto Championship 2016

FIM Asia Supermoto Championship 2016

Oh ya sebelum nak tutup cerita akhirnya RZ berjaya mengatasi fobia menunggang motor. Tak percaya?

FIM Asia Supermoto Championship 2016
kredit www.benashaari.com
Hahahahaha... Tipu je! tapi Big Ben (Ben Ashaari) kata macam RZ, ada juga yang percaya tu! hahahaa. 

FIM Asia Supermoto Championship 2016

Abaikan model paling kiri bawah tu! Hahahaa...

8 comments:

mas saari said...

yeayyy gabit menang!

Dura Norell said...

Hehe, takpe RZ. InsyaAllah, mana tau suatu hari nanti dtg balik semangat nak bawa motor semula. Kalah Gabit nanti hehe

Lisa Nurulain said...

lama tak naik moto.. best gak la naik moto ni tp since accdnt dah tak sentuh moto lagi . aahaks..

Cik za said...

I ollssss memang dah x reti bawa moto.. tp papepun i suka naik moto if duk belakang.. hahahhaha

Shiqeen Sattar said...

nice shot rz.. jeles

yanie yusuf said...

Terbaik lah Malaysia..tahniah...

Yanieyusuf.com

Abam Korie said...

Kalau ko cakap pic yang last tu ko..aku caya heheheh...

Lisa Nurulain said...

raasa jeles pulak leh tengok korang turun event ni hahahaa