PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Thursday, March 17, 2016

Diganggu Hantu Di Pejabat!

Assalamualaikum semua,

Nak dijadikan cerita petang semalam RZ pulang sedikit lewat dari pejabat, dalam 6.20 macam tu baru lah nak terhegeh-hegeh nak balik. Tak sedar diri naik bas, ingat kaya sangat nak call teksi kan? hahahaha.



Maka ceritanya begini, masa tengah kemas barang, tiba-tiba RZ terdengar suara perempuan tengah nyanyi lagu opera, sedap pula tu! (sempat lagi puji!) Suara dia betul-betul kedengaran di sebelah telinga RZ, sayup-sayup suaranya. Bulu roma dah meremang ni, tak nak toleh belakang! laju cabut charger handphone, letak handphone dalam poket, prepare duit tambang bas.



"Please!!! jangan lah kau tunjukkan diri depan mata pula ye?!" RZ dah cuak sangat ni!

Bila buka beg, makin kuat nyanyiannya! haishhhh!!!! tolong lah jangan buat macam ni plissss!!! 

Rupanya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Haaiisshhh!!! Buat orang sakit jantung je, rupanya handphone RZ yang satu ni dok play lagu dalam beg, lupa nak matikan! Kena pula tengah keluar lagu opera, padan muka letak lagi lagu-lagu macam tu dalam handphone!

Apa-apa pun balik dulu lah! cabuuuuuuttttt!!!!

Saturday, March 12, 2016

Misteri: Mana Hilang Mata Dia?

Assalamualaikum semua,

Seorang lelaki telah menggemparkan suasana apabila matanya hilang semasa sedang diambil gambarnya, namun tiba-tiba matanya muncul semula selepas kamera ditutup semula.

Anehnya, perkara itu hanya berlaku semasa gambar sedang diambil sahaja. Kepada yang lemah semangat harap tabah melihat gambar tersebut.















Jangan marah haaaa, beginilah nasib RZ si mata sepet, bila senyum terlebih je, terus hilang mata tu, sampai orang tanya "Razi,mata mana? Mata?" hahahaa.

Ok apa mata sepet, oriental look sangat. Baru boleh bajet Kpop, hahaha.

Friday, March 11, 2016

5 Kafe dalam 1 Hari? | KetchUp Blogger Speed Run TTDI

Assalamualaikum semua,

Siapa suka makan, angkat tangan. Dah tentulah semua orang suka makan kan, tapi RZ bukan sekadar suka makan, dah jadi hobi dah, kejap-kejap makan. Tengoklah badan kan, tong besar, jadi input pun kena besar juga, hehehe.

Maka nak dijadikan cerita, beberapa hari yang lalu RZ bersama-sama dengan rakan-rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari, Abang Sohoque, Mera Amera, Mimin, Ayue Jean & Yanie Yusuff serta kenalan baru dari Face Of Malaysia dan Malaysian Youth College, menyertai program KetchUp Blogger Speed Run di sekitar Taman Tun Dr Ismail atau lebih glamer disebut TTDI, hehehe.


 KetchUp Blogger Speed Run

Kalau ada yang masih belum tahu apa itu KetchUp Community, jangan sedih mari RZ ceritakan, hehehe.

KetchUp Community merupakan sebuah komuniti yang menghubungkan di antara pemilik kafe/restoran dengan pengunjung serta tidak dilupakan juga Social Media Influencer. Kepada 'kaki-kaki kafe' yang mahu mencari lokasi kafe/restoran yang menarik di sekitar Kuala Lumpur untuk dikunjungi, KetchUp Community menyediakan platform untuk anda mendapatkan maklumat tersebut sekelip mata di hujung jari saja, haaaa. Begitu juga dengan pemilik kafe/restoran yang mahu mempromosikan jenama kafe/restoran mereka, KetchUp Community telah menyediakan medium tersebut buat anda.



 KetchUp Blogger Speed Run

Maka sebagai permulaan, KetchUp Community bekerjsama dengan Rakan Sosial Rasmi iaitu Kelab Blogger Ben Ashaari menyertai KetchUp Blogger Speed Run, iaitu aktiviti 'cafe hopping' sepanjang 6 hari (setiap hujung minggu) melibatkan lebih kurang 36 blogger dari KBBA di 6 lokasi sekitar Kuala Lumpur.


 KetchUp Blogger Speed Run

Sebagai pasukan pertama, kami bermula di kawasan TTDI untuk menjelajah kafe-kafe untuk beramah mesra dengan pemilik kafe serta mencuba sendiri menu-menu yang disajikan di setiap kafe. Antara kafe yang kami pergi ialah:-




Chequers merupakan sebuah restoran yang menyajikan hidangan waffle yang dipelbagaikan menggunakan ramuan berkualiti dan juga menyihatkan. Konsep unik hiasan dalam Chequers sangat menarik apabila masuk saja ke dalam premis anda akan melihat tangga berputar (spiral) menuju ke tingkat atas restoran.

 KetchUp Blogger Speed Run

 KetchUp Blogger Speed Run

 KetchUp Blogger Speed Run

 KetchUp Blogger Speed Run


Quartet mendapat namanya kerana minat pemilik kafe ini yang gemarkan muzik. Jika dilihat pada susunan perabot dan hiasan dinding, Quartet memilih konsep vintage dan muzik rock sebagai pilihan muzik yang dimainkan di dalam kafe ini. Jenis pilihan makanan juga dipilih mengikut kesesuaian dengan citarasa tempatan dan ada juga sedikit elemen fusion.

 KetchUp Blogger Speed Run

 KetchUp Blogger Speed Run


 KetchUp Blogger Speed Run


 KetchUp Blogger Speed Run


 KetchUp Blogger Speed Run


 KetchUp Blogger Speed Run


 KetchUp Blogger Speed Run


Kalau korang pernah dengar bikers cafe sebelum ini biasanya untuk brader motor besar je kan, tapi The Grumpy Cyclist tampil lebih unik kerana seperti namanya juga, penunggang basikal boleh datang ke kafe ini untuk menikmati makanan yang sihat dan seimbang, tetapi juga boleh menyegarkan badan kerana The Grumpy Cyclist menyediakan bilik mandi sekiranya pengunjung mahu mandi dek kerana perpeluhan aktif sewaktu menunggang basikal, hehehe. Di sini juga tersedia sebuah bengkel kecil untuk membaiki basikal, jadi sambil air basikal tu, boleh lepak makan minum dulu, dan mandi, hehehe.

 KetchUp Blogger Speed Run

 KetchUp Blogger Speed Run

 KetchUp Blogger Speed Run

 KetchUp Blogger Speed Run

 KetchUp Blogger Speed Run

 KetchUp Blogger Speed Run

 KetchUp Blogger Speed Run


Pickle And Fig mendapat namanyanya dengan cara yang unik iaitu melalui cabutan kertas yang tertera jenis-jenis makanan, maka tertubuhlah Pickle And Fig, hehehe. RZ suka konsep hiasan dalamannya yang minimalis, luas, serta jarak di antara meja yang selesa, jadi RZ takdelah tersepak kerusi orang lah, tersadung kaki meja lah, hehehe. Pilihan menu memang banyak, tertulis di sepanjang papan hijau menggunakan kapur, terasa seperti di zaman sekolah dulu pula. Sajian yang dihidangkan semuanya adalah menu sihat, tidak menggunakan bahan pengawet dan yang penting segar dan sedap.

 KetchUp Blogger Speed Run


 KetchUp Blogger Speed Run

 KetchUp Blogger Speed Run

 KetchUp Blogger Speed Run

 KetchUp Blogger Speed Run

 KetchUp Blogger Speed Run

 KetchUp Blogger Speed Run


Banyak kisah disebalik kewujudan kafe Thursdvys, sebahagiannya adalah terlalu sentimental kepada tuan punya kafe ini, bermula dari pemilihan nama, konsep hiasan dalaman luaran kafe. Konsep hiasan dalaman Thursdvys berkonsepkan "Melbourne-ish" kerana pemiliknya pernah menyambung pelajarannya di sana dan konsep kafe hipster yang ditonjolkan oleh Thursdvys sangat berlainan dari kafe hipster lan yang pernah RZ kunjungi. Sentimentalnya pemilihan nama kafe ini adalah kerana arwah bapa kepada pemilik kafe ini meninggal dunia pada hari khamis, dan kafe ini juga ditutup pada hari khamis sahaja sebagai memperingati arwah bapanya. Dan sebuah lukisan di dinding kafe ini yang berbentuk seperti gigi manusia, adalah simbolik kepada mimpi pemilik kafe ini yang kehilangan giginya sebelum bapanya meninggal dunia.

 KetchUp Blogger Speed Run

 KetchUp Blogger Speed Run

 KetchUp Blogger Speed Run

 KetchUp Blogger Speed Run

KetchUp Blogger Speed Run

Haaaa, macam mana? Menarik tak kafe-kafe yang kitorang serbu? itu baru di kawasan TTDI, jika anda layari lama web KetchUp Community, ada banyak lagi tempat makan menarik yang anda boleh jumpa. Rasanya macam kena repeat lagi ni nak serbu semula ke kafe-kafe semua ni, sedap sangat!!! hahahahaa.

Untuk lebih lanjut, layari

Facebook

Laman Web