PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Tuesday, August 30, 2016

Team Chikarazni | Allianz Crazy Games 2016

Assalamualaikum semua,


Seperti tahun-tahun sebelumnya (2014-2015) #TeamChikaRazNi akan kembali beraksi di Allianz Crazy Games 2016. Tak sangka bermula dari suka-suka akhirnya dah masuk tahun ketiga #TeamChikaRazNi menyertai acara tahunan yang dianjurkan oleh Allianz Malaysia.


Bercerita tentang sukan kegemaran, kami bertiga cukup menggemari sukan yang menguji Ketahanan Mental & fizikal. RZ secara peribadi menggemari AEROBIK, untuk lebih spesifik RZ menyertai marathon AEROBIK tanpa henti selama 3 jam. Tak percaya? Semasa gambar pertandingan di bawah, RZ berjaya mendapat naib johan dari lebih 300 peserta.


Setakat ini, dari 10 pertandingan yang RZ sertai 8 daripadanya RZ berjaya menempatkan diri di antara 10 teratas. Fuuuhhh, bukan mudah nak sampai ke tahap ini, ia memerlukan semangat yang tinggi dan stamina tip top, hahaha. Bukan RZ saja yang menggemari sukan bertemakan marathon, rakan sepasukan RZ juga sering menyertai marathon di sana sini. Seorang lagi tak payah cakap, menguruskan anak kembar tiga ibarat marathon 30KM, hahahaha.



Adakah #TeamChikaRazni akan berjaya dalam Allianz Crazy Games 2016 nanti? Kita tunggu dan lihat! 




Tuesday, August 23, 2016

Ingat-Ingatlah Orang Di Belakang!

Assalamualaikum semua,

Nak cerita sikit apa yang berlaku setiap hari dari Isnin hingga Jumaat. Macam biasalah, RZ pergi kerja hanya menaiki pengangkutan awam, lebih jimat dan kadang-kadang selesa, ada masanya merimaskan, itu memang normal lah kan?

Macam RZ setiap pagi memang pergi kerja naik bas je, senang! Turun pun betul-betul depan bus stop pejabat. Syukurlah setakat ni tak pernah terlajak tidur lagi dalam bas, hahaha.

Bercakap pasal tidur dalam bas, korang pun tau lah kan tempat duduk tu boleh adjust bagi tegak bagi menyandar sikit ikut selesa. RZ pun selalu juga adjust bagi sandar sikit, selesa nak tidur tapi kenalah beringat orang yang duduk di belakang. Janganlah pentingkan diri sangat.


Tengok gambar atas tu. Agak-agak orang di belakang boleh duduk dengan selesa tak? Tolonglah bertimbang rasa sikit, kalau rasa nak selesa turunkan seat sampai macam tu sekali, sila bawa kereta sendiri, atau bayar lebih sikit naik teksi, mampu? Masing-masing bayar tambang bas yang sama, tak lebih tak kurang jadi ingat-ingatlah orang di belakang tu.

RZ tak mahu timbulkan isu "dari mana" mereka ini. Ini adalah masalah sikap, tak kira apa bangsa sekalipun. Dunia ni bukan berkisar tentang kita saja, kita berkongsi ruang dengan orang lain jadi apa salahnya kita jaga ruang tersebut.

Banyak lagi gelagat orang dalam pengangkutan awam ni, nanti RZ cerita lagi ye?


Saturday, August 13, 2016

Makan-Makan Di Delong Coffee And Such, Shah Alam

Assalamualaikum semua, 



Haaaa, lama RZ tak buat entry pasal makan-makan kan? Sebenarnya banyak je makanan yang RZ dah makan tapi tak cerita dalam blog, nanti korang ingat takde kerja lain, asyik makan je! Hahahaha (padahal memang makan je kerjanya pun!) 

Jadi bila dah asyik makan je, kenalah beringat sikit kan? RZ ni dah la tengah start diet ni! Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, maka RZ pun telah menerima undangan dari Delong Coffe & Such untuk mencuba beberapa hidangan di sini, dengarnya memang sesuai untuk orang yang sedang berdiet, gitu! Ehee...

Delong coffee & such shah alam

Delong Coffee & Such, mempersembahkan hidangan berkonsepkan masakan Terengganu dan juga western. Nama Delong diambil bersempena nama kampung pemiliknya, Puan Arlina yang berasal dari Dungun, Terengganu. Jadi korang tak perlu risaulah bab keaslian masakannya, memang pure ganu mari ni... Hehehe...

Delong coffee & such shah alam

APA YANG RZ MAKAN?

Pernah dengar nama CHALONG tak? Orang ganu rasanya tak perlu diperkenalkan lagi lah ye? Hehehe. Kalau dilihat rupanya, lebih kurang sama dengan bihun sup, tetapi CHALONG sedikit berbeza kerana korang akan dapat pakej bihun sup berserta bebola ikan, bukan fish ball yang biasa di kedai tu! Tetapi bebola ikan ini adalah home made, 100% diperbuat daripada ikan, takde tepung, takde itu ini, hehehe. Dan kuah supnya pula lain tau, tak sama langsung dengan kuah bihun sup biasa. Rasanya? Sedap! Bebola ikan tu seronok je RZ kunyah, terasa macam makan keropok leko versi bulat, haaaa.

Delong coffee & such shah alam

Haaa, menu yang ini RZ tak pernah cuba lagi. Dan rasanya tak pernah jumpa lagi kat mana-mana restoran. Nasi Carrot (lobak merah), korang pernah cuba tak? Menurut Puan Arlina:

"Anak saya memilih sikit bab makan ni, jadi saya cuba buat nasi carrot ni dan anak saya suka!"

Nasi Carrot ni takdelah dimakan begitu saja, mestilah ada lauk sampingan, barulah sempurna makanan diet RZ! Haaa, ayam masak merah, ok tak? Mestilah ok sebab RZ memang peminat setia ayam masak merah, hahaha. 

Delong coffee & such shah alam

Nampak sedap kan? Rasanya pun serius sedap, tambahan pula RZ memang suka ayam masak merah, hehehe.

Air takde ke? Sabar, sabar. Jangan gelojoh, hahaha. Baru nak cerita pasal air ni, yang menjadi kegemaran semua yang datang, sampai berkampung RZ, Abang Ben & Abang Sohoque kat tong air tu, sebab rasa tak puas nak minum lagi. Hahaha serius tau!!! RZ persembahkan SODA BUKIT BESI

Delong coffee & such shah alam

Jangan risau, takde sebarang besi atau bukit, namanya diambil sempena nama tempat, gitu! Air soda, lemon, daun pudina dan serai, rasanya memang lain macam punya nikmat! Kalaulah RZ ada bawa botol air besar masa tu, memang tapau bawa balik, hahahaa.

Delong coffee & such shah alam

RZ juga sempat cuba hidangan pencuci mulut yang diberi nama LALA CHOCO DRINK, yang ni ramai budak-budak berebut. Yelah, air coklat, dengan ketulan marshmallow, ditabur dengan oreo. Dan ada kejutan berapi, ye API! Hahaha...

Delong coffee & such shah alam

Sedap juga marshmallow bila dibakar ye? Patutlah bila tengok filem omputeh bila camping mesti bakar marshmallow kat unggun api! Sedap rupanya, noobnya diri ini, hahahaha.

Hidangan kopi pelbagai juga ada di sini, ada Latté, Cappuccino banyak lagilah senang cerita. Namanya pun Delong Coffee & Such kan? Hehehe...

Delong coffee & such shah alam

Dah makan, apa lagi kita ambil gambar lah kan? Nampak supermodel kat belakang tu? Hahaha...

RZ rekomen korang untuk datang sendiri ke Delong Coffee & Such, dan korang wajib cuba CHALONG, Nasi carrot ayam masak merah, soda bukit besi, lala choco drink. Memang memikat! Bukan senang nak cari Chalong kat sini, nak pergi Terengganu jauh kan? Sekurang-kurangnya RZ yang asal korea ni dapat juga merasa masakan asli terengganu, hahahaha. (perasan!!!)

Alamat: No 8 Jalan Opera A U2/A Seksyen U2 TTDI Jaya Shah Alam Selangor 
(Landmark berdekatan Petron)

No Tel : 0139583797 / 0122808996 







Monday, August 1, 2016

Apa Nasib Anak itu?

Assalamualaikum semua,


Pernah dengar istilah PEDOFILIA? Perkara ini sebenarnya dah lama wujud dah, tapi sejak akhir-akhir ini pernah viral seketika kes ini melibatkan rakyat Malaysia malah ada kes hingga meragut nyawa. Pada RZ isu PEDOFILIA ini merupakan perkara yang sangat serius dan perlu ditangani. Ini bukan isu ringan tau, bukan isu 'main-main'.


Mungkin ada yang belum mengetahui apa itu PEDOFILIA atau PAEDOPHILIA dalam Bahasa Inggeris:-

"Pedofilia ialah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa atau atau remaja yang lebih tua tertarik secara seksual atau eksklusif kepada kanak-kanak yang belum baligh (prepubescent). Orang yang mempunyai pedofilia melakukan seks dengan kanak-kanak atau menggunakan kanak-kanak untuk seks. Ini juga boleh dipanggil penderaan seks kanak-kanak. Sesetengah orang mempunyai perasaan pedofilia tetapi tidak melakukan seks atau mendera kanak-kanak secara seksual. Walaupun kanak-kanak perempuan biasanya memulakan proses akil baligh pada usia 10 atau 11, dan kanak-kanak lelaki pada usia 11 atau 12, kriteria untuk pedofilia melanjutkan titik permulaan untuk prepubescence ialah berumur 13. Seseorang yang menghidap pedofilia mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun, tetapi remaja mestilah sekurang-kurangnya lima tahun lebih tua daripada anak prepubescent untuk tarikan untuk didiagnosis sebagai pedofilia." (SUMBER WIKIPEDIA)


Agak sukar nak mengenali ciri-ciri seorang PEDOFILIA, jadi semua orang perlu berjaga-jaga dan sentiasa mengawasi anak atau ahli keluarga kanak-kanak masing, masyarakat sekitar juga boleh memainkan peranan juga bagi mengawal kegiatan PEDOFILIA ini. Tapi kenapa tiba-tiba RZ becerita tentang PEDOFILIA?

Nak dijadikan cerita Rz berkunjung ke sebuah shopping mall di Putrajaya. Sakit perut pula, jadi RZ ke tandas dulu untuk melepaskan hajat! (itu pun nak bagitahu!) Sedang asyik melepaskan hajat (perlu ke bagitahu? eheee...), RZ terdengar perbualan di cubicle sebelah, di antara seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak.

RZ menyangkakan:

"Ayah Temankan anak buang air kot?"

Namun perbualan seterusnya betul-betul mengejutkan RZ.

Si lelaki dewasa sedang membuang air (berdasarkan pada bunyi)

Budak: Saya pernah nampak K***K ayah saya!
Lelaki: Ye ke?
Budak: Besar!
Lelaki: Siapa punya lagi besar abang ke ayah punya?
Budak: Ayah punya!

*bunyi pam tandas*
*bunyi zip seluar dinaikkan*

Mereka pun keluar selepas sedar RZ sedang batuk di cubicle sebelah.

Ya Allah, RZ tergamam! Adakah kes PEDOFILIA sudah wujud di Putrajaya? 

Dan yang lebih menakutkan RZ, apa nasib anak itu selepas mereka keluar? Siapa lelaki itu? bagaimana budak itu boleh ada bersama lelaki tersebut? RZ tak sempat nak mengekori mereka, pergerakan mereka sangat pantas. RZ tak tahu bagaimana hendak bertindak?

Nasihat RZ kepada mereka yang bergelar ibu-bapa, atau mempunyai ahli keluarga kanak-kanak. Mohon awasi pergerakan mereka, jika ada yang telah memiliki gajet, mohon siasat dengan siapa mereka berhubung. Moga anak-anak kita semua dijauhi dari perkara-perkara tersebut.

Moga anak itu berada dalam keadaan selamat. Amin.