Cosmoderm

Friday, January 20, 2017

Al-Fatihah Sahabat

Assalamualaikum semua,

Suasana suram menyelubungi ruang langit KL hari ini, mendung sepanjang hari. Ditambah pula dengan tak dapat melelapkan mata sepanjang malam, membuatkan RZ agak ting-tong hari ni. Memang rasa ada sesuatu yang tak kena, tapi entahlah tak tahu nak gambarkan macam mana.

sehinggalah pagi tadi RZ terlihat post status abg bophairy di facebook:


Mungkin kebetulan agaknya RZ rasa tak sedap hati, tapi dalam masa yang sama terkejut. Pemergian seorang rakan yang dikenali melalui karya komik yang tak pernah jemu RZ baca, berpeluang untuk bertemu sendiri dan berbual dengannya. Arwah seorang yang sangat peramah dan baik tutur katanya. 


Meskipun perkenalan kami tidaklah begitu lama dan tidaklah seakrab rakan-rakan pekomik yang lain. Tapi kehilangan arwah memberi kesan yang agak mendalam pada RZ. Membaca karya-karya arwah membuatkan diri ini terasa rapat dengan beliau ibarat sedang bersembang dengan arwah sendiri. Hari ini (Jumaat) sahabat kami Jefferi Abdul Rahman juga dikenali dengan nama pena "Terlalu Poyo" telah pergi buat selamanya. Moga roh arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman.


Al-Fatihah buat sahabat kami, Jefferi Abdul Rahman dan takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. Moga Allah SWT berikan kekuatan hati dan tabah menghadapi dugaan ini. Perginya arwah pada penghulu segala hari (jumaat), moga berada dalam keadaan Khusnul Khotimah.

Tuesday, January 17, 2017

Reunion CPK | Kembali Bersatu

Assalamualaikum semua,


Kalau korang belek semula entri-entri blog lama RZ, rasanya RZ tak pernah cerita lagi perihal kerja hakiki kan? Well, hal sebegini RZ tak heboh sangat pun. Tak selamat nak cerita kat blog, hahaha. Tapi ini kes lain, RZ pun dah tak bekerja di situ dah. Ramai dah berhijrah ke tempat yang lain, ada yang naik pangkat ke tempat lain dan ada juga yang masih setia di situ(macam lagu ziana zain pula).

Selepas berpindah ke tempat baru sejak 2014, rasanya inilah kali pertama kitorang semua bertemu semula setelah sekian lama hanya berhubung melalui aplikasi whatssap dan sekali sekala ada juga berjumpa tapi kuantiti yang terhad gitu, 2 3 orang je pun, hahaha.


Tahniah kepada team urusetia atas usaha 'last minit' dalam masa 2 minggu berjaya menganjurkan majlis #ReunionCPK yang berjaya menghimpunkan keluarga besar CPK yang dulunya bujang dah jadi suami/ayah, yang dulunya anak dara sekarang dah jadi mak dara, yang dulunya anak seorang sekarang dah jadi 3, 4, 5 orang anak, Ada juga yang telah bersara, tak lain tak bukan ayahanda kesayangan CPK, Tuan Haji Sohime bin Ahmad.


Mulai 2008 bertugas di Sapura@Mines hingga penghujung 2012. Rasanya ini lokasi pejabat paling cantik lah, tepi tasik, dekat dengan mines shopping mall, hahahaha. Rindu suasana kat sini, teringat-ingat gerai akak siam yang sedap dan cepat tu! Nasi lemak dia pun sedap weiii, hahahaha.


Disember 2012 hingga Januari 2014 pula dah berpindah ke Menara Seri Wilayah, walaupun tak secantik Sapura@Mines, tapi tepi tasik jugalah, hahahaa.

Sekitar #ReunionCPK 2017

Disajikan dengan makanan dari katering kegemaran CPK, Abang Zul Lazat. Memang semua tertunggu-tunggu laksa johor & bihun singapore, sedap weeeiiiii!!!!!

Dihiburkan pula oleh buskers yang tidak asing lagi, Genji Buskers. Puas Hati!



















Sebenarnya kehadiran kitorang ke majlis ini bukanlah kerana nak makan semata-mata. Tapi lebih kepada nak berjumpa semula dengan keluarga CPK dalam masa yang sama nak kenal juga ahli keluarga masing-masing (walaupun RZ masih bujang!) hahahaha... melepaskan kerinduan gitu, alhamdulillah semua masih seperti dulu, sihat! hihihiii...

Buat ayahanda tersayang, Tuan Haji Sohime bin Ahmad, didoakan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan, dipanjangkan umur dan sentiasa berada dalam lindunganNYA.

Begitu juga kepada rakan-rakan CPK yang lain, moga perhubungan kita semua akan terus berkekalan sampai bila-bila, semoga dipanjangkan usia dan terus berbakti kepada negara (GITUHHH!!!). 

Walaupun tidak semua ex-cpk yang hadir, ada yang dah bertukar ke negeri asal, ada urusan lain namun semangat kekeluargaan CPK tetap kuat tersemat dalam jiwa, moga kita semua akan berjumpa lagi, insyaallah.




"1 for CPK! CPK for 1!"

Sunday, January 15, 2017

Scrummy Restaurant & Cafe | Lokasi Pilihan Menganjurkan Pelbagai Majlis

Assalamualaikum semua,

Korang perasan tak zaman sekarang menganjurkan majlis di restoran/kafe menjadi trend ikutan ramai orang? Tak kisah la majlis hari lahir, majlis perkahwinan/pertunangan, pelancaran produk, pertunjukkan fesyen dan banyak lagi lah. Ada yang berpendapat menganjurkan majlis di lokasi-lokasi sebegini lebih mudah dan lebih rendah kosnya berbanding mengadakannya di kompleks membeli belah, dewan besar dan sebagainya. Majlis juga kelihatan lebih tersusun dan kelihatan eksklusif gitu, betul tak? hehehe...

Lokasi Restoran yang RZ kunjungi kali ini memang sesuai sangat untuk menganjurkan sebarang majlis seperti yang RZ sebutkan di atas, tapi bukan itu sahaja malah banyak lagi acara/majlis lagi. Nanti RZ ceritakan dengan lebih lanjut.

Selamat datang ke SCRUMMY RESTAURANT & CAFE

Scrummy Restaurant & Cafe

Suasana Scrummy Restaurant & Cafe yang sangat Welcoming membuatkan RZ teruja nak masuk ke dalam. Dari pandangan luar, nampak macam kecil je, tapi melangkah je masuk ke dalam memang agak luas juga dan perkara pertama RZ terfikir selepas masuk ialah...


"Macam kafe-kafe dalam drama Korea! Comel!"

Scrummy Restaurant & Cafe

Scrummy Restaurant & Cafe

Scrummy Restaurant & Cafe

Scrummy Restaurant & Cafe

Suasana agak mendamaikan, dengan warna-warna cerah dan ceria, pencahayaan pun menarik dan RZ suka jarak yang selesa di antara setiap meja, maklumlah RZ ni kadang-kadang kalau tak terlanggar meja sebelah, tersadung kaki kat kerusi orang lah, hahaha. Rasanya situasi tu takkan berlaku kat Scrummy Restaurant & Cafe ni dah! 

Scrummy Restaurant & Cafe

Scrummy Restaurant & Cafe

Scrummy Restaurant & Cafe

Kemudahan surau yang selesa disediakan di sini, serta paip untuk mengambil wudhu' juga diletakkan di dalam ruangan yang sama. Sangat memudahkan pengunjung.

Scrummy Restaurant & Cafe

Scrummy Restaurant & Cafe

Scrummy Restaurant & Cafe

Kemudahan tandas pun disediakan, jangan risau, hehehe.

Scrummy Restaurant & Cafe

Ada juga ruang santai di mana korang boleh duduk di sofa sambil membaca majalah, dan meja kopi sekali, hehehe. Masa ni kopi belum order lagi tau? hahahaha... Kalau Blogger seperti RZ ni, lokasi ni memang sesuai sangat untuk update blog. Oh, ya di sini juga disediakan kemudahan WiFi tau? hehehe...

Scrummy Restaurant & Cafe

Sekali pandang mesti korang akan fikir "Kafe macam ni, mesti harga tinggi melangit!". Salah! hahaha. Sebenarnya julat harga setiap menu di Scrummy Restaurant & Cafe berada dalam kategori rendah ke sederhana, tidak terlalu mahal. Pendek kata kalau korang nak RZ 'payung' untuk makan tengahari tu takde hal lah! Hahahaa. Sebut pasal menu, mesti korang nak tahu apa yang RZ makan di sini kan?

MENU PILIHAN DI SCRUMMY RESTAURANT & CAFE (PROMOSI JANUARI  DAN FEBRUARI 2017)

Scrummy Restaurant & Cafe
Burger Meleleh (Beef)
Scrummy Restaurant & Cafe
Burger Meleleh (Chicken)



Scrummy Restaurant & Cafe
Chicken Chop

Scrummy Restaurant & Cafe
KL Sirloin Steak
Scrummy Restaurant & Cafe
SP Rib eye Steak



Scrummy Restaurant & Cafe
Red Velvet

Scrummy Restaurant & Cafe
Chocolate Cake

Tak cukup ye? Sabar, hidangan kat atas tu baru sikit, hahaha. Sempena Bulan Januari dan Februari 2017 ini juga terdapat Set Menu Tahun Baru Cina. Siapa yang tak suka Chinese Food kan?

Scrummy Restaurant & Cafe

Scrummy Restaurant & Cafe

Scrummy Restaurant & Cafe

Scrummy Restaurant & Cafe

Scrummy Restaurant & Cafe

Scrummy Restaurant & Cafe

Scrummy Restaurant & Cafe

Scrummy Restaurant & Cafe

Scrummy Restaurant & Cafe

Pendek kata pakej makanan yang korang akan dapat memang setanding dengan hotel 5 bintang, tapi dengan harga yang sangat berpatutan.

ANJURKAN MAJLIS ANDA DI SCRUMMY 
RESTAURANT & CAFE


Scrummy Restaurant & Cafe

Seperti yang RZ sebutkan di perenggan kedua, Scrummy Restaurant & Cafe juga menerima tempahan untuk menganjurkan majlis di sini. Boleh memuatkan seramai 200 orang pada satu masa, menjadikan ianya lokasi yang sangat bersesuaian sekiranya anda ingin menganjurkan sebarang majlis tertutup di sini. Antara majlis yang boleh dianjurkan di sini seperti;

> Theme Party
> Corporate Lunch & Dinner
> Hi-Tea Buffet
> Wedding Dinner
> Birthday Party
> Companies Annual Dinner
> Cocktail Party
> Product Launching
> Fashion Show Event
> Outside Catering

Pakej tempahan lokasi bukan saja meliputi makanan/minuman, ia didatangkan bersama pakej seperti berikut:-

> Latar Pentas (Backdrop)
> Pentas (Stage)
> Pencahayaan (Lighting)
> Hiasan (Decoration)
> Susun Atur Meja (Table Set up)
> Hiasan Buffet (Buffet Decoration)
> Muzik
> Door Gift

Scrummy Restaurant & Cafe

Scrummy Restaurant & Cafe
No.2, Jalan Suppiah Pillay
3rd Mile Off Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi
Isnin -Sabtu (8.00 am - 10.00 pm)
Ahad *Ditutup untuk function*

Laman Web

Facebook

Instagram

Untuk tempahan, hubungi
03-40505991