Cosmoderm

Wednesday, January 4, 2017

Selepas Pau Cendawan, Kini Pau Bentuk Ayam Pula!

Assalamualaikum semua,

RZ bukanlah seorang yang mengikuti trend sebenarnya, kadang-kadang benda yang sedang viral (tular) pun RZ buat tak tau je. Tapi bila dah sendu barulah RZ gedik-gedik nak tau, hahahaa. Contoh macam Pau cendawan viral tu, kalau tak silap mula popular masa ramadan tahun lepas (2016). Siap beratur berjam-jam semata-mata nak rasa sendiri gitu, tapi itulah tabiat RZ tak suka cuba masa tengah popular, hahahaha. (sebenarnya tak suka nak beratur panjang dan tunggu lama)

pau cendawan viral

Haaaaa, sekarang ni ada pula pau baru yang mula popular dan rasanya tak lama lagi viral kot? ke dah viral? hahahaha. Kebetulan pula RZ terjumpa masa kat Pasar Tani tengahari tadi. Takde orang pun yang beratur, so apa lagi RZ laju je terus sambar beberapa biji, hahahaha. Tapi RZ bukan beli pau cendawan tu, tapi pau yang berbentuk seperti seekor ayam sembelih, hahahahaa. Nak tengok ke rupanya macam mana?

pau ayam viral, pau bentuk ayam

Betul lah tak tipu kan? siap dengan sayap dan drumstick lagi. Memang pau berbentuk ayam, comel gile okay! Rasa geram je nak picit-picit, hahaha. Intinya kari ayam, kiranya 'ayam dalam ayam' gitu, hahaha. Tapi rasanya boleh tahan, pada RZ lagi sedap dari pau cendawan, tapi bukan maksud RZ pau cendawan tu tak sedap tau? Dua-dua sedap, tapi pau ayam-ayam (Pau ayam-ayam?) tu sedap sikit lah! hahaha...

Tapi kalau pau ni besar sikit mesti lagi best, hahahaha. (dasar kuat makan!)

pau ayam viral, pau bentuk ayam

Nanti dah viral, merata lah dijual pau ni. Selamat beratur! hahahaha...

4 comments:

Afiq Halid said...

Macam brg mainan je tgk pau ayam itu. Hahaha

careno said...

Dah Viral kan ritu. Yg Putrajaya katanya yg ori. Skrg dah ada jual kat utara gak tp katanya ciplak. Ntah laa... Mana ehh nak cari ni... Nak try jugekkk...

Mieza S said...

Hahahhaa haah mcm mainan. Nak mkn pn takut .,takut bukan makanan. Comel

Mieza S said...

Hahahhaa haah mcm mainan. Nak mkn pn takut .,takut bukan makanan. Comel