Cosmoderm

Friday, January 20, 2017

Al-Fatihah Sahabat

Assalamualaikum semua,

Suasana suram menyelubungi ruang langit KL hari ini, mendung sepanjang hari. Ditambah pula dengan tak dapat melelapkan mata sepanjang malam, membuatkan RZ agak ting-tong hari ni. Memang rasa ada sesuatu yang tak kena, tapi entahlah tak tahu nak gambarkan macam mana.

sehinggalah pagi tadi RZ terlihat post status abg bophairy di facebook:


Mungkin kebetulan agaknya RZ rasa tak sedap hati, tapi dalam masa yang sama terkejut. Pemergian seorang rakan yang dikenali melalui karya komik yang tak pernah jemu RZ baca, berpeluang untuk bertemu sendiri dan berbual dengannya. Arwah seorang yang sangat peramah dan baik tutur katanya. 


Meskipun perkenalan kami tidaklah begitu lama dan tidaklah seakrab rakan-rakan pekomik yang lain. Tapi kehilangan arwah memberi kesan yang agak mendalam pada RZ. Membaca karya-karya arwah membuatkan diri ini terasa rapat dengan beliau ibarat sedang bersembang dengan arwah sendiri. Hari ini (Jumaat) sahabat kami Jefferi Abdul Rahman juga dikenali dengan nama pena "Terlalu Poyo" telah pergi buat selamanya. Moga roh arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman.


Al-Fatihah buat sahabat kami, Jefferi Abdul Rahman dan takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. Moga Allah SWT berikan kekuatan hati dan tabah menghadapi dugaan ini. Perginya arwah pada penghulu segala hari (jumaat), moga berada dalam keadaan Khusnul Khotimah.

2 comments:

Sue Izza said...

Salam takziah razi.

Julia Johari said...

SubhanaAllah...sangat rasa terkesan dihati...Alfatihah...