Cosmoderm

Tuesday, January 17, 2017

Reunion CPK | Kembali Bersatu

Assalamualaikum semua,


Kalau korang belek semula entri-entri blog lama RZ, rasanya RZ tak pernah cerita lagi perihal kerja hakiki kan? Well, hal sebegini RZ tak heboh sangat pun. Tak selamat nak cerita kat blog, hahaha. Tapi ini kes lain, RZ pun dah tak bekerja di situ dah. Ramai dah berhijrah ke tempat yang lain, ada yang naik pangkat ke tempat lain dan ada juga yang masih setia di situ(macam lagu ziana zain pula).

Selepas berpindah ke tempat baru sejak 2014, rasanya inilah kali pertama kitorang semua bertemu semula setelah sekian lama hanya berhubung melalui aplikasi whatssap dan sekali sekala ada juga berjumpa tapi kuantiti yang terhad gitu, 2 3 orang je pun, hahaha.


Tahniah kepada team urusetia atas usaha 'last minit' dalam masa 2 minggu berjaya menganjurkan majlis #ReunionCPK yang berjaya menghimpunkan keluarga besar CPK yang dulunya bujang dah jadi suami/ayah, yang dulunya anak dara sekarang dah jadi mak dara, yang dulunya anak seorang sekarang dah jadi 3, 4, 5 orang anak, Ada juga yang telah bersara, tak lain tak bukan ayahanda kesayangan CPK, Tuan Haji Sohime bin Ahmad.


Mulai 2008 bertugas di Sapura@Mines hingga penghujung 2012. Rasanya ini lokasi pejabat paling cantik lah, tepi tasik, dekat dengan mines shopping mall, hahahaha. Rindu suasana kat sini, teringat-ingat gerai akak siam yang sedap dan cepat tu! Nasi lemak dia pun sedap weiii, hahahaha.


Disember 2012 hingga Januari 2014 pula dah berpindah ke Menara Seri Wilayah, walaupun tak secantik Sapura@Mines, tapi tepi tasik jugalah, hahahaa.

Sekitar #ReunionCPK 2017

Disajikan dengan makanan dari katering kegemaran CPK, Abang Zul Lazat. Memang semua tertunggu-tunggu laksa johor & bihun singapore, sedap weeeiiiii!!!!!

Dihiburkan pula oleh buskers yang tidak asing lagi, Genji Buskers. Puas Hati!



















Sebenarnya kehadiran kitorang ke majlis ini bukanlah kerana nak makan semata-mata. Tapi lebih kepada nak berjumpa semula dengan keluarga CPK dalam masa yang sama nak kenal juga ahli keluarga masing-masing (walaupun RZ masih bujang!) hahahaha... melepaskan kerinduan gitu, alhamdulillah semua masih seperti dulu, sihat! hihihiii...

Buat ayahanda tersayang, Tuan Haji Sohime bin Ahmad, didoakan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan, dipanjangkan umur dan sentiasa berada dalam lindunganNYA.

Begitu juga kepada rakan-rakan CPK yang lain, moga perhubungan kita semua akan terus berkekalan sampai bila-bila, semoga dipanjangkan usia dan terus berbakti kepada negara (GITUHHH!!!). 

Walaupun tidak semua ex-cpk yang hadir, ada yang dah bertukar ke negeri asal, ada urusan lain namun semangat kekeluargaan CPK tetap kuat tersemat dalam jiwa, moga kita semua akan berjumpa lagi, insyaallah.




"1 for CPK! CPK for 1!"

2 comments:

ejulz said...

Terbaek.. thn depan buat kat Kuching..

Julia Johari said...

Bagus razi...hadir memeriahkan teman seperjuangan dulu...erat silaturrahim