PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Sunday, February 19, 2017

Sertai Kempen '#SayaSihat' bersama #YeosMalaysia

Assalamualaikum Semua,


Seperti yang ramai tahu (ramai ke?), sebelum ini RZ memang aktif dalam menyertai program kecergasan di sana sini. Almaklumlah sebagai Jurulatih kecergasan bertauliah, dunia kecergasan sudah sebati dengan diri, gitu! 

Kempen #SayaSihat bersama #YeosMalaysia

Pengalaman berdiri di atas pentas mengajar orang ramai bersenamrobik dan enjoy dalam masa yang sama sedikit sebanyak membuatkan RZ gembira, lebih-lebih lagi apabila melihat peserta kelas RZ tersenyum puas, what more can you ask? Sihat dan gembira gitu, hihihiii...

Kempen #SayaSihat bersama #YeosMalaysia

Sebut pasal gaya hidup sihat, Syarikat Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad ("Yeo's") mengambil langkah inisiatif mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyedari kepentingan menjaga kesihatan melalui penjagaan makanan dan aktiviti sukan serta riadah kerana kerisauan kadar obesiti di Malaysia. Maka Yeo's melancarkan kempen #SayaSihat bersama #YeosMalaysia. Produk keluaran Yeo's sememangnya yang kita ketahui mementingkan kualiti dan berkhasiat tinggi. Kegemaran RZ sudah tentu Teh Hijau Jasmine dan soya, sedap!

KONTES INSTAGRAM #SayaSihat

Kempen #SayaSihat bermula pada 13hb Februari 2017 dan berakhir pada 23hb April 2017 terbuka kepada seluruh warga Malaysia. Bagaimana nak sertai? Lihat bawah;

1. Ambil foto yang berkonsepkan aktiviti sukan dan kesihatan. (Produk Yeo's yang turut         berada di dalam gambar akan diberikan markah tambahan)
2. Muat naik foto ke laman Instagram masing-masing berserta hashtag #SayaSihat bersama #YeosMalaysia.
3. Akaun Instagram anda hendaklah di set kan dalam keadaan mod umum untuk memudahkan proses pemilihan pemenang.
4. Kait (Tagged) dua rakan senaman atau diet anda untuk lengkapkan satu penyertaan.

Bila dah ada kontes, mestilah ada hadiah kan? Apa hadiah yang anda bakal menangi?

Tempat Pertama
Baucar Tunai Sports Direct [RM1000] + Produk Yeo's

Tempat Kedua
Baucar Tunai Sports Direct [RM800] + Produk Yeo's

Tempat Ketiga
Baucar Tunai Sports Direct [RM300] + Produk Yeo's

Hadiah Mingguan
10 Pemenang
Baucar Tunai Sports Direct [RM150] + Produk Yeos

Lumayan tak lumayan hadiahnya? Bukan saja boleh menang baucar dari Sports Direct dan produk Yeo's, tapi sihat tubuh badan sekali tau? makin berganda hadiahnya, hihihihiii...

Untuk mengetetahui cara penyertaan yang selanjutnya, layarilah laman sesawang Yeo's di www.yeos.com.my atau hubungi pegawai perkhidmatan pelanggan di 1300-80-2828.

Apa lagi? Tukar baju sukan! Ambil kamera! Beraksi! Dan jangan lupa Yeo's.

Kempen #SayaSihat bersama #YeosMalaysia

14 comments:

careno said...

Aku suka yes teh bunga krisantimun tu.. tak manis sgt...

Nina Mirza said...

Razy... Jom senamrobik !!
Masih Segar dalam kenangan senamrobik selamat pagi sayang di sebuah resort di hulu Selangor.. enjoy seyhh ..!!

mas saari said...

Rindu nak nari² gelek² dengan Raji!
Anyway menarik contest ni, hadiah pun lumayan.

Shiqeen Sattar said...

SS pun join gak!

Umminani said...

menarik ni.. nak kena ambil pic bnyk2

YB Shehan said...

Besnya. Nk bli yeos dlu..

YB Shehan said...

Besnya. Nk bli yeos dlu..

Aznan Sd said...

Razi jom broga!!! Ataupun lenggong lagi...

Azlinda Azman said...

Menarik ni....nk join gak ;)

anazarin dotcom said...

Macam best contest nie..bolehlah join nanti..tewaskan RZ

Dkna Abza said...

Perghhh hadiah tu menarik. Camna aku nak bersukan ni razi, dah sarat sangat ni huhuu

Rozita Abdul Rahman said...

ok nanti akak cari gambar..tq razi..

Mohaz Sue said...

Nak join contest la...kitorang suka tea bunga crisantimun dan soya

Julia Johari said...

Hebat hebat hadiah contest ni razi...semoga hadiah ni berpihak kepada anda...aminnnn