Haaaa, mari rz nak cerita mengenai satu gadget baru yang baru saja memasuki pasaran Malaysia. Belum setahun pun lagi, pelancaran model ini bersekali dengan pelancaran GT Dollar yang berlangsung di Kuala Lumpur Januari lalu. Memperkenalkan, GT Mobile model GT-888!
GT Mobile GT-888
Sebelum kita godek-godek, korang bacalah dulu sepesifikasinya;
- Saiz Skrin 5.5 inci (Full HD 1280X720 pixels)
- [Skrin jenis IPS OGS (nipis) & Corning ® Gorilla ® (tahan lasak)
- Cip pemprosesan Media MT6735P dengan kelajuan 1.00 GHz
- RAM 2GB
- Memory storage 16GB
- Extra Memory Card 64GB
- Kamera 8MP - 13MP (fokus gambar selaju 0.3 saat dengan lensa OV8865)
- Caj Pantas
- Bateri : 2550mAh
- WiFi
- Bluetooth
- HotKnot
- Dual SimCard
- [Skrin jenis IPS OGS (nipis) & Corning ® Gorilla ® (tahan lasak)
- Cip pemprosesan Media MT6735P dengan kelajuan 1.00 GHz
- RAM 2GB
- Memory storage 16GB
- Extra Memory Card 64GB
- Kamera 8MP - 13MP (fokus gambar selaju 0.3 saat dengan lensa OV8865)
- Caj Pantas
- Bateri : 2550mAh
- WiFi
- Bluetooth
- HotKnot
- Dual SimCard
GT Mobile Model GT-888 didatangkan dalam 2 warna iaitu silk white dan metal grey. RZ dapat yang warna metal grey, senang sebab susah nak nampak kotor, hehehe. Smartphone ini walaupun penuh tangan rz memegangnya tapi beratnya cuma 160 gram saja, ringan!
Mari kita godek-godek smartphone GT-888 ini pula.
Bahagian belakang GT-888 korang akan lihat dengan jelas logo GT Mobile terletak di bawah kamera, manakala di bahagian bawah tertera 'Designed In Singapore'. Rz suka konsep simplicity pada bahagian belakang yang tak sarat dengan macam-macam (you know what i mean?).
Kamera di bahagian belakang beresolusi 8mp - 13mp serta flash. Fokus selaju 0.03 saat dengan lensa OV8865. Nanti rz akan ceritakan lebih lanjut mengenai kualiti kamera.
Bateri berkapasiti 2550mAh dengan kemampuan pengecasan pantas (fast charging).
Menariknya GT-888 ialah terdapat dua slot kad sim dan juga slot untuk slot memori tambahan. Bagi sim 1 saiz kad sim adalah saiz normal yang biasa, manakala slot sim 2 pula bagi kad sim bersaiz micro. Ruang memori tambahan pula menggunakan Micro SD Card mampu menampung sehingga 64GB memori tambahan.
Kualiti audio 3D Sound, pada rz agak not bad. Tapi jangan buka full volume tak elok untuk kesihatan telinga, hahahaha.
Suis on/off dan volume rocker di sebelah kiri smartphone. Tiada apa-apa di bahagian tepi kanan.
Kamera hadapan 5mp serta flash. Boleh la swafoto dalam keadaan gelap suram gitu, hihihihi...
7 CIRI GT MOBILE GT-888 KEGEMARAN RZ
1. Quick Charge
2. Bateri Tahan lama
Bateri serius memang tahan lama, tak perlu risau dah kalau tertinggal powerbank kat rumah ke, lupa cas powerbank. Bateri berkapasiti 2550mAh, memang puas hati!
3. Skrin Besar
Skrin berukuran 5.5 inci wooiii. Puas layan youtube! Nak main game pun best!
4. Ringan
Dengan berat 160g, pada rz just nice. Tak ringan sangat, tak berat sangat. sedap tangan memegang.
5. Kualiti Kamera
RZ boleh puji kualiti kamera GT-888 dalam keadaan pencahayaan yang rendah (low light). Kamera fokus sepantas 0.03 saat, agak impressive bagi model yang masih lagi 'baby' lagi.
Dan lagi satu rz boleh puji kemampuan kamera GT-888 mengambil gambar dalam mod macro, agak cemerlang pada rz. Cuma bagi pasaran smartphone sekarang, resolusi kamera 8mp agak tertinggal sedikit berbanding model lain.
6. 2 slot kad sim.
Ada 2 telefon? Berat nak bawa semua dalam beg? say no more! hahaha...
7. Aplikasi Timelapse
RZ memang dari dulu suka bab timelapse ni. boleh ambil video matahari terbenam, matahari terbit, macam-macam lagi lah! hahahaa...
Contoh gambar-gambar dari kamera GT Mobile GT-888:
Waktu siang tanpa flash.
Gambar macro:
Night mode: 7.00 p.m
Apa yang rz boleh katakan, sebagai telefon kedua. GT-888 memberikan performance yang agak 'not bad'. Bab harga, rz belum dimaklumkan lagi mengenai harga pasaran di Malaysia. Nanti rz akan update ye?
Lebih lanjut mengenai GT Mobile GT-888, korang boleh terus ke laman sesawang http://www.gtmobile.sg/gtmobile/item/281-gt-888.
22 comments:
Menarik...aku tengok kamera, ram dengan bateri je...standard fon berkualiti tinggi...harga mahal tak?
Harga tak announce lagi, bila dah umum akan aku update semula...
Bab bateri dia tu mnarik. Cuma tbiasa dgn mp besar utk kamera. Hehehe..
Yup, itulah... Klu resolusi kamera lebih tinggi, it would be much better... At least 16mp ke?
Boleh tahan jugak fon ni.. bab battery tu yg best.. kalau buat backup fon pun ok jugak sbb battery tahan..
Ooo kamera 8mp jer ke..Ok laaa buat backup.. Kuarang2 ada la jugak smartphone kedua kalau2 smartphone yang sedia ada rosak ke apa ke .. boleh dipertimbangkan untuk cuba .. Nice review Raz .. Macam pro laaa ..
Bab bateri tak nafikan tahan lama... Tapi kena pakai charger dia sendiri baru fast charge, takleh pakai charger lain....
Paling tinggi leh cecah 13mp, cuma rasanya dia guna sensor 8mp. So kualiti 13mp gt-888 tak secantik 13mp kamera handphone lain... But bab macro shot, quite good jugak... Hehehhe
cantik gambar dinding eh.. hahaha.. tp ok la pada yg nak sukakan kelainan dari jenama biasa yg ada di pasaran kan?
Lawa gak gambar guna GT ni eh. Bateri tahan lama tu penting tu bila kita pergi event ka jln jln kan
Menarik, memang sesuai digunakan sebagai backup phone sebab bateri dia tahan lama. Kamera pun nampak cantik gambarnya.
Hahahha ketawa juju tgk video korang pakat bersungguh nak buat bbQ hahahha...menarik lah hp ni...nampak setanding!
battery thn lama .. lisa sukaaa
wow....not bad ....nampak menarik semuanya ...mungkin boleh beli sebagai seken phone ...sementelah yg ada ni pun selalu berebut ngan anak
not bad telefon dia
Hahahaha... Dinding tu memang cantik...
Yup, kira penyelamat keadaan gak lah bila phone utama habis bateri...
Kalaulah kamera dia 16mp mesti lagi ohsem... Sekarang ni pun not bad dah...
Hahahahaa... Gigih tau.
Kan? Tapi tu la, takleh pakai charger yg lain klu nak fast charge... Kena pakai charger sendiri
Ni mesti berebut dengan cinta... Hahahaha
Yup, not bad...
Post a Comment